Thursday, March 31, 2011

Jangan lupa basuh baju baru

Kamu semua mesti selalu shopping baju, seluar dan pakaian dalaman kan. Pastu bila eksited sangat ada baju baru, belum basuh lagi dah pakai. Siap masih bau kedai lagi.


Ayah saya tukang jahit. Dia selalu pesan, sebelum pakai pakaian baru kena basuh dahulu pakaian tu. Terutama yang pakaian dalaman. Kat kilang baju tu, pekerja main campak je pakaian atas lantai, letak kat dalam stor lama-lama, timbunkan semua pakaian yang dijahit, dan ada jugak baju kat kedai yang orang dah cuba pakai. Kita tak tahu baju tu entah sape-sape pakai sebelum kamu beli.


Aku pernah pergi tempat kerja ayah. Memang pekerja timbun je baju atas lantai. Ha, kalau mak cik-mak cik yang jahit baju kurung kat rumah pon main letak je atas lantai kan. tak de banyak space kot nak letak elok-elok baju-baju tu atas meja. Alah, kamu kalau masuk fitting room pon main campak je baju atas lantai sementara nak tukar baju asal ka. So, kamu jangan lupa basuh dulu baju atau seluar atau pakaian dalaman yang baru beli tu untuk mengelakkan badan ase gatal gatal. Kot ye pon eksaited nak pakai basuh la dulu.

Monday, March 28, 2011

Rasa sekali mau lagi


Awal pagi lagi sampai je kelas dah dengar riuh suara kawan-kawan aku bercerita tentang PBS masing-masing. Daripada cerita dorang yang aku dengar semua best. Walaupon kami satu kelas kena wat sorang satu sekolah tapi kat sekolah dorang ada jugak budak-budak dari maktab lain. Setakat ni yang aku tau Naim punyer sampai 14 orang wat PBS dekat sekolah dia gi tu. Wohaaaaa! Ramai tu. Ada la jugak member nak buat sembang. Bila orang tanya ‘Azie ko camane pbs?’ buntu nak jawab pe. Yer la aku punyer tak se-best mereka mereka. Takpe, nama pon pengalaman berasaskan sekolah. Pengalaman lah tu wat sorang sorang. Lepas ni kalau kena wat sorang sorang lagi mesti dah ase biasa macam orang dulu dulu kata alah bisa tegal biasa. Ceh, saje ah tu nak sedapkan hati. Betol ke eja tegal camtu. Tegal ke tegar eh. Konpius.

Ok. Kita stop dulu sembang pasal PBS. Ni, semalam aku baru siapkan satu iklan. Sape-sape duk area Kulim, Lunas, Bukit Mertajam  atau yang sama waktu dengannya mailah rasa burger ngan otak-otak (brain-brain).


Comey tak iklan aku? Komen sket.

Thursday, March 24, 2011

Guru besar main sorok sorok ngan aku

Kerja aku kat sekolah dah selesai. Tadi last day kat sekolah. Pengalaman menjalankan PBS sorang sorang memang mencabar jiwa raga. Ase nak nanges pon ada. Kamu bayangkan ko duk dalam bilik guru sorang sorang gi kantin sorang sorang jalan ronda sekolah sorang sorang sampai mak cik cleaner tegur kenapa buat sorang-sorang jek. Cikgu cikgu pon kata sebelum sebelum ni yang datang berkumpulan.


So tadi terjumpa murid tahun 3 semasa sedang jalan nak gi bilik guru. 


Murid: Cikgu, cikgu masuk kelas kite tak kekgi (nanti)?
Aku: Oh, cikgu tak masuk dah kelas awak.
Murid: Ari ahad ni cikgu masuk tak?
Aku: Minggu depan cikgu balik sekolah cikgu la plak. Cikgu belajar lagi. Belajar nak jadi cikgu kekgi (nanti)
Murid: Oooooo...



Macam biasa tangkap gambar pakai self timer -_-"


Nak balik tu salam-salam ngan cikgu yang ada kat bilik guru pastu terjumpa murid-murid ada beberapa orang salam ngan aku. Terharu oooohhh gi sekolah. Nasib tak menitis ayaq mata je.


