Sunday, September 24, 2017

Laluan keluar dari sekolah ke bandar

Assalamualaikum

Habis je kertas terakhir upsr (last kertas sains) terus aku bergegas untuk keluar ke bandar sebab esoknya aku ada urusan di bandar. Lagipon masa tu dah dekat pukul 1 dah. Kalut kalut mandi siap siapkan barang dan jalan kaki ke pengkalan sungai untuk naik perahu ke kampung LS. Trasporter 4wd dari kampung LS yang available time tu dari sekolah tak de.

 Seronok jugak berperahu tengah ari panah dering menyelusuri sungai. (Betol ke penggunaan menyelusuri?)  Sebab kami tak pandai berenang so for safety kena pakai life jacket. Disebabkan panas lit lit pastu lupa pulak bawak kain pape untuk cover muka daripada burn teruk nasib baik cikgu S bawak surat khabar untuk berlindung.

 Ketibaan kami di sambut oleh 2 ekor anjing. Hahahaha. Dulu aku takut sungguh ngan anjing tapi sekarang okey jerlah anjing kampung tak liar cuma kena berhati hati dalam jinak jinak takut dijilat nya kaki ku. Tak pepasal nak kena menyamak. Takpe, nanti kat syurga baru dapat pegang anjing neh.


Sampai sudah zazi ngan barang barangnya. Nak kena panjat naik ke atas tebing pulak ngan barang barang ni. Kalau dah tahu nak naik perahu jangan duk bawak beg troli la naaaa.. galas je bagpack.

Kalau setiap kali keluar masuk ke sekolah kan aku jadi eksaited tau nak bergambar nak nikmati pemandangan sebelum aku kecundang sakit pala dan tidur. Hahahaha. Mostly dalam kereta aku akan tidur. Jadi sebelum tu aku akan ambil gambar ambil video untuk tunjuk kat family dan kawan kawan camne perjalanan aku sebenarnya untuk orang faham keadaan sini.

 Bergambar latar belakang gunung batu tujuh. Tapi tak clear ngat terlindung sket ngan babas (semak samun).


 Ni jalan yang kami lalui. Sempit kalau dari kampung dan berbatu kasar memang gegor habis laaaa duk dalam kereta ni terhuyung hayang. Ambil gambar dan video pon gegor. Macam duk atas kerusi ogawa.


 Nampak tak laluan tu ditengah tengah hutan balak. Seriusly sebelum ni aku tak dapat imagine pon ada perkampungan ada manusia tinggal ada laluan macam ni sebelum ni. Dah datang sini baru merasa. Subhanallah, nikmat tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan? Syukur allah bagi kesempatan merasa semua ni.

Dan disebab kan laluan cenggini jugaklah aku sokmo berserah kepada allah kalau jadi pape kat aku sepanjang perjalanan. Disebabkan kes akhir tahun lepas terus aku ambil insurans. Hahahaha..


 Ni jambatan paling panjang di baram ulu. Kali ketiga dah aku lalu jambatan ni. First time tahun lepas lalu jambatan ni untuk gi sekolah mengawas UPSR di SKLioM. Pastu cikgu DB ngan zuhdi berenti kat tengah tengah jambatan tu ajak bergambar. Yerla sebab bukan selalu aku lalu situ sebab laluan ni bukan laluan ke sekol LJ. 

 Sebab bukan sokmo lalu maka ayuhlah kita bergambar sementara tak de kenderaan lalu time ni. 


 Yiiihaaaa... bersama kak grace dan kaksa. 


Ngam pulak sedan ambil gambar dari dalam kereta yang bergegar tu seekor burung lalu. Subhanallah cantik sangat alam ciptaan tuhan ni. Menghijau sekeliling nya walaupon ni kawasan pembalakan yang terancang. 



Selepas hampir 9 jam perjalanan, kami pon sampai ke bandar hampir pukul 10 malam. Sampai je di bandar terus cari kedai makan. Lapaq giler la time tu ngan muka berlemuih nya berseluar trek berselipar jepun kami gi makan kat nasi kat kedai. Tak pedulik dah ngan penampilan diri janji kenyang. Hehehehe... 

