Monday, February 29, 2016

Man success


Assalamualaikum...


To men: choose wisely.

To women: keep on supporting ur man.

To me:  I'll try to keep on motivate and inspired that man as much as i can do. Insha allah. 

Sunday, February 28, 2016

Kerana kita jauh



Assalamualaikum..

Viral kat fb kisah pasangan kekasih putus cinta gara gara long distance relationship. Lelaki tu putuskan hubungan dan mengaku ada perempuan lain yang sentiasa ada di sisi dia. Perempuan tu punyalah merayu berharap agar lelaki tu kembali. Aku nak up gambar tapi tenet slow. 

Ok. Aku tak tanjat pon pasal kisah viral tu. 
Sebab dah berlaku kat diri sendiri jugak. Memang lumrah ke lelaki nak perempuan atau pasangan yang selalu ada dengan dia?  

Bila fikir pasal berpasangan ni..satu hari nanti mungkin aku akan berumah tangga kalau diizinkan allah. Dengan keadaan aku yang sekarang ni pon berjauhan dengan family sejak sekian lama. Opkos aku rindu keluarga. Walau berjauhan macam mana pon family akan tetap sayang kita rindu kita. Walaupon mereka tak gitau tak luah at least we know they love me. Tak de nya nak mencari pengganti aku walaupon aku tak de disisi..still waiting for me..

Tapiiii...

Lelaki bergelar suami yang baru hadir dalam hidup kita adakah akan berperasaan yang sama macam family kita? Adakah dia akan tetap sayang aku rindu aku kalau berjauhan dan tak menduakan aku..oh.. maksud aku mencari perempuan lain. 

Sebab tu sampai sekarang aku ragu ragu kalau ada lelaki muncul cakap nak kawen ke apa ke kan.. mampu ke dia berjauhan ngan isteri yang berkhidmat jauh dalam hutan macam ni buat sementara waktu sampai aku dapat pindah ke sisi dia? Haaa... itulah yang bermain di pikiran aku sampai saat ni.. 

Tahun  2014, umah tokma aku dilanda banjir teruk. So tahun lepas sebelum musim banjir kami bertanya la pada tokma.. 

"Tokma rasa tahun ni ( 2015) banjir ke dok eh umah tokma?"

"Mintak mintak dok la banjir. Tuhan idok nyer jahat nak bagi orang sini sokmo kena banjir. Dia bawak la pulak banjir kena kat kawasan yang tak pernah banjir. Adil jugak Dia eh"

Dan memang ditakdirkan allah, akhir tahun lepas umah tokma tak banjir dan pantai timur tak teruk pon kes banjir. Negeri lain pulak yang teruk terjejas. 

Dari kisah tokma tadi.. aku dapat simpulkan yang tak kan la selamanya allah nak bagi aku berjauhan ngan family aku. Takkanlah bila aku kawen pon aku masih akan berjauhan ngan suami. Allah maha adil.

Memang impian aku nak sangat merasa hidup dengan keluarga disisi. Selalu sempat bersama family pon paling lama sebulan lebih tu pon masa cuti skolah. 

Its okey. Mungkin belum masanya lagi allah nak tunaikan impian aku. I know. Masa itu akan tiba.. suatu hari nanti.. insha allah... 

 :)


Sunday, February 21, 2016

Tuck in



Assalamualaikum..

Memang menjadi kebiasaaan bila terserempak dengan murid yang tak masukkan baju dalam seluar semasa waktu sekolah aku akan tegur direct terus dan mesti kemaskan la la tu jugak. Satu hari terserempak ngan murid darjah 1..

Ticer: apoi.. tuck in your shirt.
Apoi: huh??
Ticer: tuck in your shirt apoi

Apoi blur sebab aku cakap english ngan dia. Aku tak lepaskan dia selagi tak kemas. Tetibe lalu murid tahun 2 terdengar aku tegur apoi.

Tahun 2: tuck in your shirt.
Apoi: yu? ( apa..dalam bahasa kenyah)
Tahun 2: masuk baju dalam seluar.

Terus apoi perbetulkan baju dia. Settle.

Satu hari aku ajar pj. So kena pakai tracksuit. Ticer pon terserempak dengan apoi.

Apoi: ticer...tick in
Ticer: ha?
Apoi: tick in..

Ooooohhh..baru ticer faham..ticee pakai baju sukan tapi tak tuck in.

Ticer: tuck in la apoi..
Apoi: tu..ticer tak tuck in..

Yamboiii..suruh ticer pulok tuck in.. HAHAHAHAHA.. bagus ler faham jugak budak budak ni maksud tuck in. Kalo ticer yang tuck in..lain macam la pulok jadinya apoi oiiii...


Saturday, February 20, 2016

Luahan


Assalamualaikumm...

Bila duk LJ baru aku rasa perasaan macam mana orang tido dalam kelaparan. Kenkadang balik sekolah letih sangat sangat dan lapar. Nak masak tak de tenaga dah nak bersilat kat dapur. Pernah aku balik sekolah terus baring  atas katil dengan harapan nak rehat sekejap. Tapi terus tertidur dengan tudung masih lengkap di kepala dan sarung kaki pon tak cabut lagi.

Aku jugak pernah tidur dalam kebusukan. Pernah beberapa hari tak de air. Memang kebiasaan kami ada buat simpanan air. Kami tadah dalam botol minuman. Punyerlah jimat air, mandi awal pagi basahkan badan cuci muka dan gosok gigi jer pastu gi sekolah.  Balik sekolah opkos la tak mandi dan basahkan balik sebelum pergi kelas malam. Kang kalo ticer busuk kesian la pulok murid murid. Hahahaha. Bila dah 2 3 ari 'mandi' tak basah kepala opkos la busuk gatal dan berkelemumur. Tulah pengalaman aku tido dalam kebusukan. Bila dah ada air, aku bantai mandi puas puas.

Aku tak salahkan keadaan kat sini. Memang lumrah di Lj bila hujan lebat atau kemarau, air tak de. Kena cuba la sesuaikan diri. Tapi bila time ada air, tudiaaaaa air keluar dari paip umpama air terjun. Sampaikan tercabut kepala paip nak kata betapa laju nyer air berlumba lumba masuk baldi. Tapi kalo time tak de air, melangut la ko tunggu tepi baldi tak de setitis air pon keluar.



Thursday, February 18, 2016

Mak super power



Assalamualaikum...jawab ler waalaikumussalam.

Bosan bosan tadi aku duk dengar lagu tetiba keluar lagu my mother. Tau tak lagu ni?

Who should i give my love to..
My respect and my honour to..
Who should i give the most to.
After allah and rasulullah..
Comes your mother..
Who next your mother
Who next your mother
And then your father..

Ada beberapa buku yang aku baca contohnya dari tulisan drHMTuah, dr. Anwar fazal dan faiz ibrahim sokmo duk sebut pasal keberkatan doa ibu. Walaupon dorang lelaki tapi dorang rapat dan hormat ibu. Sket sket citer pasal ibu dorang. Nasihat nasihat yang ibu dorang bahi dorang share. Seronok lah aku baca dan buat aku sokmo teringat kat mak aku yang jauh di seberang lautan.

Aku percaya ngan redha dan doa seorang ibu. Kalo nak diikutkan perjalanan hidup aku ni banyak ditentukan oleh mak aku. Aku mula perasan perkara ni sejak aku masuk emaresem. Biasalah budak lepas upsr mana tau pape kan nak sambung belajar mana. Semua mak aku la yang uruskan dari proses isi borang sampailah aku masuk sana. Habis spm plak aku isi upu nak sangat bidang yang aku konon konon minat lah iaitu pertanian. Mak aku suruh isi maktab..okey aku isi la tapi tak de rezki nak masuk maktab. Interviu pon tak dapat.

Akhirnya aku dapat kos pertanian kat upm. Universiti yang aku sangat sangat aim nak masuk. Tapi sedih rupa rupanya dapat upm sarawak. So mak aku tak bagi pergilah. Masuk la aku ke matrikulasi pahang. Lepas matrik aku isi lagi upu kos pertanian jugak. Yahoooo! Dapat pilihan pertama uum. Dan lagi sekali mak aku suruh isi maktab. Okey okey. Aku isi. Lepas dah masuk uum lebih sebulan tetiba dapat maktab. Terus mak aku mai amek dari kedah terus pergi KL.


Nak kata punyerlah masin mulut mak aku ni, pernah dia gitau ..kan best kalo aku dapat gi belajor kat KL. Boleh lah dia gi jenjalan sana. Tahniah mak. Dapat jugak kiter belajor di KL dan mak dapat jalan jalan sana.


