Sekarang tinggal lagi 3 hari untuk aku ke sekolah. Banyak lagi kerja nak kena setle kat sekolah tu. Harap-harap sempat lah. Hari ahad aku ke sekolah Hari pertama aku ke sekolah yang baru aku jejak dan bertemu ngan orang-orang yang akan baru aku kenali. Awal giler aku bangun sebelum pukul 6 dah bangun sebab sakit perut. Siap-siap semua breakfast ayah aku hantar 7.30 pagi aku jejak kaki kat sekolah tu. Pejabat pon tatau kat mana. Tanya sorang pelajar dia tunjukkan aku. Masuk pejabat nak jumpa guru besar tapi guru besar baru bersara. Sedang tunggu guru besar baru. Huaaaaaaa.... Nasib baik ada GPK.
Sekolah tu dalam pembinaan , perpustakaan jadi bilik guru. Tak ramai guru dalam tu sebab sekolah dua sesi. Sembang ngan cikgu sebelah tempat duduk aku alhamdulillah dia guru kelas darjah 1 aku pon mintak tolong cikgu tu nak masuk kelas sama ngan dia sebab aku kena buat ujian ke atas pelajar darjah 1. Masuk je kelas Ya Rabbi! Murid-murid naik atas meja lari sana sini ada yang keluar kelas ada yang sembang kencang. Pastu semua bagi salam macam biasalah zaman kita sekolah rendah dulu penuh ngan intonasi. assalaaaaamualaaikum cikgu. Aku pon duk belakang kelas.
Semasa cikgu mengajar budak-budak tu siket siket pandang aku kat belakang. Aku rasa kelas dapat bertahan kurang 15 minit cikgu suruh dorang wat aktiviti mewarna. Masa tu la terus jadi disaster kot bising sampai cikgu terpaksa jerit melawan suara suara mereka ditambah pulak masa tu hujan lebat giler tenggelam suara cikgu. Mencabarnyer... Lepas wat ujian kat budak-budak tu aku sembang-sembang la ngan dorang.
Habis kelas aku balik bilik guru lepak situ sampai la masa tamat balik pukul 1.30 petang.
Sambung hari kedua. Macam semalam jugak gi sekolah pukul 7.30 pagi. Masuk je bilik guru tengok tak de cikgu lagi lampu pon tak bukak terkial kial aku cari suis lampu sana sini. Lepas tu barulah ada cikgu masuk aku minta tolong dia bukakan lampu. Hari kedua aku just duduk kat bilik guru bagi borang soal selidik. Nak temu bual cikgu semua sedang sibuk takut lah nak ganggu. Itu jerlah kerja yang sempat setle untuk hari kedua.
So, hari ni aku pergi sesi petang sebab nak wat ujian ke atas pelajar darjah 3. Kalau lah nanti aku jadi cikgu aku nak mengajar sesi petang lah sebab waktu pagi tak rasa kelam kabut pastu boleh lah relex sket. Tapi aku rasa zaman aku nak mengajar nanti tak banyak dah kot sekolah 2 sesi. Banyak sekolah dah naik taraf sekarang.
4 comments:
HAHA ebst gila kak jadi cikgu
memori tercipta semula laaaa :)
haha..
cter aku lok, bdak panggil cikgu 2 benda biasa.paling best bla dipanggil teacher n paling lawak ustazah wei..
saba ye azie..sekola sy gtu gak, ade yg baek, baek.. kalo masuk kelas ujung automtik kne jd garang, xle sym2..
huish! mencabar gak ek jadik cekgu! =.='
Post a Comment