Friday, September 30, 2011

Gambar pemandangan matahari terbenam

Cantik sangat pemandangan matahari nak terbenam. Gambar-gambar ni di ambil dari dalam hostel sewaktu maghrib dengan hanya menggunakan digital camera. Tak mampulah nak beli DSLR yang gedabak besar tu.

Nanti budak kelas aku plan nak pergi Bukit Broga nak tengok matahari terbit. Harap-harap jadilah dan mampulah untuk aku daki sampai ke puncak. 

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #4

Tuesday, September 27, 2011

Pakai kain batik


Anak dara zaman dulu suka pakai kain batik. Anak dara zaman sekarang sebih selesa berseluar. Lagi selesa nak bergerak. Aku? Pakai kain batik pon tak reti camne nak ikat/selit. Karang terpakai pulak cara bapak aku pakai kain pelikat.


Muka gengster pakai kain batik pon still tak nampak ayu. ☆⌒(>。≪)

Monday, September 26, 2011

Open house minggu last aidilfitri 2011


Orang kata raya tu kan sebulan. Selagi tak habes 1 bulan selagi tu lah beraya. Setiap minggu ada je open house aku pergi. Minggu lepas open house minggu ni pon ada lagi. Cuma duit raya je la tak dapat dah bila minggu-minggu last gini. So, hujung minggu aku sibuk ke san sini open house.

Ni masa ke open house umah sepupu moknik kat sentul. Tak banyak gambar amek sebab segan umah orang. Tau pulak kau segan eh.


Balik je dari umah sepupu mok nik terus kalut-kalut bersiap nak pergi jamuan raya kat UPM. Member aku, Diela yang jemput so alang-alang tu boleh jumpa member lama kan. Diela ni member aku zaman metrik dulu. Lewat jugak la aku balik malam tu.

Aku dan diela zaman metrik. Noob giler muka aku. Rindu kembali ke muka zaman dulu berbanding sekarang (T___T). so, sekali lagi bertemu ngan diela

Masa jamuan ni ada acara jabutan bertuah. Hadiah nombor satu dapat... Galaxy Tab! Wohaaaa... Memang aku nyer nombor sangat tak bertuah. Tak pernah aku dapat cabutan bertuah. Hampeh betul. Galaxy tab tuuu. Sejak Ruby bawak pergi kelas aritu terus ase nak benda sempoi camtu.Boleh update blog selalu. Bila-bila masa di mana saja


And the last one open house umah En.Saiful, lecturer kelas aku. Tangkap gambar macam ikut ketinggian.

so, begitulah berakhirnya open house, jamuan raya, makan-makan untuk syawal ini. Kuih raya kat bilik aku ada lagi ni. Sayang nak makan sampai habes.Tunggu raya tahun depan pulak la aku hapdate citer tentang raya. Bye~

Aku servis kau kutip, kau servis aku kutip


Semester ni aku punyer ko-K sukan dan permainan lagi. Nak main permainan apa boleh pilih. Ada bola sepak, tenis, ping pong dan bola tampar. So, aku pilih tenis sebab teringin nak try jadi macam Maria Sharapova. Main tenis ase macam kelasssss kau jah. Tapi yang azab nyer tangung la nak kena beli pakaian serba putih, kena ada raket dan bola tenis sendiri dan sanggup berjemur bawah mentari. Lain la main ping pong dalam dewan tertutup jek.


Minggu lepas dapat baju rasmi untuk dipakai masa Ko-K. Kaler oren. Sebelum-sebelum ni kami yang main tenis kena pakai serba putih kan. Macam budak yang cekak pinggang sebelah kanan tu. Atas sampai bawah kaler putih.

Main tenis ni memang letih giler. Sampai berpeluh-peluh la jugak. Yang letih nya sebab setiap kali servis mesti kena kutip bola. Aku servis kau kutip, kau servis aku kutip sampai ke sudah ler macam tu. Lumrah la kalau memang tak reti main tu tapisekurang-kurangnya dalam masa yang sama dapat tau step nak main.

Friday, September 23, 2011

Sekarang aku dapat rujuk makna disebaliknya


Salam buat semua readers. Sebelum mulakan entry ni aku nak kamu teka apa gambar kat bawah ni?

Guess what?

Diari? Buku nota? sejadah? Hantaran kawen?

Sebenarnya gambar yang kat atas tu adalah tafsir al-Quran yang pertama dalam hidup aku. Dah lama giler aku nak beli tafsir al-Quran. Aku dah ada al-Quran kecil yang aku guna sejak zaman sekolah lagi tapi sekadar baca al-Quran tanpa makna aku ase semacam jek. Memang dari dulu lagi aku nak nak tafsir. Tapi tu la manusia. Baju dekat seratus boleh beli tapi benda bekalan hidup macam ni sayang duit nak beli.

So, hari tu jalan-jalan ngan Ruby kat jalan TAR aku terdetik hati nak beli tafsir al-Quran. Ruby pon memang dah tau aku memang dah lama nak tafsir al-Quran cuma tak terbeli jek. Jadi, melangkahlah aku ke sebuah kedai buku agama secara spontan.

Mula-mula aku belek tafsir yang biasa orang guna. Tiba-tiba terpandang satu tafsir kaler pink cover baldu. Cepat je tangan aku terus capai yang tu sebab kaler PINK!Tanya harga: RM60 mmmmmm..

Berbelah bagi hati aku masa tu nak beli yang lain atau yang tu. Sebab bajet RM50 jek. Ada jek tafsir yang bawah RM50. Dalam hati aku cakap kalau benda lawa tapi aku tak guna sia-sia jela. Sebab lama sangat aku tak dapat nak buat keputusan lagi, aku tarik Ruby nak kuar dari kedai tu. Tiba-tiba....

Pak cik kedai tu mai. Dia tanya berapa aku nak. Ruby runding harga RM50. Pak cik tu terus ok. Syiookkkkknyerr. Aku dapat jugak tafsir al-Quran sejak sekian lama. Kaler pink plak tu. Tengkiu Ruby tengkiu pakcik.

Bila aku malas nak baca belog malas nak baca novel cecelia ahern aku tu, aku pon tengok-tengok la jugak maksud yang ada dalam al-Quran tu. Last pesanan dari aku: Jangan sayang duit untuk beli benda penting bekalan hidup macam tafsir al-Quran ni. Yang paling sedih, al-Quran pon tak de dalam rumah apatah lagi nak baca. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Thursday, September 22, 2011

Senyuman Azie Lavigne


Masa zaman sekolah dulu, selain layan lagu kat sinar.fm tengah-tengah malam emmmmm boleh agak la kan lagu-lagu sinar.fm macam mana yang rock jiwang zaman 90-an tu. Aku pon layan jugak lagu-lagu avril lavigne. Masa tu member aku arina memang suka sangat pasang lagu avril lavigne. Jadi aku pon terpengaruh. Best la lagu dia. Macam skaterboy, hot, innocent, i'm with u, the best damn thing. Lagu i'm with u tu aku siap bagi lirik kat ehem ehem lagi. LOL. Sekarang sejak-sejak avril dah kawen lagu dia kurang sket. Ada siket-siket girly la. Tapi aku still suka avril lavigne. Dulu masa layan friendster aku penah buh nama AZIE LAVIGNE. Hahahaha.

Aku nak share lagu avril yang baru aku dengar ni. Smile. Agar kamu semua tersenyum. (^___^)~wuuu

Kalau ase nak download lagu ni. Klik kat sini eh.

Ok . Bye~
from: azie lavigne :P

Wednesday, September 21, 2011

Ketupat jantung

Masih dalam mood beraya. Minggu depan dah nak habes raya dah. Ntah taun depan jumpa ke tak kita ngan hari raya kan. Ha! Kamu dah puasa 6 hari raya tak? aku sempat puasa 1 hari je. (^___^!)

Tadi masa kelas math, lecturer math bawak kan makanan kat kami 1 kelas. Ada roti jala ngan ketupat. And guess what. Ketupat puan bawak comey dan unik. Puan cakap ketupat tu suami dia yang buat. Bentuk jantung jadi nama ketupat tu ketupat jantung. Petama kali aku dengar. Kamu penah tau ke ketupat jantung ni?