Sebab arini last day jadi kena jumpa guru besar nak kena sign borang. GB aku baru kat sekolah tu jadi dia banyak meeting. Aku gi cari Gb kat pejabat banyak kali jugak lah ulang alik dari bilik guru ke pejabat. Dahlah blok lain-lain. Pastu ada cikgu gitau GB ada kat kantin aku pon gi kantin gitau GB nak jumpa dia. Gb kata tunggu jap. Aku balik bilik guru balik. Tunggu jap pastu gi kantin GB ilang dah. Gi pejabat tak de jugak. GB ni nak main sorok sorok ngan aku ke? Aku cakap kat kerani tunggu kat pejabat jerlah. Kerani pon kesian kat aku perpeluh peluh sai' (haji) dari bilik guru ke pejabat cari GB. 


So, dah setle keje aku. I'm on my journey to become a teacher. Kena tabah. Tunggu semester depan plak lah baru ada orang panggil aku CIKGU!


Okey semua murid sila buat peace. Cikgu paksa!


Aku relief kelas tahun 3 tak tahu nak buat apa. Masa 1 jam aku buat ujian perkembangan bahasa pastu budak-budak tu duk main kamera aku. Suh dorang tolong rakamkan video aku tak jadi elok takperlah asal ada video suh amek gambar plak tangan shaking. 



Aku pon gi depan kelas suh dorang duduk tempat masing-masing cikgu nak tangkap gambar kamu. Tangan semua kena wat peace tak wat peace tak masuk dalam gambar.



Gambar gegar. Bantai jerlah masuk folio T_________T" tsk



Hari berikutnya pon aku datang sesi petang. Cikgu-cikgu semua kena gi mesyuarat tinggallah aku sorang kat bilik guru. Seram jugak ah duk sorang-sorang. 



Nilah akibatnya kalau tak ada orang nak tolong ambilkan gambar. Buat PBS sorang-sorang sedih ooooooo.. Jalan sorang-sorang makan sorang sorang. macam semua orang pandang aku jek. Pastu tutup semua lampu kipas blah gi kantin. Murah giler kot teh'o 40 sen jek! Terasa nak rekemen kantin tu meniaga kat cafe maktab aku ganti cafe kak som.



Pakai self timer. tsk -_-"


Esok last day! LAST DAY OH! Memang pengalaman lah wa cakap lu. So sape-sape berminat nak jadi cikgu apply lah maktab. Untuk tahun ni da tutup sila cuba tahun depan. Harap maklum. 



Tuesday, March 22, 2011

Murid naik atas meja lari lari keluar kelas susahnya nak kawal murid darjah 1


Sekarang tinggal lagi 3 hari untuk aku ke sekolah. Banyak lagi kerja nak kena setle kat sekolah tu. Harap-harap sempat lah. Hari ahad aku ke sekolah Hari pertama aku ke sekolah yang baru aku jejak dan bertemu ngan orang-orang yang akan baru aku kenali. Awal giler aku bangun sebelum pukul 6 dah bangun sebab sakit perut. Siap-siap semua breakfast ayah aku hantar 7.30 pagi aku jejak kaki kat sekolah tu. Pejabat pon tatau kat mana. Tanya sorang pelajar dia tunjukkan aku. Masuk pejabat nak jumpa guru besar tapi guru besar baru bersara. Sedang tunggu guru besar baru. Huaaaaaaa.... Nasib baik ada GPK.


Sekolah tu dalam pembinaan , perpustakaan jadi bilik guru. Tak ramai guru dalam tu sebab sekolah dua sesi. Sembang ngan cikgu sebelah tempat duduk aku alhamdulillah dia guru kelas darjah 1 aku pon mintak tolong cikgu tu nak masuk kelas sama ngan dia sebab aku kena buat ujian ke atas pelajar darjah 1. Masuk je kelas Ya Rabbi! Murid-murid naik atas meja lari sana sini ada yang keluar kelas ada yang sembang kencang. Pastu semua bagi salam macam biasalah zaman kita sekolah rendah dulu penuh ngan intonasi. assalaaaaamualaaikum cikgu. Aku pon duk belakang kelas.



Semasa cikgu mengajar budak-budak tu siket siket pandang aku kat belakang. Aku rasa kelas dapat bertahan kurang 15 minit cikgu suruh dorang wat aktiviti mewarna. Masa tu la terus jadi disaster kot bising sampai cikgu terpaksa jerit melawan suara suara mereka ditambah pulak masa tu hujan lebat giler tenggelam suara cikgu. Mencabarnyer... Lepas wat ujian kat budak-budak tu aku sembang-sembang la ngan dorang. 


Habis kelas aku balik bilik guru lepak situ sampai la masa tamat balik pukul 1.30 petang.


Sambung hari kedua. Macam semalam jugak gi sekolah pukul 7.30 pagi. Masuk je bilik guru tengok tak de cikgu lagi lampu pon tak bukak terkial kial aku cari suis lampu sana sini. Lepas tu barulah ada cikgu masuk aku minta tolong dia bukakan lampu. Hari kedua aku just duduk kat bilik guru bagi borang soal selidik. Nak temu bual cikgu semua sedang sibuk takut lah nak ganggu. Itu jerlah kerja yang sempat setle untuk hari kedua.


So, hari ni aku pergi sesi petang sebab nak wat ujian ke atas pelajar darjah 3. Kalau lah nanti aku jadi cikgu aku nak mengajar sesi petang lah sebab waktu pagi tak rasa kelam kabut pastu boleh lah relex sket. Tapi aku rasa zaman aku nak mengajar nanti tak banyak dah kot sekolah 2 sesi. Banyak sekolah dah naik taraf sekarang.

Monday, March 21, 2011

Aku dan sekolah


Masih terlalu awal untuk ceritakan keseluruhannya. Lagi 4 hari. Bertahan!


Friday, March 18, 2011

Aku akan ke sekolah selama 1 minggu


Bermula ahad ni sampai la hari khamis aku akan ke sekolah. Mula-mula rasa menyesal tak pilih sekolah rendah aku dulu. Gedik ngat gi pilih sekolah lain. Tak pelah think positif. Belajar mengenali masyarakat dan tempat baru. Selama 1 minggu aku kena bangun awal giler pukul 7 lebey kena ada depan sekolah dah. Sabor jerlah. Pergi sekolah ayah aku hantarkan. Tak kan aku nak gi kayuh basikal kot. 


Ada 3 assignment nak kena setle masa ni. Fuh! Mana satu nak buat tak terkejar kot. Dah lah pergi sekolah tu sorang sorang. Makan kat kantin nanti sorang sorang. Nak cari murid, cikgu, cikgu besar, wat temubual, soal selidik, ambil video, gambar semuaaaaaa sorang sorang. Mampu ke???


Ni sekolah yang aku akan gi minggu depan.




Selamat pagi cikgu! Akan ceritakan pengalaman aku selama satu minggu di sekolah tu.Insyallah...


Tuesday, March 15, 2011

Girls day out


Kemarin aku keluar ngan adik adik aku saje belanja dorang makan dan bergumbira. Adik aku yang kecik tu tak tau naik kenderaan awam. Selalu kalau keluar gi mana-mana dorang naik kereta mak ayah. Aku pon ajak lah dorang naik bas dan teksi.


Hye semua. Kami dah ready nak keluar ni.


Oleh sebab tunggu bas dalam hujan dah 1 jam. Kami decide naik teksi jer lah. Lepas tu lapor terus pergi melahap pizza.






Nabilah selalu bergambar tanpa motif????






Lepas makan aku bawak dorang pergi main. Ada mini playground dalam giant.







Dah puas main kami gi karaoke. Kalau tahu dek ayah aku ni  mahu nyer kena ligan satu rumah sebab bawak budak 2 orang ni masuk karok jamban. Aku tak nyanyi pon dorang yang melalak sampai 5 lagu. Antaranya lagu itik gembo gembo ngan you say aku-cinta laura. Muachhh!




Dah penat?? Jom balik....





Sebab tadi pergi naik teksi so balik budak tu nak naik bas. Tu pon tunggu sejam jugak ah. Naik bas trip last nasib baik tak ramai orang kalau tak jenuh nak berdiri. Tapi remaja dalam bas tak de sivik ada patut duduk 2 seat sorang. Seat satu lagi taruk barang. Nasib baik aku paksa dorang letak barang atas riba barulah kami boleh duduk. Tu pon nak kena ajar ke? Oh lupa. Dorang tak belajar matapelajaran sivik kot masa kat sekolah. Ada baiknyer kerajaan wujudkan subjek tu.


