Sunday, February 7, 2016

Baju sukan

Assalamualaikum..

Oleh kerana sekolah LJ masih belom ada pakaian seragam untuk semua murid guna semasa sukan atau kelas PJ, maka guru kelas kena mainkan peranan lah sediakan baju sukan untuk murid.

 Kalau sekolah harian biasa di kampung aku dulu, kan awal sesi persekolahan ada bayar yuran kan yang dalam tu ada termasuk sekali ngan yuran pakaian sukan. Tapi sekolah di pedalaman tak de kutip kutip yuran ni. Siapa yang bersekolah masuk jer daftar.

Tahun lepas murid aku year 1 ada 3 orang jer. Mampulah ticer nak belikan baju sorang satu. Kalau dibuatnya 30 orang macam mana? Hahaahaha.. tema tahun lepas kaler hijau.

Ingatkan baju tahun lepas boleh la sambung pakai untuk tahun ni. Bila ada pertambahan murid lagi sorang ticer pon beli lah baju yang lain pulok. Yang ni kaler oren. Kebetulan ada sale CNY apalagi terus beli masa keluar beli barang barang hujung minggu aritu.


Aku tak suka beli baju PJ kain jersi untuk murid sebab jersi tak serap peluh. Yang aku beli ni jenis kain cotton.. selesa siket bawak pergi bersukan. Aku sendiri pon tak gemar mana pakai jersi.

Kalau nak tanya mana dapat dana beli baju baju mereka ni? Ticer guna dana sendirian berhad punyer. Lecturer aku pesan, nanti dah jadi cikgu jangan berkira sangat ngan murid. Sebahagian gaji cikgu tu spent la untuk murid. Manatau ada waktu cikgu tak masuk kelas atau terkurang waktu mengajar..gaji tu spent untuk bayar balik masa yang kita terkurang tu.

Seronok tengok murid pakai seragam jer masa bersukan. ..hehehe..



No comments: