Aku start kena duk hostel bila mak ayah aku hantar aku masuk sekolah berasrama penuh. Bukan SBP tapi MRSM yang nun jauh di utara iaitu kulim, kedah pada tahun 2003. Duk kat kedah sampai lah tahun 2007. Pastu kena campak pulak masuk mtarikulasi kat pahang (2008) pastu patah balik gi kedah, UUM (2009) pastu last-last termasuk ke maktab ni sampai sekarang Kalau hitung balik dah 10 tahun weyyy aku hidup kat hostel membesar bersama kawan-kawan, senior, junior dan warden. Boleh kira banyak kena berdikari.
back to the topik. Berdasarkan pengalaman sendiri, apa yang selalunya terjadi kat hostel. Ada banyak perkara tapi aku highlight benda-benda yang biasa terjadi sepanjang 10 tahun kena hidup di hostel.
. Masalah air
Baru aku perasan, sejak dulu sampai sekarang aku selalu dapat bilik hostel level atas. Cuma masa kat UUM je dapat level 1. Oleh sebab duk level paling atas, bila hostel tak de air
orang-orang kat level paling atas yang akan terasa penangan nyer terlebih dahulu. Dah lah air masa waktu puncak (waktu pagi) slow giler agak-agak satu jalur jer yang keluar. Pernah jugak terjadi dah bersabun penuh di badan tiba-tiba air tak de atau paling tragis lagi ada jugak yang berak time air takde (tak perasan mungkin) pastu sah sah lah tahi tak boleh meluncur masuk lubang jamban.
Kebetulan pulak keesokan harinya musim cuti semua pakat balik. Yang tinggal budak hostel yang duk jauh seperti aku ni ha. Terpaksa aku, moknik dan cikwe angkut air berbaldi-baldi simbah ke lubang jamban untuk bagi tahi yang dah keras tu bergerak.
ε-(´・`) フー Sampai sekarang identiti orang yang berak tu tidak diketahui.
. Blackout
Ni paling tak tahan. Paling tak tahan bila blackout time orang sibuk pagi-pagi nak iron baju gi kelas. Aku dah lah jenis iron baju pagi-pagi. Tak ke hangin kalau tak de baju yang dah ber-iron untuk di pakai. sebab tu aku kalau pilih kain untuk buat baju kurung selalu aku pilih yang tak payah iron atau kalau kedut pon nampak siket-siket jer. Pastu tudung pulak sekarang alhamdulillah dah ada tudung syria. Main sarung jer. Dulu pakai tudung bawal memang azab la ko gi kelas tudung tak ber-iron gara gara tak dak karen.
. Kecurian
Alhamdulillah setakat ni pernah sekali jer barang dicuri iaitu selendang bawal member aku yang aku pinjam. Tataulah macam mana boleh hilang aku pon heran.
Kalau bab kecurian yang kecik kecik macam duit, henfon tu selalu orang dalam (budak hostel) jugak yang cilok. Kalau yang lagi tragis bila ada orang luar yang masuk curi laptop dan barang berharga lain. Selalu budak level bawah lah senang orang luar nak masuk. pernah ada satu kes orang luar masuk hostel curi laptop beberapa bijik. So, kena selalu berjaga-jaga kalau nak keluar blik agak lama sila kunci bilik anda.
. Histeria
Yang ni masa kat MRSM selalu terjadi.
Yang aku ingat pernah terjadi histeria secara beramai-ramai. Memang minggu tu paling menakutkan dan ada kawan sendiri yang kena. Dia mula-mula sorang pastu berjangkit macam mana ntah. Tak pasal-pasal kami nak tidur kami gabung 2 katil bujang pastu berhimpit ramai-ramai tidur berjemaah. Yang penting kena kuat semangat, solat, dan baca quran tu selalu. Kesian tau kat kawan aku yang kena tu sebab tok bomoh atau ustaz nak buang benda tu siap tampar-tampar lagi habes lebam badan dia.
. Boarder senior junior
Biasalah kalo kat hostel mesti ada junior dan senior. Alhamdulillah setakat ni aku tak de kena teruk-teruk ngan senior kecuali masa orientasi so, bila kita tak kena teruk, aku pon tak delah nak regging junior junior aku. Masa kat MRSM kami tinggal kat blok yang asing-asing. Maksud aku satu batch satu blok. So, tak de masalah buli di situ. Yang lawak bila gaduh senior junior ni sebab berebut boipren.
Biasa lah tu kan lelaki...Bila ada jer junior baru masuk opkos dia akan ushar junior pompuan tu then mintak putus ngan ko. Normal lah tu. Sejak zaman sekolah sampailah sekarang aku kat maktab ada jer kes macam ni.
.
spot chek dan roll call
Ha! ramai tak suka bila ada spot chek ngan roll call ni. Dulu zaman sekolah kalo ada spot chek warden yang buat sebab nak rampas sape bawak henfon. Biasalah zaman dulu henfon mana boleh bawak gi sekolah dan hostel. Pandai-pandailah ko nak sorok kan.
.Budak lelaki memang kreatif giler bab sorok-sorok henfon dan rokok. memang tak tercapai dek akal. Pastu bila roll call warden atau senior akan tegur kesalahan kita. Bukan saja-saja nak buat roll call so sila behave dan folo jer peraturan kalo tak mau turun roll call
hahahaha..
Tu jerlah setakat ni aku mampu pikir pe yang terjadi kat hostel. Kalau kamu ada nak tambah pape boleh tinggal komen kat bawah. Mesti kamu ada citer lagi dahsyat dari aku kan, apa kata share share Hehehe..