Sunday, March 13, 2011

Video senam tari

Aku dah berada kat kampung ni. Oh, nak tengok tak video senamtari yang aku citer tu. Dah mintak ngan member aku. Thanks to my classmate Fyza sebab upload kat facebook pastu aku mintak share. Sape sape nak tengok sila ke link ni. Video senamtari KOT. 



Make sure kamu sign in facebook dulu baru leh tengok.  :) Selamat pagi sayang, kalau berpacaran ngan lagu senario..


Thursday, March 10, 2011

Muka ngadap matahari tak dapat cuti

Seperti yang aku janji semalam. Ni kisah untuk hari ini. Kejohanan olahraga tahunan IPIK. Macam-macam persembahan ada hari ni. Kami buat kat stadium bola sepak Kuala Lumpur.

Banner? Kejohanan Olahraga tahunan kali ke-51.. Maktab aku antara yang tertua. Orang kata sebelum merdeka dah wujud maktab ni. Tuaaaaaanyerrr..



Kat tepi aku tu cikwawa yang conduct senam tari aku. Waktu awal awal pagi semua muka indah jek.  Ko tengok la nanti dah sampai pukul 12.30 tengah hari semua muka belemuih berjemur tengah padang.


Acara pada awal pagi tu mula ngan kawad pasukan beruniform ngan kawad rumah sukan. Oh! Lupa nak gitau. Rumah sukan aku nama IKHLAS.  Ada 4 rumah sukan semuanya.

Maju-merah
Padu-biru
Ikhlas-hijau
Kamil-kuning






Lepas tu persembahan tarian. Aku terlibat ngan senam tari. Berpeluh jugak ah menari sambil bersenam pada awal pagi gitu. Penonton pon sama sama bersenam. Kami berjoget 3 buah lagu. Oh, ada member yang rakam video tapi tak sempat nak amek ngan dia. Nanti la aku upload. Sekarang kamu layan je gambar dulu eh.








Ada tarian dari pra-sekolah jugak. Comey giler. Ada yang hyperaktif ada yang macam nak buat tak mau buat jek. Siap ngan pom pom pakai spek lagi. Dorang joget lagu ala ala disko gitu. the time kot. Its the time of my life n i know nananananana.. haha tatau lirik




Lepas semua persembahan tu barulah sambung acara barlapan. Rindu giler nak lari lari terutama relay. tsk T_______T"  Pasrah je di tempat penonton sambil jerit bagi sokongan.


Acara semua habes dalam pukul 1.00 lebey pastu semua kena turun bawah dah la panas giler matahari betul betul atas kepala tanpa sebarang payung atau kain tutup muka tadah je muka mengadap mentari. Perghh! Panas giler.



Dan...Rumah IKHLAS dinobatkan juara KOT tahun ni. Yeah! Rumah aku tu weh.



Ketua rumah aku abang Watson saket kaki. 


Lepas semua dah bagi hadiah, kami duk jerit ramai ramai CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI! Hampeh, tak dapat cuti untuk esok. Biasanya kalau hari sukan esoknyer ada cuti. Saborrrrrjer lah. Dah la muka burn berjemur tengah padang tu semata mata nak tunggu pengumuman cuti.



Tu jek kisah untuk hari ni. Jumpa lagi tahun depan. esok ada kelas macam biasa. zzzzzzzzzzzz.....

Wednesday, March 9, 2011

Senam tari


Seperti tahun lepas lepas jugak aku tak terlibat ngan acara sukan dah. Jadi kena la terlibat ngan acara lain. Tahun lepas aku jadi photoG bantu JPP. Tahun ni aku terlibat ngan senam tari. Joget la aku kat atas trek tu. Tadi dah wat rehesel kat pukul 12 kot. Panas yang amat. Muka mengadap matahari. Berpeluh-peluh aku.





Papehal esok balik dari stadium aku citer lain kalau tak letey la kan. Datang semula ke blog aku esok. Insyaallah....


Tuesday, March 8, 2011

Sempoi giler budak batch aku


Hari jumaat lepas semasa aku on da way nak gi perjumpaan HELWI (Hal Ehwal Wanita Islam) aku terserempak ngan Samantha. Dia bawak gambar batch. Aku ushar jap gambar aku okey ke tak mana ah tau kot kot tudung terherot muka poyo giler ke. Oleh sebab tengok semua gambar lawa giler aku pon terus melilau cari orang nak pinjam duit jap pastu berlari gi dewan nak beli semua gambar tu ngan harga 22 hengget.


1 gambar formal 3 keping gambar candid. Siap ada kalendar gituuu.. jelas plak tu muka sorang sorang.


Ce teka dorang semua sedang wat gaya apa? GAYA USOP WEH! Kan aku dah kata kuat penangan kak limah kat maktab aku



Cari anak panah merah. Tiada aksi. hahahahaha... Tin, kalau ko ushar kat gambar formal, ada hantu oh kat tepi kau. Siyes nih. Erkkkk.. Tatau ah hantu ko atau hantu kak Limah.


Kasi zoom sket gambar skema aku. :P


Aku suka gambar candid nih. Sempoi giler dorang nyer style. Sebenarnya banyak lagi yang sempoi. Tak kan nak taruk semua kot. First time tangkap gambar sama-sama ngan batch aku ramai-ramai camni.



Nak tengok hantu kak limah tepi fatin??

See. Rujuk anak panah


Monday, March 7, 2011

Kalau lewat ke kelas


Setiap hari kelas aku start pukul 8 pagi. Aku duduk hostel kena keluar dari blok kediaman sebelum pukul 8 pagi. Kalau tak akan terkurung dalam hostel tak dapat ke kelas. Kehadiran setiap hari adalah wajib 100% kalau ponteng banyak kali dan buat masalah disiplin akan dikenakan Akta 174. Wohaaaa..


Kalau aku bangun pagi selepas pukul 7 aku akan jadi sangat emo dan menggelabah sebab ase macam dah lewat giler. Dalam masa 1 jam tu nak solat, mandi, iron baju kurung, iron tudung, buat sarapan, nak bersolek lagi adoyai. So, kalau ase-ase bangun pukul 7 aku dah standby dah siap-siap baju tak yah iron, tudung main sarung jek. 




Aku ada beberapa helai baju kurung yang tak payah buang keringat nak iron tak nampak kedut pon walaupon basuh ngan mesin basuh. Perlu tau sediakan baju kurung jenis gini tak de lah lewat datang kelas. Pastu sarungkan tudung syria. Tak perlu risau senget ke dan tak perlu iron dan tak yah pon pakai kerongsang. Make it easy dear.


Pastu bab sarapan pulak macam biasa lah aku akan makan dalam kelas. Terpaksa oh. Aku jenis cepat lapar. Breakfast, lunch, dinner. Tu perlu. Masalahnya makan banyak tak besar-besar jugak -_-" Alhamdulillah.


Saturday, March 5, 2011

Berjimba ke Perpustakaan Negara


Hai semua, semalam saya ke Perpustakaan Negara lagi untuk cari bahan assignment sosiologi yang bertajuk masalah sosial dalam kalangan remaja. Dari maktab ke ke sana kami naik teksi 4 orang. Jimat duet dan tenaga.

Fatin, moknik, azie. Ika duk seat depan tak masuk dalam gambar


 

Punyerla bersepah meja cari bahan.




Pastu nak kena tunggu giliran nak fotostet. Ada 1 kumpulan perempuan sedang fotostet banyak giler bahan dorang nak. Lama jugak ah kami tunggu.  



Kebosanan menunggu giliran fotostet.



Selepas agak sejam kami tunggu, last-last bawak keluar buku dari level 7 pergi level 8. Baru boleh fotostet. Fuh! Kena beli kad fotostet RM19 untuk 200 helai.




Tin, tolong fotostet untuk aku sekali eh... Ada gaya nak ganti akak Mirami (kedai fotostet dalam maktab aku)



Bahan rujukan aku. Dah masuk degree rujukan sekurang-kurangnya 10 buah buku. Wohaaaa...


Dah dapat bahan, kena lah start buat assignment. Hari senin ni dah nak kena antor. Akan berusaha ngan gigih. Yeah!



Keluar je dari library amek teksi naik LRT gi ronda-ronda Jalan TAR. Nasib baik kedai dah tutup. Kalau tak habes duit aku borong beli kain atau tudung. Alhamdulillah selamat duet aku tapi melayang jugak 25 hengget beli syria. Ada 2 ,3 buah kedai tak tutup lagi. Hadoy.