Friday, September 22, 2017

Mandi air teh peng

Assalamualaikum...

Di LJ dan juga sekolah sekolah pedalaman yang lain, sumber air kami adalah daripada empangan kecil yang dibina sendiri hasil gotong royong pibg dan sekolah. Setakat ni aku belom pernah pergi lagi ke empangan tu yang terletak jauh dalam hutan dan jalan nak gi sana agak mencabar lah yang memakan masa lebih kurang setengah jam treking. Air sungai yang mengalir dari bukit ditakung dalam kolam kecil, itulah yang dipanggil empangan (dam)


Air daripada dam ni bukan macam air yang mengalir dari paip rumah di bandar yang jernih dan sentiasa mengalir 24 jam. 


Apa yang aku suka ngan air di LJ..


Air sini sejuk dan nyaman walaupun waktu tengah hari panas membahang. Tapiiiii...kalau waktu pagi atau malam sejuk gedik gedik oiii air dia. Kenkadang  pagi tak tahan sangat sejuk aku masak air panas untuk mandi. Kalau malas atau dah lewat nak tunggu air tu panas main hentam jerlah mandi air sejuk macam ais tu. Kenkadang dia punyer tahap sejuk tu terpikir jugak aku malas nak mandi sekadar cuci muka dan gosok gigi jer. 


Masalah yang kadang kadang kami hadapi di LJ ni berkaitan ngan air adalah bila waktu hujan lebat. Kalau hujan kompem air takda lepas tu. So, setiap kali hujan lebat kami akan cepat cepat pergi mandi, tadah air, cuci segala pinggan mangkuk atau pakaian sebelum air tu berhenti dengan tiba tiba. Kenkadang pakaian duk ada dalam mesin basuh lagi, tetiba air stop. Kepam la pakaian tu dalam tu ngan bersabunnya lagi tak sempat bilas. 



Masa mula mula aku di LJ, aku sedih giler tengok keadaan bilik air rumah aku. Lantai penuh selut kekuningan.


 Kenapa tandas kami macam ni??


 Lepastu barulah aku tahu, air lepas hujan memang keruh kekuningan dan bawak selut  macam warna air teh peng. Takde pilihan lain, kami mandi, berwuduk, gosok gigi dan cuci muka ngan air teh peng tu laaa.. sebab tu kalau turun ke bandar aku suka gi saloon untuk cuci dan treatment rambut sebab selalu mandi air teh peng. 




Dan pernah jugak lama sampai lebih dari 3 hari LJ takde air bila musim kemarau atau tak de orang nak naik pergi dam untuk bersihkan dam dari sampah sarap selepas hujan lebat. Nak tak nak terpaksalah mandi guna air mineral botol. Nak jimat mandi pakai sebotol air jer. Sebabtu setiap bulan kami akan beli berkotak kotak air mineral atau drinking water untuk diminum dan dimasak. Tapi kalau buat air milo panas aku masak jer air dari empangan tu.


Dalam keseronokan tinggak di LJ ni kenkadang akan ada jugak dugaan macam dugaan air ni. Pernah beberapa kali kami dapat pakej lengkap bila air takde, letrik pon tak de dan ofkos line internet pon tak de. Fuh..mencabar betol time ni..


Wednesday, September 20, 2017

Tahun ketiga mengajar subjek UPSR

Assalamualaikum


Alhamdulillah selesai sudah upsr untuk tahun ni bersama 7 orang murid. Bermula daripada bidang terjun mengajar sains sampailah tahun ke tiga ni masih lagi ajar sains. Kenkadang terpikir jugak aku kenapa ditakdirkan aku kena ajar sains bukan matematik walaupun matematik dan add math dapat A. Sekarang baru aku tahu kenapa bila try nak jawab soalan murid aku tak dapat nak explain ngan elok. Rupanya kemahiran aku lebih kepada fakta. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. 


 Ni semua 7 orang calon upsr tahun ni. Aku sebagai guru kelas dorang.  2 tahun sebelum ni jadi guru kelas tahap 1 boleh la nak main main tapi tahun ni aku tegas siket sebab murid dah besar lain dah, ada jugak yang rebel. Letih nak berhadapan ngan murid yang hampir dewasa ni.. tapi dalam masa yang sama aku belajar untuk uruskan mereka contohnya berkaitan kematangan, tingkah laku dan pengurusan diri bila dah baligh.

Kalau seblum ni uruskan murid tahun 1 dan 2 aku have fun jela ngan dorang sampaikan aku pon jadi budak budak jugak perangai. Pengalaman la semua ni jadi ibu budak budak dan ibu budak yang hampir dewasa. 


 Last paper sains main kuiz rambang jer tak yah bukak buku dah. Enjoy the moments kids. Aku tak kasi dorang bukak buku dah. Soal je kawan kawan dan beri jawapan apa yang ada dalam kepala time tu.


 Semasa majlis mohon restu ilmu. lupa pulak ambil gambar bersama parents.


 Nampak lah muka pulun masing masing beberapa minit sebelum masuk dewan peperiksaan. Hahahaha... sebelum ni jenuh nak kena paksa ambil buku dan nota untuk baca. Dah beberapa jam nak exam baru kalut.




Cikgu berserah jerlah dengan result sains nanti cuma harapan cikgu semua murid lulus. Kalau ada yang dapat A lagi bersyukur sebab selama aku ajar sains upsr ni tak pernah lagi ada dapat A sains. Alhamdulillah setakat ni semua lulus. Nak lulus sains memang mudah tapi nak dapat A tu memang payah. 



Selesai sudah namapk muka manyakkk heppi semua. Dah tak yah pulun datang kelas tambahan petang dan malam. Yahoo..berehat la kita semua. Tahun depan kalau ditakdirkan ajar lagi tahun 6 cikgu kena pulun lagi lah. Buat masa ni lek lek wat pis lu. Dok sak kok. Faham ke ? Hehehehe

Seminggu lepas upsr kami akan ada lawatan ke kuching. Murid murid tak sabar nak gi lawatan. Cikgu nya pon tak sabar jugak nak jenjalan ni. Yahoooo...!


Monday, September 18, 2017

Patah tumbuh hilang berganti


Assalamualaikum..

Tahun ni di LJ ada beberapa pertukaran guru dan staff. Awal tahun aritu GB kami GB S bersara dan kami terkontang kanting la sekejap tanpa GB selama 7 bulan pastu awal bulan 8 barulah kami menerima kedatangan GB baru, GB B. 


Tahun ni jugak orang orang yang rapat ngan aku berpindah ke semenanjung. Kakros housemate aku pindah mengikut suami ke johor. Sunyilah jugak rumah beberapa bulan tinggal aku ngan kaksa. Memandangkan waktu kerja aku dan kaksa berbeza, rasa sunyi sangat bila duk sorang sorang kat rumah. Selalunya kakros la yang teman masa makan, lepak tengok tv, kenkadang kakros ajak tidur sama. Kesunyian tu hilang sampailah bulan 7 awin pindah masuk rumah kami. 

Malam aprisiasi hari guru tahun ni LJ bertemakan back to school. Sporting semua pakai baju sekolah.


Bulan 6 pulak geng 90's aku pindah, si H. Kami dulu masuk LJ 4 orang sama sama. Dalam kami berempat H la yang pindah keluar balik semenanjung yang paling awal. Faham jugak, family perlu diutamakan sebab dia dah ada keluarga kecil sendiri memang patut la dapat pindah. Yang duk tertunggu tunggu seterusnya adalah si F. Dia ni pon dah ada keluarga kecil. Takpe, Allah lebih tahu bila waktu yang sesuai untuk kita pindah. Adalah tu rezeki pindah si F nanti. Perpindahan H diganti ngan cikgu B yang berpindah mengikut suaminya yang berkhidmat di LJ ini. 