Bukan aku yang beriya benar nak masuk maktab. Masa aku gi interviu, mak aku yang tolong isi borang dan settlekan everything. Dah dapat masuk opkoslah mak aku paling happy. Masa first day kelas , lecturer tanya..siapa masuk maktab sebab parents yang suruh. Aku terus angkat tangan. Hahahaha. Tapi dont worry. Walaupon aku tak minat pada mula nya last last minat tu dapat dipupuk. Jadilah aku seorang guru sekarang. And i love teaching.

Korang perasan tak, aku kenkonon minat pertanian. Dah 2 kali isi upu aku dapat. Tapi dinamakan ketentuan tuhan,Allah knows what is the best for us.. dah ditentukan aku ni jadi cikgu bukannya petani.

Next, lagi satu yang amazing pasal kata kata yang keluar dari mulut mak ni. Sebelum aku berangkat mai sarawak, mak aku ada sembang ngan kawan dia. Aku terdengarlah kan " biarlah dia gi sarawak. Sokmo dah hidup senang. Biar rasa hidup susah sket".  Haa aa mak.. memang tak senang sangat hidulp dalam hutan ni. Kenkadang tak dop air kenkadang tak da letrik kenkadang dua dua pon tak de. Setiap kali aku kena angkut air pastu mandi jimat jimat satu baldi mesti aku teringat ayat mak yang ni. Pastu perjalanan merentas hutan balak. Tinkiu mak. Kalo tak rasa hidup susah gini tak de nya aku nak berdikari.

Tapi satu jer power mak yang kurang. Kenapa mak tak nak carikan jodoh untuk aku? Hahahaha.. bila orang sokmo duk tanya aku bila nak kawen, mak tahu aku rimas. Dah belom ada nak wat cemana. Aku serah pada mak untuk carikan.. tidok nyer dilayan. Disuruhnya carik sendiri. Kemonn  mak.. segan la kiter nak ngorat laki. Tujerlah belom tercapai hasrat mak aku. Pernah mak aku cakap, carik negeri lain. Boleh mak gi berjalan.  tak habis habis nak berjalan.

Mungkin ada sebab la kot kenapa aku sokmo sampai sekarang tak menetap di neegeri sendiri. Sebab boleh ler bawak mak ayah aku jenjalan tempat orang. Dalam ramai ramai anak, aku jer merantau jauh benor sejak kecik.

Tulah aku nak cerita pasal powernya kuasa dan doa ibu. Kenkadang kalo kita rasa perjalanan hidup ni susah, payah nak dapat kerja ke, kan.. cer check balik hubungan antara kita ngan ibu. Ingat balik apa permintaan ibu kita. Mungkin apa yang kita nak tu tak sama apa yang mak kita berkenan tapi aku percaya kalo mak redha insha allah semuanya gerenti beress..

Monday, February 15, 2016

Tanya pada Allah



Assalamualaikum..

Tinggal di LJ jauh dari family dan kawan kawan kenkadang rasa sunyi jugak. Dah tak de tempat nak mengadu tak de tempat nak bercerita. Kalau dulu balik je kelas boleh jumpa roomate bercerita "sofia, nak tahu tak...bla bla bla" ataupon bergosip ngan achik aku "Ruby!, awak nak tahu tak..bla bla bla".. Huhuhuhu.. sekarang, pada siapa aku nak bercerita? Hanya pada Allah. Sokmo aku monolog sendiri tapi tak delah sampai nampak macam giler cakap sensorang.

Pernah jugak kenkadang aku stress, beban kerja yang tak mampu aku handle, ada masalah ngan seseorang, atau muak dengan persoalan bila mau kawen. Aku akan duk dalam bilik berhibernasi atau menangis sepuas puasnya dengan pelbagai persoalan. Untuk melegakan hati aku, aku akan ambil quran terjemahan dan seacara random selak muka surat dalam alquran dan baca terjemahan. Alahmdulillah setakat ni persoalan persoalan aku tu terjawab dengan ayat ayat dari muka surat yang aku randomly pick tadi.

