Kerja aku kat sekolah dah selesai. Tadi last day kat sekolah. Pengalaman menjalankan PBS sorang sorang memang mencabar jiwa raga. Ase nak nanges pon ada. Kamu bayangkan ko duk dalam bilik guru sorang sorang gi kantin sorang sorang jalan ronda sekolah sorang sorang sampai mak cik cleaner tegur kenapa buat sorang-sorang jek. Cikgu cikgu pon kata sebelum sebelum ni yang datang berkumpulan.
So tadi terjumpa murid tahun 3 semasa sedang jalan nak gi bilik guru.
Murid: Cikgu, cikgu masuk kelas kite tak kekgi (nanti)?
Aku: Oh, cikgu tak masuk dah kelas awak.
Murid: Ari ahad ni cikgu masuk tak?
Aku: Minggu depan cikgu balik sekolah cikgu la plak. Cikgu belajar lagi. Belajar nak jadi cikgu kekgi (nanti)
Murid: Oooooo...
Macam biasa tangkap gambar pakai self timer -_-"
Nak balik tu salam-salam ngan cikgu yang ada kat bilik guru pastu terjumpa murid-murid ada beberapa orang salam ngan aku. Terharu oooohhh gi sekolah. Nasib tak menitis ayaq mata je.
Sebab arini last day jadi kena jumpa guru besar nak kena sign borang. GB aku baru kat sekolah tu jadi dia banyak meeting. Aku gi cari Gb kat pejabat banyak kali jugak lah ulang alik dari bilik guru ke pejabat. Dahlah blok lain-lain. Pastu ada cikgu gitau GB ada kat kantin aku pon gi kantin gitau GB nak jumpa dia. Gb kata tunggu jap. Aku balik bilik guru balik. Tunggu jap pastu gi kantin GB ilang dah. Gi pejabat tak de jugak. GB ni nak main sorok sorok ngan aku ke? Aku cakap kat kerani tunggu kat pejabat jerlah. Kerani pon kesian kat aku perpeluh peluh sai' (haji) dari bilik guru ke pejabat cari GB.
So, dah setle keje aku. I'm on my journey to become a teacher. Kena tabah. Tunggu semester depan plak lah baru ada orang panggil aku CIKGU!
9 comments:
mcm2 cabaran kan nk jadi cikgu? seronok pun ade..
syazika sem satu ke?? huhu best x pbs..
len kali pbs ramai2 baru best...
aisumi: macam2 la aisumi..saborjerlah. nnt da jd cg lg la mcm2
ishiko: baru sem 1. tak best langsung pbs sorg2!
hehehe..cikgu yg comel, ni mesti rmai murid suke nie..heee...
se---lamat pagi cikguuu !!!
ade ta murid cm upin ipin cikgu???
heee
haha..kalo aku nyjmpah da gb 2 ilang2..cam beskot pulak~
PBD tu ape ek shazika? =.='
okeh dah tau! "PBS - pengalaman berasaskan sekolah" hik3... baru bc kat latest entry! =D
ok je pakai self timer. alah aku hari last baru ade gmbar kot. before tu mane ade org nak tlong tgkapkan. hahaha
Post a Comment