Bulan 8 bangman pulak pindah. Seronok bila bangman ada dialah tolong perbaik masalah rumah kami dan fasilitis di sekolah ni. Malam malam dah tak de lagi yang karok sampai 2 3 pagi bila bangman dan H pindah. Sunyi pulok rasa malam malam tak de dengar bunyi bising. Huhuhuhu... Perpindahan bangman diganti dengan staff baru, T. 





Alhamdulillah bersyukur bila ditempatkan bersama orang sekeliling yang saling bekerjasama,  hormat menghormati dan faham ngan tugas masing masing. Yang penting takda berpuak puak tu paling aku syukur. Ramah lah semua kat sini termasuk ngan komuniti dab ibu bapa. Syukur Allah meletakkan aku di tempat yang sesuai yang aku boleh get along ngan semua orang dan jadi diri sendiri. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Insha allah...

Latest gambar staff beramai ramai sebelum bangman berpindah. 

Rakan sekerja di LJ ni silih berganti. Pertemuan singkat tapi ada memori bersama. Sengaja aku tampal gambar ramai kat sini sebab boleh tengok lagi kawan kawan.


Saturday, September 16, 2017

Rumah zazi selepas 3 tahun


Assalamualaikum

Kalini nak cerita tentang rumah zazi di LJ setelah 3 tahun menghuni di sana. Banyak la perubahan yang berlaku berbanding sejak aku masuk dan perlahan lahan aku cukupkan untuk keselesaan sendiri dan juga penghuni yang lain. Tak perlu berkira untuk keselesaan sebab masa banyak diluangkan di rumah sini berbanding rumah di ganu. 

Yang dah ditukar dalam rumah ni tikar getah dulu kaler biru aku tukar kaler kayu nampak cerah sket rumah. Tapiiiiii kalau ada serangga mati atau semut dan habuk jelas nauu nampaknya. Memang kena sapu rumah selalu sebab banyak serangga even dah pasang netting hijau kat luar rumah. ,

Memandangkan sejak mula masuk sekolah kipas kat rumah berfungsi 1 je aku pon beli lah kipas syiling yang baru. Dalam 2 3 bulan je elok tetiba rosak. Hampeh betol dah la siang di LJ ni panas membahang lain macam je. Next kami beli kipa dinding pulak bau je beli sebulan ni. Harap mampu bertahan lama jugak. Kalau problem jugak next year kita beli ekon. Tudiaaaaa.. 

Ni ruangan dapur rumah kami. Walaupon ada meja kerusi tapi kami lebih gemar makan di ruang tamu sambil tengok tv. Peti ais kami ada sorang satu. Aku punyer yang depan sekali tu. Cukuplah untuk simpan stok makanan bulanan. Bahagian memasak pulak sempit sebab terhalang ngan mesin basuh. So setiap kali nak masak memang sorang je boleh masuk dapur kalau tak nanti jem. Nasib badan semua slim slim boleh menyelit kalau nak guna sinki. Dapur gas pon kami ada sorang satu jugak. 

Ni bilik kecil zazi di LJ. Nampak tak perubahan berbanding waktu mula mula masuk sini. Aku datang sarawak ni bawak 1 beg tarik tu jer. Nanti nak balik semula ke semenanjung mau nyer 1 kontena mungkin. Hahahaha.yang penting aku masih pakai lagi cadar buah buahan yang mak kasi untuk ceriakan bilik ni. Cermin solek tu aku angkut dari bilik kakros selepas dia pindah. Dan rak tu aku beli senang nak letak barang terutama buku buku yang makin berlambak tu. Nanti nak kena bawak balik la separuh yang dah baca.

Oh ya! Langsiaqq aku dah tukaq baru dah uolssss.. yang lama tu nipis dah duk kena cahaya matahari dan kaler pon dah tukar jadi putih. Aku recyle jadi skirting meja murid tahun 6. Yang baru ni agak tebal walaupon nampak lagi tu cahaya matahari dan malam tak la banyak sangat angin sejuk masuk. Malam di LJ sejuk nauuu sampai mencucuk ke tulang sumsum. 

Ni keadaan rumah zazi masa 2015. Makin okey dan selesa di rumah sini sekarang. Apa yang tak cukup kita cukupkan perlahan lahan.