Thursday, June 27, 2013

Konvensyen Bidadari



Assalamualaikum....

Hujung minggu ni iaitu pada hari ahad, 30 jun 2013 JPP bergabung dengan Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) maktab aku akan menganjurkan Konvensyen Bidadari. Topik pada malam tu adalah "SIAPA BIDADARI DUNIA'. Memandangkan tajuk begitu, so konvensyen ni untuk girls a.k.a. pompuan jerrrrr..... Yang lelaki lain kali ada aktiviti boleh jemput orang awam aku gitau pada lain masa eh. Panel jemputan pada malam tu dorang jemput Ustazah Fatimah Syarha dengan Diana Amir. Wohaaa...!! Aku suka sesangat dorang ni. 



Kepada sesiapa sekitar Cheras atau sesiapa yang berminat nak hadiri konvensyen pada malam tu boleh contact nama yang tertera pada poster di atas.Yuran masuk RM5 jer. Boleh ajak mak, adik kakak dan kawan-kawan datang sekali bagi memeriahkan suasana. Dapat tambah ilmu pengetahuan. Kita orang pompuan ni kena banyak kan belajar dan timba ilmu pengetahuan okey.


Tapi aku sedih lah malam konvensyen tu aku berada kat Perlis sebab ada program kat sebuah sekolah rendah kat sana. Maybe kalo sempat insha Allah aku akan gi jugak. Bukan senang dorang nak datang maktab aku kan. Kalo kamu free pada hari ahad hujung minggu ni jemput datang ke maktab kami.

Oh ya! Tema kita pada malam tu ialah PINK DAN PUTIH. i like pinky pinky... (^____^)~  Macam gegirl sangat. So, jangan lupa pakai pinky-pinky dan putih yek. :)

Wednesday, June 26, 2013

Kursus berkayak


Assalamualaikum...

Semester lepas kami kena pilih kelab untuk lengkapkan markah kokurikulum kami semester ini.. Alang-alang ada kelab kembara, aku pon letak pilihan pertama kelab kembara. Alhamdulillah dapat apa yang aku pilih pertama tu. Dulu masa kat UUM aku pon join kelab kembara jugak. Besttttt sesangattttt. Aku pernah citer pasal aktiviti pertama dan terakhir yang aku join dalam kelab kembara semasa di UUM dulu. [camping kelab kembara]. Beberapa aktiviti dah dirancang semasa perjumpaan pertama aritu. Untuk aktiviti pertama kelab kami akan pergi kursus berkayak kat Taman Tasik Titiwangsa. memandangkan tak semua tahu berkayak, moh ler kita berkursus dahulu. Karang terlingkup dihempap kayak tu semasa tengah-tengah tasik tak derlah nak menggelabah kan.


 Oleh sebab cuaca sekarang berjerebu teruk, langkah berjaga-jaga kami pon pakailah mask dan pakai topi sebab waktu tu pukul 2 petang kami start aktiviti. Alah, untuk elak sun burn. Pakai time ni jer pastu bukak sebab kena buat water confident. Tak pasal-pasal basah kuyup pakaian aku. Pastukan kami kena angkat kayak tu dari stor ke tasik. Mak datok berat giler kayak tu nak tercabut lengan ni ase.


Gambar semasa buat aktiviti dalam air tak dapat nak ambil sebab tak de sape nak tolong ambilkan. Camera aku tak canggih untuk bawak masuk dalam air. So antara aktiviti kami lakukan macam aku gitau tadilah. Ada water confident, belajar berkayak, susun kayak bagi jadi satu line (rafting kot nama dia), tukar kayak dengan rakan sampai ada yang terlingkup dan bersiar-siar keliling tasik dengan sendirinya. Ceceh...


 Dah naik ke darat baru aku ambil gambar. Tengoklah cuaca tu kelam jer kan ngan jerebu. Alhamdulillah sebab tak derlah panas sangat bila jerebu lindung matahari sampai bumi. 


 Yang pegang kayak kaler biru tu bukan sesajer dia nak posing ala-ala tafff angkat kayak yang berat tu macam tu. Dorang sedang keluarkan air dari kayak. Nasib baik kayak aku tak masuk air sangat tak derlah susah payah nak keluarkan air. Tapi aku praktis jugaklah pakai kayak moknik untuk keluarkan air tu macam mana.


