Assalamualaikum...jawab ler waalaikumussalam.
Bosan bosan tadi aku duk dengar lagu tetiba keluar lagu my mother. Tau tak lagu ni?
Who should i give my love to..
My respect and my honour to..
Who should i give the most to.
After allah and rasulullah..
Comes your mother..
Who next your mother
Who next your mother
And then your father..
Ada beberapa buku yang aku baca contohnya dari tulisan drHMTuah, dr. Anwar fazal dan faiz ibrahim sokmo duk sebut pasal keberkatan doa ibu. Walaupon dorang lelaki tapi dorang rapat dan hormat ibu. Sket sket citer pasal ibu dorang. Nasihat nasihat yang ibu dorang bahi dorang share. Seronok lah aku baca dan buat aku sokmo teringat kat mak aku yang jauh di seberang lautan.
Aku percaya ngan redha dan doa seorang ibu. Kalo nak diikutkan perjalanan hidup aku ni banyak ditentukan oleh mak aku. Aku mula perasan perkara ni sejak aku masuk emaresem. Biasalah budak lepas upsr mana tau pape kan nak sambung belajar mana. Semua mak aku la yang uruskan dari proses isi borang sampailah aku masuk sana. Habis spm plak aku isi upu nak sangat bidang yang aku konon konon minat lah iaitu pertanian. Mak aku suruh isi maktab..okey aku isi la tapi tak de rezki nak masuk maktab. Interviu pon tak dapat.
Akhirnya aku dapat kos pertanian kat upm. Universiti yang aku sangat sangat aim nak masuk. Tapi sedih rupa rupanya dapat upm sarawak. So mak aku tak bagi pergilah. Masuk la aku ke matrikulasi pahang. Lepas matrik aku isi lagi upu kos pertanian jugak. Yahoooo! Dapat pilihan pertama uum. Dan lagi sekali mak aku suruh isi maktab. Okey okey. Aku isi. Lepas dah masuk uum lebih sebulan tetiba dapat maktab. Terus mak aku mai amek dari kedah terus pergi KL.
Nak kata punyerlah masin mulut mak aku ni, pernah dia gitau ..kan best kalo aku dapat gi belajor kat KL. Boleh lah dia gi jenjalan sana. Tahniah mak. Dapat jugak kiter belajor di KL dan mak dapat jalan jalan sana.
Bukan aku yang beriya benar nak masuk maktab. Masa aku gi interviu, mak aku yang tolong isi borang dan settlekan everything. Dah dapat masuk opkoslah mak aku paling happy. Masa first day kelas , lecturer tanya..siapa masuk maktab sebab parents yang suruh. Aku terus angkat tangan. Hahahaha. Tapi dont worry. Walaupon aku tak minat pada mula nya last last minat tu dapat dipupuk. Jadilah aku seorang guru sekarang. And i love teaching.
Korang perasan tak, aku kenkonon minat pertanian. Dah 2 kali isi upu aku dapat. Tapi dinamakan ketentuan tuhan,Allah knows what is the best for us.. dah ditentukan aku ni jadi cikgu bukannya petani.
Next, lagi satu yang amazing pasal kata kata yang keluar dari mulut mak ni. Sebelum aku berangkat mai sarawak, mak aku ada sembang ngan kawan dia. Aku terdengarlah kan " biarlah dia gi sarawak. Sokmo dah hidup senang. Biar rasa hidup susah sket". Haa aa mak.. memang tak senang sangat hidulp dalam hutan ni. Kenkadang tak dop air kenkadang tak da letrik kenkadang dua dua pon tak de. Setiap kali aku kena angkut air pastu mandi jimat jimat satu baldi mesti aku teringat ayat mak yang ni. Pastu perjalanan merentas hutan balak. Tinkiu mak. Kalo tak rasa hidup susah gini tak de nya aku nak berdikari.
Tapi satu jer power mak yang kurang. Kenapa mak tak nak carikan jodoh untuk aku? Hahahaha.. bila orang sokmo duk tanya aku bila nak kawen, mak tahu aku rimas. Dah belom ada nak wat cemana. Aku serah pada mak untuk carikan.. tidok nyer dilayan. Disuruhnya carik sendiri. Kemonn mak.. segan la kiter nak ngorat laki. Tujerlah belom tercapai hasrat mak aku. Pernah mak aku cakap, carik negeri lain. Boleh mak gi berjalan. tak habis habis nak berjalan.
Mungkin ada sebab la kot kenapa aku sokmo sampai sekarang tak menetap di neegeri sendiri. Sebab boleh ler bawak mak ayah aku jenjalan tempat orang. Dalam ramai ramai anak, aku jer merantau jauh benor sejak kecik.
Tulah aku nak cerita pasal powernya kuasa dan doa ibu. Kenkadang kalo kita rasa perjalanan hidup ni susah, payah nak dapat kerja ke, kan.. cer check balik hubungan antara kita ngan ibu. Ingat balik apa permintaan ibu kita. Mungkin apa yang kita nak tu tak sama apa yang mak kita berkenan tapi aku percaya kalo mak redha insha allah semuanya gerenti beress..
No comments:
Post a Comment