Assalamualaikum..
Viral kat fb kisah pasangan kekasih putus cinta gara gara long distance relationship. Lelaki tu putuskan hubungan dan mengaku ada perempuan lain yang sentiasa ada di sisi dia. Perempuan tu punyalah merayu berharap agar lelaki tu kembali. Aku nak up gambar tapi tenet slow.
Ok. Aku tak tanjat pon pasal kisah viral tu.
Sebab dah berlaku kat diri sendiri jugak. Memang lumrah ke lelaki nak perempuan atau pasangan yang selalu ada dengan dia?
Bila fikir pasal berpasangan ni..satu hari nanti mungkin aku akan berumah tangga kalau diizinkan allah. Dengan keadaan aku yang sekarang ni pon berjauhan dengan family sejak sekian lama. Opkos aku rindu keluarga. Walau berjauhan macam mana pon family akan tetap sayang kita rindu kita. Walaupon mereka tak gitau tak luah at least we know they love me. Tak de nya nak mencari pengganti aku walaupon aku tak de disisi..still waiting for me..
Tapiiii...
Lelaki bergelar suami yang baru hadir dalam hidup kita adakah akan berperasaan yang sama macam family kita? Adakah dia akan tetap sayang aku rindu aku kalau berjauhan dan tak menduakan aku..oh.. maksud aku mencari perempuan lain.
Sebab tu sampai sekarang aku ragu ragu kalau ada lelaki muncul cakap nak kawen ke apa ke kan.. mampu ke dia berjauhan ngan isteri yang berkhidmat jauh dalam hutan macam ni buat sementara waktu sampai aku dapat pindah ke sisi dia? Haaa... itulah yang bermain di pikiran aku sampai saat ni..
Tahun 2014, umah tokma aku dilanda banjir teruk. So tahun lepas sebelum musim banjir kami bertanya la pada tokma..
"Tokma rasa tahun ni ( 2015) banjir ke dok eh umah tokma?"
"Mintak mintak dok la banjir. Tuhan idok nyer jahat nak bagi orang sini sokmo kena banjir. Dia bawak la pulak banjir kena kat kawasan yang tak pernah banjir. Adil jugak Dia eh"
Dan memang ditakdirkan allah, akhir tahun lepas umah tokma tak banjir dan pantai timur tak teruk pon kes banjir. Negeri lain pulak yang teruk terjejas.
Dari kisah tokma tadi.. aku dapat simpulkan yang tak kan la selamanya allah nak bagi aku berjauhan ngan family aku. Takkanlah bila aku kawen pon aku masih akan berjauhan ngan suami. Allah maha adil.
Memang impian aku nak sangat merasa hidup dengan keluarga disisi. Selalu sempat bersama family pon paling lama sebulan lebih tu pon masa cuti skolah.
Its okey. Mungkin belum masanya lagi allah nak tunaikan impian aku. I know. Masa itu akan tiba.. suatu hari nanti.. insha allah...
:)
No comments:
Post a Comment