 Penat sesangat lepas berkayak beberapa jam. Tangan pon hampir melecet duk pegang pedal. Kami sampai maktab pukul 7 lebih. Lepas solat maghrib aku dah tak dapat tahan terlelap tidur sampai pukul 11 lebih. Orang mai kejut pon aku tak pedulik dah. Minggu depan masa ko-k kena gi lagi sekali sebab kursus kayak ni buat 2 hari. Papepon aktiviti kayak ni best. Sape sangka ko akan berendam buat water confident dalam tasik titiwangsa tu kannnnnnn.... errkkkk..



Tuesday, June 25, 2013

Semasa lecturer tiada dalam kelas

Assalamualaikum...

Alhamdulillah laptop aku dah okey lepas di format.. Sekarang aku berada dalam kelas bersama classmates sedang lepak-lepak sambil buat tugasan untuk present nanti. Lecturer kami ada kerja so dia bagi tugasan berkumpulan. Kumpulan aku Thina dah buatkan slide ehemmm  aku releks ler kejap update blog. Hehehehe...


Spot the niqab girls. Tu si fatin dan moknik. Dorang sesaje jer pakai praktis untuk berniqab sementara jerebu teruk sekarang ni. Mudah mudahan satu hari nanti jadi macam tu lah yek. yang lain sedang kusyuk wat kerja.
 

Ini kak long dan cikwe. Amboi siyes ngat eh cikwe wat kerja cari bahan nak present.
 

Pok Din duk bergosip ke tu ngan ika?


Aku dan aus..


Okey lah kami kena turun gi dewan. Bye :)

Monday, June 17, 2013

Uruskan nota-nota lama


Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang dah selamat masuk maktab dan  mula semester baru. Sedor tak sedor sekarang aku dah semester 6. Tinggal lagi dua semester atau satu tahun jer lagi untuk habeskan degree. Seperti biasa bila mula semester baru aku akan buat azam baru. untuk semester ni aku ada beberapa wishes dan aku harap berjaya lah buat pembaharuan dalam hidup. Insha allah. Salah satunya adalah nak setlekan nota-nota dengan eloknyer masuk dalam fail. 


Memandangkan semester ni kami belajar dan masuk kelas untuk 3 subjek jerrr so lepas kelas tadi pergi HQ Herbalife jap ambil produk dan pos produk untuk customer-customer pastu balik hostel terus cari fail. Sediakan siap-siap 3 fail yang bewarna-warni so that tak de lah konpius dan buh label.


Tadaaaa....! 3 subjek jer.....


Terinspirasi ngan kak long (classmate aku) dah lama dah. Semester lepas gi tesco ngan roomate, Wafa  cari fail warna warni ni dan beli 2 paket terus so ada lebih boleh guna untuk sem ni. hepy hepy boleh jimat.


Tapi tak payah nak hip hip hooreyy sangat....


Kami nanti akan kena MQA, dia nak chek semuaaaaaa nota bermula dari zaman foundation dulu. Kiranya nota dari pra-sem 1 sampailah semester 8 akhir tahun depan. jenuh nak mencari semua nota, semua jadul kelas (!) homaigod..pastu yang lagi parah semua soalan assigment. Aku ni dahlah selalu pindah pindah barang nak kena simpan dalam stor semasa cuti so main campak jer nota dalam kotak bercampur habes antara semester. T__T


Jadi untuk memudahkan kerja kita kenalah KERJASAMA sesama classmate. Kami undi untuk bahagikan kumpulan untuk bagi adil. Sape yang cabut undi untuk sediakan fail zaman pra (foundation) memang kena kentallah.


Fine! aku group pra-sem 3. T___T


So, kepada adik-adik di maktab sekarang jangan jadi macam kakzie ko ni ye. Baik buat fail siap-siap, masuk nota semua dalam fail. Kakzie bukan tak belajar atau tak salin nota semasa dalam kelas, cuma kakzi campur-campur nota masuk dalam kotak sebab jimat duit nak beli fail baru. Maklomlah fail tebal keras tu dekat 5 hengget jugak pastu tak cukup ruang nak simpan dalam bilik. Kamu beli banyak-banyak fail warna warni tak payah pakai fail keras. Jimat ruang dan duit.


Begitulah kisahnya. Jadi semester ni kena lebih rajin uruskan nota dan belajar rerajin sket. Sekarang graduan lepasan maktab belom tentu kompem dapat posting ke sekolah. Bear in mind uolsss and iolsss.. Bye. 



Friday, June 7, 2013

Layan lagu ost FF6


Assalamualaiku...

Haritu tengok fast furious 6...lagu ni best..jom nyanyi sama-sama...




Best kan....rasa gempak oooo ngan sound system dalam panggung wayang...