Thursday, March 21, 2013

Pingat Hari Sukan


Hye semua...minggu lepas kami ada kejohanan sukan maktab. Sukan kali ni sangat hambar tapi rumah sukan aku sekali lagi jadi juara..!! Yeay! Dah beberapa tahun juara. Kali ni aku tak ambil gambar langsung sebab kami semester 5 kena bertugas jadi official untuk kejohanan sukan ni.


Bila bertugas duk tepi padang tengok orang berlari atas trek buat aku teringat kisah dulu-dulu masa zaman sekolah. Tiap-tiap tahun aku akan ambil acara balapan wakil rumah sukan aku iaitu rumah Arrazi (kaler purple). Sejak form 1 sampai form 4 baju rumah sukan aku kaler purple tapi bila masuk form 5 kena tukar masuk rumah farabi (kuning). Huaaa...kurang best bila kena menumpang masuk rumah sukan orang lain sebab rumah sukan Arrazi (ungu) dan Kindi (oren) dah dimasnuhkan.


Masa hari sukan lah paling nampak hubungan assobiah ikut geng-geng rumah sukan dan masa hari sukan jugaklah hubungan senior ngan junior jadi rapat. Semua bagi sokongan. Tapi bila aku masuk maktab siyesly sangat sangat sangat berbeza. Tak de semangat langsung dan kita tatau dia ni rumah sukan apa, hubungan junior ngan senior pon kurang kecuali budak PJ. Sukan kali ni lagilah hambar sebab masa atlet berlari tak de penyokong pon. Dulu masa sekolah penuh org duk tepi padang dan astaka untuk kasi sokongan.


Ni pingat-pingat yang aku pernah dapat suatu masa dahulu. Setiap tahun ada pingat. 2004-2008. Kenapa stop sampai 2008 jer? Sebab 2009 aku dah start masuk maktab dan stop terus.

Acara yang selalu aku ambil bahagian adalah 400m, 800m, 1500m, 4x400m dan 4x100m. Aku jarak sederhana jer mampu. Aku bukan sprinter. hehehehe..21 Rindu nak lari-lari atas trek lagi tapi lupakan jerlah hasrat ko tu. Badan dah berat, exercise nya tak, kawan-kawan ajak gi joging aku malas sebab dalam pikiran aku bila stop sukan badan akan membesar sebab kawan-kawan aku yang dulu aktif giler sukan bila stop badan naik. Tapi aku...emmmmm. Dok naik naik pom...

Terima kasih kerana bertemu  ngan Herbalife untuk gain weight.. peace  :)

No comments: