Assalamualaikum..
Tinggal di LJ jauh dari family dan kawan kawan kenkadang rasa sunyi jugak. Dah tak de tempat nak mengadu tak de tempat nak bercerita. Kalau dulu balik je kelas boleh jumpa roomate bercerita "sofia, nak tahu tak...bla bla bla" ataupon bergosip ngan achik aku "Ruby!, awak nak tahu tak..bla bla bla".. Huhuhuhu.. sekarang, pada siapa aku nak bercerita? Hanya pada Allah. Sokmo aku monolog sendiri tapi tak delah sampai nampak macam giler cakap sensorang.
Pernah jugak kenkadang aku stress, beban kerja yang tak mampu aku handle, ada masalah ngan seseorang, atau muak dengan persoalan bila mau kawen. Aku akan duk dalam bilik berhibernasi atau menangis sepuas puasnya dengan pelbagai persoalan. Untuk melegakan hati aku, aku akan ambil quran terjemahan dan seacara random selak muka surat dalam alquran dan baca terjemahan. Alahmdulillah setakat ni persoalan persoalan aku tu terjawab dengan ayat ayat dari muka surat yang aku randomly pick tadi.
Contohnya, pada awal tahun aritu banyak sangat tugas baru yang aku dapat. Aku rasa macam tak mampu nak handle dan kenapa aku yang kena. Terus aku buka quran dan ayat 11 surah al-taghabun menjawab persoalan aku tadi. Terus aku muhasabah diri dan rasa amazing sebab allah menjawab persoalan aku melalui ayat ayatnya.
Kenkadang bila kita ngadu pada manusia, jawapan yang diberikan kenkadang menghampakan. Dan kenkadang manusia takkan dapat menenangkan kita pon. So solusi terbaik adalah mengadu segala suka duka pada allah yang esa yang maha mengetahui segala yang kita tidak ketahui. Aku ngaku aku bukan seorang yang warak solehah sepenuhnya. Tapi sejak aku datang LJ, aku belajar yang takkan ada sesiapa yang dapat menolongmu selain Allah.
Because Allah knows what is the best for us.
1 comment:
indeed
Post a Comment