Saturday, May 12, 2012

Lawatan ke Pameran Raja Kita di Istana Lama


Assalamualaikum semua.. Buat pertama kalinya aku pergi lawatan ke Istana Negara. Bukan Istana Negara yang baru dibuka tu. Ni istana yang lama. Baru-baru ini adala pameran kat istana ni. So, aku ngan kawan-kawan pergilah melawat. Lawatan ni pon secara tiba-tiba lecturer kol ajak gi sana. Oleh sebab kami kan student social study memang kena lah melawat tempat-tempat macam ni.


Ini bangunan Istana Negara.



Dah datang kenalah sign guest book. Ada dua guest book disediakan. Dua-dua aku sign. Siap taruk nama Shazika shahrim lagi.

Suasana dalam istana boleh lah dikatakan cantik dan kondusif. Pameran ni diadakan di bahagian balairung seri. Semua pameran mempamerkan alat-alat kebesaran di-raja Yang di-Pertuan Agong ke-14 iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Alhaj Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon


candeliar yang besar di bawah singgahsana sultan.

Potret Permaisuri Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamido.


Dan lain-lain alat kebesaran di raja....
Zirwatul duk langut tengok pokok bunga emas. Kalau bab emas memang dia suka.Nak bawak balik umah ke??



Bergambar bersama kawan-kawan di hadapan singgahsana di raja. Tak dapat nak duduk atas kerusi tu, bergambar depan kerusi pon boleyyyy...



Begitulah lawatan kami ke Istana Negara. Bas tak leh masuk ke dalam kawasan istana jadi terpaksa berjalan kaki dan pemandangan di kiri kanan laluan (seperti gambarajah) dipenuhi dengan bunting (ceceh baru tau menggunakan perkataan bunting) pameran Raja Kita. Siapa yang belum pergi lagi, jangan lepaskan peluang untuk ke sana. 


Masih sempat lagi untuk kamu ke Pameran Raja Kita.

Tempat: Istana Negara Lama
Tarikh: 16 April-15 Jun 2012
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


pi es: kan best kalau pameran kat istana boleh tengok ruang makan raja, tempat beradu, ruang tamu, dapur, bilik air dalam istana macam mana. Kan.....


Monday, May 7, 2012

Kotex: Hanis Zalikha turut berlakon dalam drama Memberku Hawa


Semua wanita yang normal akan didatangi period. Period merupakan satu perkara semula jadi. Nak halang pon tak boleh kecuali kalau guna pembedahan, berpenyakit dan ubat-ubatan yang menghalang daripada terkeluarnya darah pada vagina. Jadi, apabila didatangi perion, ia tidak seharusnya menghalang kamu daripada memakai pakaian yang kamu mahu atau melakukan perkara yang sudah biasa kamu lakukan. Beberapa perkara mudah boleh menyenangkan kamu ketika period iaitu.....


Pemakaian tuala wanita, panti liner atau tampon :)


TUALA WANITA

Tuala wanita diperbuat daripada kapas, dengan jejalur atau pelekat dibawahnya agar ia boleh dipakai terus dengan melekatnya pada seluar dalam. Ketebalannya berbeza. Ada yang bersayap untuk melindungi seluar dalam kamu dari kebocoran sisi. Ada juga yang lebih panjang untuk memberikan perlindungan ekstra di belakang agar tidak bocor.




Salah satu brand tuala wanita yang paling digemari oleh wnaita-wanita di Malaysia adalah KOTEX. Baru-baru ini Kotex telah melancarkan satu teknologi baharu dalam penghasilan tuala wanita iaitu Teknologi ProActive Guards.



Kotex® ProActive Guards adalah leper pada permulaan penggunaannya dan diaktifkan apabila bersentuhan dengan cecair. Penghadang revolusi akan naik mendakap tubuh sekiranya tersentuh cecair. Ia lebih selesa dan memberi perlindungan kebocoran yang terunggul. Wohaaa... design kotex pon dah semakin lawa sekarang tak de lah kosong tanpa sebarang corak.!


untuk lebih informasi baca di sini 


Tahukah anda yang 7 daripada 10 wanita merasakan Kotex adalah lebih selesa untuk mereka? Dan paling penting, daripada 3 wanita, 2 mendapati yang Kotex menyediakan back leakage protection yang lebih bagus berbanding produk lain. Ini semua adalah kerana Pro Active Technology yang ada di dalam Kotex. Ianya akan memberikan perlindungan yang terunggul kepada wanita sekaligus memastikan keselesaan walaupun kerjaya anda memerlukan anda bergerak aktif.


