Wednesday, October 31, 2012

Ummi...Ada bigfoot..!


Satu hari aku jalan nak balik bilik.
Bilik aku level paling atas sekali. Level 3. 
Nan naik ke level 3 kena merentasi rumah warden yang terletak kat level 2.
tetiba pintu rumah warden terbuka, keluar lah anak warden menjerit-jerit.

"Ummi..! Ada bigfoot..! Ada bigfoot!"

Aku tetibe jadi blur. Budak ni nak maksudkan aku ke bigfoot tu?
Kalo bigfoot tu aku, memang jauh panggang dari api lah kan.
Pastu aku tengok kat tangga..


Oh..BigFoot..!




Tuesday, October 30, 2012

Running Man punyer pasal



Hari ni aku bangun awal.
lepas solat terus bukak buku nak study sebab esok exam paper teknologi dalam pendidikan.
Belek belek buku, masyaAllah..! Ada 12 bab semuanya.
Tu la, nak exam baru terhegeh hegeh nak bukak buku.
Pastu tengok pulak spot yang dapat dari kengkawan.
Semua bab masuk dalam spot.
Nak tak nak kena baca semua bab la nampak gaya nyer.

tetiba.......

Teringat Running Man ada beberapa episod lagi tak tengok.
Pulak dah..Tadi beriya je aku nak study.
Terus aku cucuk hardisk bukak running man tengok sampai habes jugak 2 episod yang tak tengok lagi tu.
Dari pukul 8 lebih sampailah pukul 11  aku tengok.
Dalam hati cakap 'tak pe esok exam petang, pagi boleh study lagi'. hehehehe..



Geng running man. Sekarang tinggal 7 orang je yang pemain utama. 


Pukul 12 camtu aku pergilah lepak bilik Gergasi (hahahaha) sambil sembang sembang.
Tetiba Ruby cakap esok kami exam pagi. Wohaaaaa....!!
Apakah????
Aku ni dah la baru baca bab 1. Ada lagi 11 bab menanti.
Siyes mati mati aku ingat exam petang. Tu la bangun awal gi layan running man pulok.
Tapi kalo aku tak habes kan episod tu takut teringat ingat time study. Lagi lah haru.
nasib baik laaaaa habes jugak.

Eh, ko penah layan running man tak?? 
syok sangat. Boleh release tensyen (ceh, alasan!)


Aku layan running man dari episod 1 sampailah episod 115. 
Farahin lah introduce kat aku citer reality show korea ni kat aku.
Sekarang dah kuar episod 117 da. Tak pe kita kumpul bagi banyak episod dulu, lepas exam baru kita layan balik eh.
Nasib baik dah setel tengok semua episod yang tergendala. 

Baru boleh study dengan tenang after update entry ni.
Ceeaaaaa...ayat cliche sangat...hehehehe


Monday, October 29, 2012

Kenapa tempat exam jauh sangat?


Petang tadi dah start exam aku paper pertama pada hari pertama.
Nasib baik exam petang sebab pagi tu aku sempat study jap. 
Study punyer  study...belek belek buku mana yang rasa rasa masuk (baca yang di spot jer). 
tetiba dah dekat pukul 2. 
Roomate yang tegur "kak azie dah solat? Pukul 2 dah nak gi exam" 

Ha...!! terus kalut bersiap mandi jap segar badan pastu solat.
Tetiba pulak Ruby kol.
Ruby: Awak kat mana? Saya dalam kereta dah ni.
Aku: Saya baru nak sembahyang..
Ruby: Saya dah kat bawah ni.
Aku: Tak pelah..awak pergi dulu. (T____T)~


Kali ni tempat exam sangaaaaatttttt lah jauh nyerrrr...
Kat blok TESL, hujung kawasan maktab aku.
Hostel aku pulah hujung sekali kat pintu masuk maktab.
Sebab aku dah lambat tak boleh nak tumpang sape-sape jadi kenalah jalan kaki dari hujung maktab ke hujung maktab. Sape suruh lambat! Tak sedor. Asyik sangat membelek buku. 

Ni kat padang dah separuh perjalanan.
Mengah dan berpeluh-peluh acik ni ha. Kena rentas padang la pulok.

Nasib baik kelas yang digunakan untuk exam tu kat basemen jer.
Sampai kelas dan dan terus sembur face quencher Herbalife sebab tak sempat tempek bedak pon.
Bare face.
Pastu calit lipice sheercolour sebelum start exam. (sempat lagi).

Alhamdulillah dapat jawab semua soalan. Betul ke tak tu belakang kira.
Aku paling tak suka lepas exam terus bincang soklan yang dah lepas. 
Bikin ahkak neves jer. Dah la ada lagi 4 paper.
So, terus Ruby ajak gi cari pisang goreng cicah kuah kacang.
Bajet release tension dengan makan pisang banayk banyak.. hahahahaha


Cukup 12 jam


Semalam semua mengadu kat twitter dan facebook jalan jem teruk. Ini pengalaman aku sendiri perjalanan  dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Aku bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi. Bas aku akan bertolak pukul 10.00 pagi. 


Sempat snap on da way gi stesen bas. hehehehe~

Dalam perjalanan nak ke stesen bas aku mula cuak sebab jalan agak jem. 
Kenapalah semua orang nak menuju pusat bandar pada waktu yang sama ngan aku.
Nasib baik sempat sampai stesen bas lagi beberapa minit pukul 10.

Bas gerak macam biasa. Perjalanan smooth jer sehinggalah  kat Bentong (sebelum tol kot).
Bas dah mula gerak slow. 
Aku ase dalam perjalanan tu dah beberapa kali aku tidur dah beberapa kali dah aku bangun.
 Bangun belek-belek nota PJ jap pastu tertido balik. (aku exam PJ arini)
Tak sampai-sampai jugak.

 Aku nak tau sangat kenapalah jem teruk sangat ni.


 Aku pon syak ni mesti sebab beratur lama tunggu turn nak bayar tol. Mungkin sebab ni terjadinya jem.


 Lepas jer tol mak aihhhhh.... Lagi teruk jem nyer...
Aku boleh tangkap gambar depan macam ni sebab seat tingkat atas dan paling depan sekali. macam tengok wayang.


Sepanjang perjalanan banyak kereta berenti tepi jalan.
Motor releks je lalu celah-celah kereta.


Selalunya kalo aku naik bas pukul 10 pagi, dalam pukul 5 camtu dah sampai dah KL.
Ni pukul 8 masih ada kat highway. Kiri kanan hutan lagi.
Jeles tengok laluan sebelah kanan (arah bertentangan). laju jer kereta memecut.

Pastu lepas jer tol Gombak nak masuk KL, elok jer trafik. 
Alhamdulillah selamat sampai Kl pada pukul 9.
Satu hal pulak dari KL nak ke Cheras. Ingat nak ambil taxi cepat sket sampai.
Sekali tengok emmmmm agak jem jugak.
So senang citer ambil LRT turun Cheras.

tepat pukul 10 sampai hostel.
Masuk jer bilik mak aku tetiba kol.
Aik..macam tau tau jer kan aku dah sampai hostel.


pi es: aku exam 2 minggu ni. 

Tuesday, October 23, 2012

Zombi berkeliaran di hostelku...!!


Dah tengok tajuk entry aku kan. 
Semasa kolej kediaman terbuka haritu (rujuk entry sebelum ni), hostel aku dipenuhi dengan zombi-zombi..!!! Dari mana datangnya dorang ni semua??



Tanjat gege.! Kat pintu masuk hostel ada zombi mata pop out kena bungkus masuk dalam kotak.



 Masuk dalam hostel pulak, tengok-tengok zombi duk melepak elok jer kat gazebo. 


Amboi zombi hip hop siap naik basikal lagi. Tapi tak sekelassssss zombi kampung pisang yang naik motor pergi merempit.


Oi dik, jangan dekat ngan zombi ada kon atas kepala mata pop out tu. Kan di kokahnya kau tak pasal-pasal bertukar jadi zombi jugak. 




Eh eh berjoget pulak si matahari bersama zombi-zombi mengikut irama lagu dalam plant vs zombi. There's a zombi on your lawn....There's a zombi on your lawn....



Orang-orang hostel yang datang tengok zombi berjoget.



Markas zombi. 


Zombi-zombi tengah tunggu orang-orang hostel di depan pintu bilik. 


Erkkkkk... Ni zombi ke orang minyak ni? Konpius pulak aku.. Hahahahaha..



Suasana di dalam rumah zombi a.k.a bilik untuk berehat.



Tangan sape lah ni ha terputus masuk dalam mangkuk jamban ni.


Amboi kejam punyer zombi. Dipotongnya badan sampai terputus dua. Dah lah tangan disumbatnya masuk dalam mangkuk jamban. Kepala nyer pulak hilang ntah ke mana. Ish ish ish.....



Ohoi..! rumet aku hepy benor bergambar ngan zombi mata pop out.


Bila keadaan dah kembali terkawal, zombi-zombi pon dah pulih kepada keadaan sedia kala barulah aku boleh take part untuk bergambar sama. 




Tadaaaaa.... Hostel dah ditawan oleh zombi-zombi dan mereka menukarkannya menjadi ZombAman.



Prop yang terdapat dalam bilik rehat. 


Kesemua yang berlaku di atas seperti yang terdapat dalam gambar adalah gimik hostel Aman pada hari hostel terbuka. Gigih budak-budak hostel menyiapkan semua prop bagi menjayakan ZombAman ni.

Kesemua prop yang digunakan dorang pakai barang-barang terbuang dan terpakai. 
Dah tema nya pon Lestari. Kena la pakai barang-barang kitar semula. Jimat pon jimat.


Tahniah kepada semua sebab hostel kami menang kategori Hostel Lestari.!


Tapi sayang tak menjadi johan keseluruhan. Padahal dari bilik air, bilik rehat, dan bilik-bilik kat hostel aku ni dorang hias pakai barang-barang kitar semula. 
Tapi nak wat macam mana, adat bertanding. Cuba lagi yek tahun akan datang.