Sunday, October 14, 2012

Berkurun baru dapat singgah I-city


Hujung minggu lepas aku dan Ruby hantar kawan-kawan kami ke Shah Alam sebab emergency, nenek kawan kami meninggal dunia petang tu jadi nak balik ke Kedah dia balik ngan akak dia yang tinggal kat Shah Alam. So, kami pon hantarkan dorang kat Shah Alam malam tu jugak. Pastu otw nak balik jalan agak jam tambah tambah tengah hujan. Tau tau je la KL kalau hujan siket pon terus jem teruk.

Sementara tunggu jem tu kami pon pergilah melilau ke I-city. Arina Abdullah berkurun dah ajak aku gi Shah Alam sebab nak bawak aku gi I-city. Selalu tak berkesempatan nak jumpa Arina kat S.A. Padahal aku beberapa kali dah gi Shah Alam. Tapi gi sana pon atas urusan aktiviti bersama classmate. Jangan marah yek Arina if u read this. hehehehehe



 So, this is I-city...

Tak best lah aku gi bukan tyme weekend. Orang pon tak ramai. Yang ada budak-budak lepas UPSR datang rombongan sekolah jer. Aku meseg arina, mengadu macam ni je ke I-city? Dia kata sape suh mari tyme bukan weekend. Oh! macam tu ke.

Nak tangkap gambar, kamera aku pulok biasa jer. Bukan yang gedabak besor DLSR tuh. kualiti gambar pon nampak biasa-biasa jer leh kan.

 Swan lagi bercahaya daripada aku.


 Merak pon bercahaya lebih daripada aku.

 Kuda pon lagi bercahaya dari ko Ruby.


 Nilah akibatnya kalau datang berdua. Ambil gambar sendiri. 


Bila kasi flash baru kualiti gambar okey. Cisssss... Flawless giler muka awak Ruby. Ni lah kesannya kalau ambil shake Herbalife setiap hari. Aku pon mau kulit flawless macam amalina peter jugak. Korang nak kulit cantik tak? Jom minum shake Herbalife..


Rushing sangat pergi Shah Alam sebab tetiba ruby meseg lepas aku habes meeting ngan JPP pada petang tu. Pakai pon t-shirt bundle harga lima hengget beli kat pasar karat. Suka aku ngan t-shirt tu sebab labuh dan besar sket.

kenapa aku tak leh rotate gambar???? buh jer lah senget macam ni pon..


Bagi aku I-city ni kalo nak gi tagkap gambar sesuailah.
Dalam tu ada banyak permainan. Kebanyakkannya dah main masa kat Genting.
Teringin nak masuk tempat salji tu tapi harga RM35.
Bayar parking je pon dah RM10.
Permainan-permainan lain dalam RM5 camtu la. 


Sampai disini saja kisah aku ke I-city. Nak gi minum shake capucino jap kasi kulit cantik. Tata....


pi es: laptop aku tak siap format lagi.huhuhu..

Friday, October 12, 2012

Terharu dengan perubahan mereka



Minggu lepas maktab aku mengadakan karnival nasyid. Aku dan rakan-rakan JPP yang incharge program ni. Jadi untuk malam tu ada persembahan nasyid kami menjemput kumpulan Al Mawlid. 

Ko kenal ke kumpulan Al Mawlid ni?

Pertama kali dorang sebut nama Al Mawlid aku tatau wey ni kumpulan nasyid apa. 
Anggota kumpulannya siapa? Siyes aku tatau.
Pastu dorang gitau kumpulan Al Mawlid ni gabungan ahli kumpulan Ruffedge dan V.E.
Oooooo...Aku minat sungguh ngan Lah VE. Paling suka lagu Pop Ye Ye. Berjoget-joget aku dulu bila dengar lagu ni.

Dan pada malam tu, aku bertugas sebagai AJK hadiah. Kena standby belakang pentas setle-kan pasal hadiah. Semua peserta nasyid dan artis duk belakang pentas jugak. Bila aku tengok ahli kumpulan ni aku ase sebak sket la. Apa tak sebak dan terharunya. Dulu berjoget-joget Pop Ye Ye! Sekarang penampilan dah berubah, tingkah laku dah berubah genre lagu pon dah berubah. Alhamdulillah...

So, malam tu sempat la aku bergambar ngan ahli kumpulan Al Mawlid ni. Hehehe..


Yang berpakaian baju melayu kuning tu team nasyid maktab aku. 

Dan tak dilupakan bergambar bersama Lah VE.

Segan giler nak mintak amik gambar ngan Lah. Nasib baik Fikai ada. Tumpang masuk gambar dia.

Aku harapkan semoga kumpulan Al Mawlid akan terus perjuangkan nasyid dorang. 
Aku pon baru kenal kumpulan ni.
Jom lah sama-sama support arena nasyid negara kita. 


Dulu bertugas sebagai AJK hadiah jugak. Dapat jumpa kumpulan nasyid Raihan :))


Tergendala



Awal bulan haritu plan nak update blog satu entry satu hari untuk bulan ni. So, akan ada 31 entry bagi bulan Oktober. Tetiba laptop dah tak mampu bertahan terpaksa minta tolong member formatkan balik. Tergendala aktiviti meng-update blog ni. 


Habes tu sekarang kau update pakai laptop siapa?


Pakai laptop roomate jap. 
Ada banyak benda nak share seperti perjalanan aktiviti nasyid hujung minggu haritu, berjimba ngan kawan-kawan (lagi). Pastu esok nak gi riadah ngan classmate pulok.
 Tak dan nak update yang baru kuar citer baru. Takpe-takpe.
Jangan tamak halober.


Wednesday, October 10, 2012

Cikgu tuisyen



Haritu tengok-tengok gambar dalam fon  Ruby terjumpa gambar student-student kami kat tuisyen. Selama beberapa bulan buat kerja part time jadi cikgu tuisyen sangat-sangat beri aku pengalaman. Nak kena layan kerenah dioranglah, nak cari bahan untuk revision, nak kena study balik subjek yang aku dah tinggal selama bertahun-tahun. Recall balik cara cikgu-cikgu aku mengajar semasa UPSR dulu. Fuhhh..mencabar jugak tu..

Sebahagian student tuisyen yang hadir beberapa hari sebelum UPSR. 


Mengajar tuisyen ni santai siket. Tak macam ngajar dalam kelas kat sekolah. Sambil-sambil mengajar tu ada jugak aku berbual dengan budak-budak ni. pernah satu hari tu sembang ngan dorang.


A: Cikgu, nanti kalau saya dapat 5A ayah saya nak bagi hadiah.
Aku: ayah awak nak bagi apa?
A: Dia kata nak bagi saya henfon tapi saya nak mintak ngan ayah saya pergi Korea lah.
Aku: Nak buat apa kat Korea
A: Nak jumpa pelakon korea (nama apa ntah aku lupa)

Pastu datang sorang lagi menyampuk

B: Cikgu, ayah saya pon nak beli henfon kat saya tapi saya nak Ipad!


Amboi..kemain lagi korang yer. Mintak yang hebat-hebat. Cikgu dulu dapat 5A UPSR mintak komputer tapi dah masuk matrikulasi baru dapat laptop sebijik. Punyerlah lama aku menunggu. 

Tulah budak-budak sekarang. Makin advance. Lecturer aku cakap cikgu sekarang kena explore macam-macam. Sebab baby sekarang pon dah main game kat Ipad. Dunia makin canggih budak-budak sekarang bukan macam budak zaman aku dulu. Kadang-kadang takut juga bila pikir semester depan aku nak kena praktikum selama sebulan. Dapat pulak sekolah area KL. Dengar macam-macam cerita daripada senior-senior yang dah praktikum. -_-" Yang PBS selama seminggu ni pon macam-macam kerenah. 

Papepon semoga student-student dan adik-adik aku mendapat result cemerlang. Insyaallah 5A. Cikgu boleh, kamu pon mesti boleh. 



Thursday, October 4, 2012

Girls lepak sambut besday



Baru-baru ni besday salah seorang budak kelas aku. Oleh sebab kami lama dah tak lepak sama-sama so cadang semua classmates pompuan kena datang court badminton Flat Seri Melaka. Kita buat makan-makan siket. Nama jer besday tapi kek tak de. Yang senang kita order Domino jer ler. 



Acik nak berkata-kata apa sebenarnya ni? 

Maaf ler. Aku tatau pe dah jadi ngan kamera aku.
Asyik gegor jer. Tak reti aku nak setting sebab kamera aku dalam bahasa Jepon.
So tak de sape tau nak setting tang mana kite bior je ler gitu.




Ni la besday girl. Yang baju biru.
Kenapa aku tengok muka kau nak macam irma hasmie jer ain?
Takpe takpe mana tau lepas ni kau jadi macam irma hasmie. Amin....
Hilang yang lama diganti yang lagi elok. Irma tu idola aku.Okey



Ada satu piza dorang letak cili banyak-banyak.
Cian aku tak ley amek yang tu. Letak cili banyak-banyak sampai menangis.
Mulut duk kata pedas pedas tapi makan tetap makan. 

Ko tengok muka ika (2 dari kiri). Akibat kepedasan. Kahkahkah... Makan tetap makan



 Tatau kenapa la muka yang lain-lain blurr..Maaf la kamera aku banyak cahaya pulak masuk. huhuhu



gambar ni lagi sadis. 
Ce ko zoom muka kak long. (paling kiri)
Kenapa muka kak long macam tu? Aku syak ni mesti bukan kak long. Eeeeerrkkk seraaammm haku.


Sambil makan kami bersembang la plan untuk next aktiviti. Dorang nak gi main water rafting. Tengah cari tarikh. Hoi..lamanya rasa tak lepak ngan budak kelas sejak masing-masing dah keluar hostel duduk rumah sewa.