Contohnya, pada awal tahun aritu banyak sangat tugas baru yang aku dapat. Aku rasa macam tak mampu nak handle dan kenapa aku yang kena. Terus aku buka quran dan ayat 11 surah al-taghabun menjawab persoalan aku tadi. Terus aku muhasabah diri dan rasa amazing sebab allah menjawab persoalan aku melalui ayat ayatnya.

Kenkadang bila kita ngadu pada manusia, jawapan yang diberikan kenkadang menghampakan. Dan kenkadang manusia takkan dapat menenangkan kita pon. So solusi terbaik adalah mengadu segala suka duka pada allah yang esa yang maha mengetahui segala yang kita tidak ketahui. Aku ngaku aku bukan seorang yang warak solehah sepenuhnya. Tapi sejak aku datang LJ, aku belajar yang takkan ada sesiapa yang dapat menolongmu selain Allah.

Because Allah knows what is the best for us. 

Saturday, February 13, 2016

Nasi



Assalamualaikum..

Kat sini aku makan nasi 2 kali sehari jer. Memasak sekali lepas balik sekolah. Memang letih habis jer kelas pukul 1 terus balik rumah nak masak dalam keadaan letih dan lapar. Selalunya aku masak 1 lauk yang paling simple dan cepat di masak. Kalau ada hari yang aki lapar giler giler aku akan tuang makanan dalam tin dan panaskan. Settle.

Nasi pulak aku akan masak masa balik waktu rehat. Waktu rehat 30 minit jer. Dalam masa 30 minit tu lah nak keuarkan ayam dari freezer, nak masak nasi, nak buat milo dan uruskan rumah. Kalo ada masa lagi sempatlah aku goreng roti canai. Kalo tak sempat, cicah biskut ngan milo je laaaa..

Oh ya. Untuk jimat dan tak payah masak nasi banyak kali, masak nasi 1 pot jer. Pastu aku belah kepada dua bahagian. 1 bahagian makan tengah hari dan 1 bahagian lagi makan malam. Beras kena jimat jugak kang kalo habis mana aku nak cari beras dalam hutan ni.


Macam ni ha..aku belah

Masa ni aku masak tomyam. Sedap lah jugak. Ceh, puji diri sendiri pulok.. Sebab tu terlebih amek nasi. Jadi yang tinggal untuk malam siket jer lagi. Cukuplah tu. Malam bukan makan banyak sangat. So, begitulah cerita nasi aku. Yang mana asyik komplen aku kurus tu, now kamu dah faham kan situasi aku. 

Friday, February 12, 2016

Monolog

Assalamualaikum...

Kenkadang aku dapat agak kalau seseorang yang rapat ngan kita dah mula nak menjauh dari kita. Mereka akan jadi jarang nak contact kita, dan buka mereka yang akan memulakan conversation. Nak tak nak kita lah yang perlu memulakannya.

Aku sangat tak suka kalau makin menjauh tanpa sebab last last hilang. Perangai aku, aku tak suka putuskan silaturahim. Sebab tu kenkadang kalau aku rasa seseorang tu nak menjauhkan diri, aku sendiri yang akan mulakan conversation. Say hai, tanya khabar or anything. Tapi, kalau lama lama orang tu sendiri wat donnoe, malas dah la aku nak layan. Bukannya aku yang nak putuskan silaturahim. Korang yang makin menjauh.


Monday, February 8, 2016

Lopa

Asalamualaikumm...

Di penghujung tahun 2015 finaly dapat jugak rembat tudung naelofar sehelai dua..eh tak..beberapa helai. Thanks to my bro sudi bawak iols gi butik neelopa. Sokmo tengok lopa pakai tudung dia masa Meletop pastu selalu bukak insta dia. Mestilah keinginan tu tinggi kan.

Bila dah ada tudung ni kan. Ada beberapa perkara aku rasa renyah la pulok.

1. Cara nak simpan tudung ni. Kalo lipat berkedut. Kalo nak sangkut macam kat kedai tak dak penyangkut macam kat butik tu. Sekarang aku lipat jerlah ikut suka ati.

2. Masa nak iron. Renyah giler pakai iron biasa. Siapa yang ada iron stim okey lah. Aku kan jenis tak suka benda renyah renyah camni. Time rajin jer aku pakai pergi sekolah.

Nak pakai tu senang  main serelung jer perbetul sket dah siap. Tulah manusia. Orang pakai kita nak pakai jugak. Hahahaha. Last last tudung bawal simpul bawah jugak yang aku gemari..Papepon iols seronoklah dapat jugak tudung lopa.


Sunday, February 7, 2016

Berhenti berharap




Usah beri harapan,
jika kau tiada niat untuk menghalalkan.
Jangan jadi kejam dan penting diri.


-quote from thefaizibrahim-



Baju sukan

Assalamualaikum..

Oleh kerana sekolah LJ masih belom ada pakaian seragam untuk semua murid guna semasa sukan atau kelas PJ, maka guru kelas kena mainkan peranan lah sediakan baju sukan untuk murid.

 Kalau sekolah harian biasa di kampung aku dulu, kan awal sesi persekolahan ada bayar yuran kan yang dalam tu ada termasuk sekali ngan yuran pakaian sukan. Tapi sekolah di pedalaman tak de kutip kutip yuran ni. Siapa yang bersekolah masuk jer daftar.

Tahun lepas murid aku year 1 ada 3 orang jer. Mampulah ticer nak belikan baju sorang satu. Kalau dibuatnya 30 orang macam mana? Hahaahaha.. tema tahun lepas kaler hijau.

Ingatkan baju tahun lepas boleh la sambung pakai untuk tahun ni. Bila ada pertambahan murid lagi sorang ticer pon beli lah baju yang lain pulok. Yang ni kaler oren. Kebetulan ada sale CNY apalagi terus beli masa keluar beli barang barang hujung minggu aritu.


Aku tak suka beli baju PJ kain jersi untuk murid sebab jersi tak serap peluh. Yang aku beli ni jenis kain cotton.. selesa siket bawak pergi bersukan. Aku sendiri pon tak gemar mana pakai jersi.

Kalau nak tanya mana dapat dana beli baju baju mereka ni? Ticer guna dana sendirian berhad punyer. Lecturer aku pesan, nanti dah jadi cikgu jangan berkira sangat ngan murid. Sebahagian gaji cikgu tu spent la untuk murid. Manatau ada waktu cikgu tak masuk kelas atau terkurang waktu mengajar..gaji tu spent untuk bayar balik masa yang kita terkurang tu.

Seronok tengok murid pakai seragam jer masa bersukan. ..hehehe..



Stay


Ada 1 buku yang aku baca gitau.. semakin kita dewasa ni kuantiti kawan kita akan makin berkurang..yang tinggal hanya kawan kawan yang berkualiti.. terasa jugak bila jarang dah hang out ngan kawan kawan. Yela aku kan duk dalam hutan macam mana nak bersama kawan kawan. Huhuhuuhu..

Tapi at least masih ada whatsapp kan untuk bertanya khabar. Dah kalo aku whatsapp orang endah tak endah jer memang aku malas dah la nak layan.  Mungkin masing masing dah bizi ngan kerja dan ada keluarga kecil sendiri.

Papepon aki harap kawan kawan tak lupakan aku. Kalau ada masa nanti whatsapp la aku..yer. miss u.


Zazi


Thursday, February 4, 2016

Kunyit



Habis waktu mengajar..sebelum keluar kelas, tetibe seorang murid tanya.

M: ticer dah kawen ke?
T: eh..blom lagi la.
M: tipulaa..kenapa jari ticer ada kunyit.
T: kunyit???? ini inai laaa. Bukan kunyit. 😂

Maka, keluarlah ticer dari kelas sambil berhuhuhu.. 

Koyak



Suatu petang yang panas litlit berjalanlah seorang ticer menuju ke bilik guru . Kelihatan murid tahap 1 sedang bermain dengan riang gumbira di hadapan pentas walaupon cuaca bukan main panas lagi.

Sedang ticer bertegur sapa ngan murid murid tetibe datang seorang murid menghampiri ticer lalu berbisik.

Murid : ticer..seluar ticer koyak.
Ticer: eh..yeke?
Murid : betol. Kat belakang.

Ticer meraba-raba bontot. Terasalah ada bekas jahitan terbuka.

Ticer: okey. Ticer balik tukar jap.

Maka, pulanglah semula ticer ke rumah. Sempat jugak ticer membuat isyarat jari ke bibir tanda supaya jangan habaq kat orang lain naaaa..

Balik rumah ticer pon chek seluar.
Cehh..jahitan tertetas jer. Belom lagi koyak sampai nampak spender. Fuhhhh....