Wednesday, April 3, 2013

Balik lewat


Alhamdulillah planning untuk minggu ni untuk dibuat kat sekolah dah setle. Dah gi jumpa guru besar, dapatkan jadual kelas, jumpa lecturer, jumpa cikgu pembimbing dan dapatkan maklumat sekolah. Kami (aku dan ruby) dapat semua kelas tahun 4 untuk subjek kajian tempatan dan sivik kewarganegaraan. Senang kami nak buat rancangan pengajaran nanti.

Selain fokus pada perkara-perkara yang aku kena tahu untuk mengajor nanti aku pon kena libatkan diri ngan aktiviti sekolah.

Sekolah ni murid-murid balik pukul 1.30 petang.
Cikgunyer kena balik pukul 2 petang.
Bagus ler, tak dek lah cikgu sama-sama berlumba berlari nak keluar dari pintu pagar sekolah kan.

semalam ngan hari ni kami balik lewat. Semalam ada meeting cikgu-cikgu, harini ada ko-K. Yang kelakornyer hari ni untuk aktiviti ko-K murid yang datang 2 orang jerrrrrrr..cikgunyer 4 orang. Adoyai kelab bumi hijau. Yang lain tak hadir. So, cikgu suruh dorang gabung ngan kelab lain main games. Walaupon cikgu tak perlu mengajar sebab murid dah join aktiviti lain, tapi kami kena lah tunggu pukul 3.45 petang baru boleh balik.



semasa dalam meeting. Kenapa kalo meeting jer cikgu lelaki suka duk belakang walaupon xdak kerusi dah kat belakang. Nak jugak berimpit. Kat depan banyak lagi kosong..

Kenapa yek???


Oleh sebab kali ni aku ke sekolah area KL.
Laluan nak ke sekolah memang antara area yang akan jem so kami bertolak dari hostel ke sekolah pada pukul 6.30 pagi (!). Suasana macam malam lagi. Sampai sekolah pukul 6.50 pagi.

Awal gilerrr kan....!! No choice sebab kat KL ni kalo ko lewat sket jer kompem sesak.
Pastu kami balik dari sekolah, sampai kat hostel pukul 5 petang.

Aku stop sini dulu. sebab esok aku kena masuk kelas mengajar. Nak pikir RPH dan BBM pulok ni.




No comments: