Orang kata raya tu kan sebulan. Selagi tak habes 1 bulan selagi tu lah beraya. Setiap minggu ada je open house aku pergi. Minggu lepas open house minggu ni pon ada lagi. Cuma duit raya je la tak dapat dah bila minggu-minggu last gini. So, hujung minggu aku sibuk ke san sini open house.
Ni masa ke open house umah sepupu moknik kat sentul. Tak banyak gambar amek sebab segan umah orang. Tau pulak kau segan eh.
Balik je dari umah sepupu mok nik terus kalut-kalut bersiap nak pergi jamuan raya kat UPM. Member aku, Diela yang jemput so alang-alang tu boleh jumpa member lama kan. Diela ni member aku zaman metrik dulu. Lewat jugak la aku balik malam tu.
Aku dan diela zaman metrik. Noob giler muka aku. Rindu kembali ke muka zaman dulu berbanding sekarang (T___T). so, sekali lagi bertemu ngan diela
Masa jamuan ni ada acara jabutan bertuah. Hadiah nombor satu dapat... Galaxy Tab! Wohaaaa... Memang aku nyer nombor sangat tak bertuah. Tak pernah aku dapat cabutan bertuah. Hampeh betul. Galaxy tab tuuu. Sejak Ruby bawak pergi kelas aritu terus ase nak benda sempoi camtu.Boleh update blog selalu. Bila-bila masa di mana saja
And the last one open house umah En.Saiful, lecturer kelas aku. Tangkap gambar macam ikut ketinggian.
so, begitulah berakhirnya open house, jamuan raya, makan-makan untuk syawal ini. Kuih raya kat bilik aku ada lagi ni. Sayang nak makan sampai habes.Tunggu raya tahun depan pulak la aku hapdate citer tentang raya. Bye~
No comments:
Post a Comment