See. Macam jantung kan.


Biasa la kawan-kawan aku. Tak kalah ngan posing. 

Hujung minggu lepas pon aku pergi beraya lagi. Pergi open hose, pergi kenduri kawen, pergi makan kuih raya. Tadi pon makan ketupat plak masih ade feel raya. Alaaa...Raya kan sebulan. Kepada sape-sape yang sedang berpuasa 6 tu teruskanlah. Selamat berpuasa dan selamat hari raya. With ♥ shazika.

Sunday, September 18, 2011

Iklan gengster

Layannnnn... zasssss

Tak boleh blah langsung video ni. Hahahaha... Kalau rasa nak gelak tengok ah video ni. Abang tembam sudah keluar..

Akhirnya bertukar

Setelah sekian lama aku pakai template dari blogger dan tercari-cari template mana yang sesuai, simple and sweet akhirnya aku pilih template ni. Aku tak mau mukadimah panjang sangat. Cuma nak gitau aku dah tukar templat baru.

Jap jap.. nak kasi screan captured sket templat baru ni..

Tuuuu diaaa....

Amacam? Okey tak yang baru ni?.. Aku tau la aku tak mampu nak order template dari orang-orang yang tau design blog so aku google je la. Dah mintak kawan belanja tempah design blog semua wat dunnoe. Hampeh btol. huhuhuhuu..
Takpela, wat sekadar termampu. Yang dulu punyer aku suka sebab simple. Alamak! Aku tak creancapture la plak sebelum tukar. Sorry eh..K la bye. Ngantuk da. Assalamualaikum.

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wedenesday #3

Tuesday, September 13, 2011

Giliran aku pulak bercerita tentang raya

Assalamualaikum. Cuti raya aku dah habes. Sekarang dah berada di maktab balik dah. Huh! mengeluh sekejap. Hari pertama kelas dah kalut tiba-tiba puan suh antor asignment. Dalam masa 1 jam je aku buat. Ceh, boleh plak siapkan dalam masa sejam. Bagi due date lama-lama pon tak guna kan. Hahahaha. Macam tu la perangai last minit. 

Sambung cerita raya....

Raya kali ni tak happy sangat sebab baju raya aku tak havoc macam kamu semua. Siapa yang pilih kain? Aku lah! Padan muka. Biasanya mak ayah aku yang pilih kompem-kompem aku suka kalau pilihan mak ayah tapi kali ni gedik pilih sendiri bila tengok lama-lama rasa tak happy plak. Aku pon cuba happykan dengan memilih kaler tudung yang ceria.

Beberapa bingkisan pada raya minggu pertama.
Nak jugak? Ni raya kat rumah adik-beradik tokwan aku. Konvoi ramai-ramai naik highway baru dari kuala berang ke bukit besi. Gambar di atas tu adik-adik dan sepupu-sepupu.
Budak-budak kampung aku yang mai beraya ke rumahku. Tenggelam aku disamping mereka.

Tak de menarik sangat pon minggu pertama. Lepak kat rumah je banyak. Baju raya pon basi kat rumah jek. Kita skip la citer. Terus pergi ke minggu kedua raya boleh.
Gambar ni masa rumah terbuka pakcik aku. My sista n notty cousin. Tula baju raya aku. Rotate untuk minggu kedua.

Pakcik makcik aku kat belakang. Act ramai lagi yang mai. Masa ni semua dah pakat nak balik.

Ni pulak rumah last yang aku pergi beraya sepanjang cuti hari raya di kampung. Dah tak de baju raya nasib baik baju zaman sekolah dulu masih muat. (Eleh, macamlah kau membesar azie). First time rasanya tayang gambar adik-adik pompuan aku kat belog nih. Tapi masih tak cukup lagi sorang.

Tu jela citer raya aku. 