KOTEX yang merupakan salah satu daripada jenama produk berkaitan wanita kini berusaha merapatkan label itu dengan golongan wanita muda. Untuk tujuan itu, sebuah drama bersiri menarik dan menyentuh perasaan berjudul Memberku Hawa telah diperkenalkan.






Siri drama tersebut mula ditayangkan setiap Ahad di TV3 sejak 15 April lalu dengan waktu siaran bermula pukul 10.30 malam.


Wohaaaa! Hanis Zalikha pon turut berlakon dalam drama Memberku Hawa ini. 





Saturday, May 5, 2012

Perempuan itu, masjid dan kawan-kawan


Kamera setting tak betul atau fotoG yang shaking. But the pictures still look nice for me.

Lokasi: Masjid Jamek, Kuala Lumpur
Masa: selepas Maghrib


I'm juz berlagak feeling ala model di bawah limpahan lampu neon selepas Maghrib di Masjid Jamek. Masjid Jamek menjadi destinasi singgahan aku dan kawan-kawan jika keluar shopping di Jalan TAR pastu dah tiba masa solat, kita kenalah solat. 

Gambar lama. Pak guard SOGO yang tolong ambilkan gambar. Ishk3~


Thursday, May 3, 2012

Review buku : Diari Cikgu Ayu

Kali ni aku nak share 1 buku yang agak menariklah bagi aku yang bakal bergelar seorang guru pada satu hari nanti.


Tajuk buku: Diari Cikgu Ayu
Penulis: Ilya Alias
Terbitan: PTS One sdn bhd
Harga: RM9.90



Sinopsis:

buku ni catatan kehidupan seorang bakal guru yang pergi ke sebuah sekolah pendalaman untuk menjalani praktikum. Cikgu ayu ni sangat glamour dan suka berfesyen. Banyak cabaran cigu Ayu hadapi semasa kat sekolah tapi ada cara macam mana cikgu Ayu tu selesaikan masalah-masalah tu semua. pastu masa kat sekolah Cikgu Ayu dapat hadiah misteri. Ada secret admire. Nak tahu siapa secret admire cikgu Ayu?? Ha... Kena lah beli atau kalau ada kawan-kawan saya yang rasa nak pinjam giatu jek ^^,


Sebab kenapa aku ter-beli buku ni:

1. Dia cerita pengalaman yang aku bakal tempuh satu hari nanti sebagai bakal guru. (menjalani praktikum semasa semester 5-7). Sekarang baru semester 3.

2. Cikgu Ayu ada secret admire. Manalah tahu nanti kat sekolah aku pon akan dapat secret admire. Hahahaha...

3. Bahasa dia agak sempoi. Tak jiwang sangat

4. Buku ni nipis.  157 muka surat jer. Aku tak suka sangat baca novel yang tebal-tebal.Kecuali novel english.

Tuesday, May 1, 2012

Side project


Assalamualaikum semua... eh! Perasan tak aku punyer blog dah berubah? alaaaa takkan tak perasan kot dah jadi semakin pinky-pinky. Oh. Pertama kali datang blog aku? It's okey. Bagi yang dah lama ushar tu mesti perasan kan design blog dah berubah. Thanks to Cik Bulat sebab tolong edit blog saya jadi macam ni. Dan terima kasih kat kawan-kawan saya si Ruby dan GM sebab belanja saya untuk design blog comel dan pinky-pinky ini. Kalau nak harapkan saya design sendiri memang OUT lah kan. 


Okey. Aku ada 1 projek nak kena setelkan. Tapi tak mahu cerita sekarang. Nak kamu tunggu next entry. Baiklah, aku kasi hint lah sket untuk side projek yang aku akan cerita kat blog ni nanti.


Have you have your shake today?