Tuesday, September 6, 2011

Ke sekolah lagi

Hari ni hari ke tiga aku di sekolah. Tak banyak sangat kerja yang kena buat untuk asignment untu PBS ni cuma leceh la siket. Aku kena buat pameran mengenai kemerdekaan. 1 tu je la asignment kena buat di sekolah. Kali ni aku pilih SK Padang Mengkuang dan alhamdulillah kali ni ada 7 orang lagi guru pelatih dari maktan berbeza berPBS di sekolah ni. Tak la aku kesorangan lagi. Kalau nak tau kesah kali pertama ke sekolah dahulu godek-godek la entry lama kat blog ni. Elelelele... aku tau kamu malas nak cari kan. Nah aku bagi link citer lama.

Tadi aku baru lepas pergi tampal pameran aku esok baru di pamerkan. Semalam baru aku siapkan bahan pameran. Aku tampal bahan-bahan tu semua atas mounting board saiz A3 sebanyak 10 keping. Aku start buat dari lepas Isyak sampai pukul 5 pagi. Perghhhh... Nasib baik family aku tolong. Mak ngan adik-adik aku tolong lekatka reben sekeliling 12 board tu. Pastu siap dorang masuk tidur tinggal aku sorang-sorang terkial-kial siapkan. Pastu tiba-tiba si kepoh muntah-muntah ayah aku bangun tengok aku tak tido lagi. Aku mintak tolong ayah aku guntingkan gambar dan lekatkan double-sided. Aku siap buat pukul 5 pagi. Tidur jap bangun pukul 6.30pagi siap-siap gi sekolah. Ngantuk gilerrrr....


Aku cikgu?

So, tinggal lagi 2 hari di sekolah. Esok buat pameran bagi siap semua rakam video pastu setlekan asignment yang lain. 
Eh, lupa nak cite pasal sekolah ni. Sekolah ni okey la. Banyak giler menang anugerah masuk bilik tepi pejabat panuh sijil, cek, piala, plat. Bukan tu aje kat kantin pon penuh anugerah kat libry lagilah banyak. Bukan tipu ni kenyataan. Suasana sekolah menarik penuh ngan warna warni macam sekolah yang aku pergi khidmat masyarakat aritu. Nanti sambung lagi cerita. Bye

Monday, September 5, 2011

Mimi menentang Raksasa Bulat (part 1)

to be continued.....

Saturday, September 3, 2011

Pemanduanku semakin ada peningkatan

Salam aidilfitri buat kamu yang sedang membaca entry di blog ini. Camne ngan raya kali ni banyak ke makan banyak ke dapat duit raya. Dah dapat duit raya tu jangan lupa masuk dalam ASB. Semua dah pakat taruk cerita dalam blog masing-masing tentang raya tak kurang juga semua dah pakat tukar profile picture kat facebook gambar bergaya ngan baju raya. Raya kali ni aku pergi beraya dengan memandu kereta putih mak aku. Tak de la lagi jalan kaki berarak ngan adik-adik dan sepupu-sepupu. Aku angkut semua masuk kereta. Jom ushar perjalanan aku.
Rujuk gambarajah

Selalunya aku berani bawak kereta dari rumah aku sampai rumah tokwan aku je. Jaraknya lebih kurang 300m. -_-" Pastu raya pertama aritu aku jauhkan siket jarak sampai umah fidia. Raya kedua aku up kan lagi sampai umah pok jena. Jalan kampung aku ni muat-muat untuk satu lori so kalau bertembung di tengah jalan kena pandai-pandai mengelak. Setiap kali bawak kereta aku selalu berdoa dalam ati janganlah bertembung aku dah la new driver even lesen dah tak payah lekat P lagi.
Mesti ada yang kata aku bajet nak cerita bawak kereta. Ni yang nak mengata ni mesti tak godek-godek baca entry aku yang lepas-lepas camne tragedi kemalangan aku di depan rumah sendiri menyebabkan fobia nak bawak kereta. Hahahaha. Sekurang-kurangnya aku belajar dari pengalaman. Nak jadi lagi cekap bawak kereta so lepas ni mak aku boleh lah berebut giliran nak guna kereta tu.