Tuesday, May 29, 2012

Mencari nasi di Singapore


Semasa di singapore hari tu.. punyerlah susah nak dapat nasi. Event start dari pagi sampai ke petang. Rest sekejap je masa lunch. Nasib baik aku ngan Ruby dah bawak bekal sandwich taruk dalam tupperware. Tu pon masih tak puas sebab apa yang ku mahu hanya nasi. Aku ni kalau tak dapat nasi satu hari boleh jadi sasau tau.. Eh tak de lah teruk bebenor.. Cuma tak boleh nak berfikir sangat lah sebab lapor.


Nasib baik dalam satu hari aku dapat jugak nikmati nasi walaupon tak sehebat nasi di tempat sendiri. -_-"



Yang aku peliknyer, punyer ramai orang dalam hall tu tak de pon dorang nak kata lapor nasi ke. yang mereka minum hanyalah shake.

have you had your shake today???!!


sebab tu kalau tak de nasi pon dorang masih bertenaga sebab dalam shake tu ada nutrisi penuh untuk badan kita. Pernah satu hari aku timbang berat aku 38.6kg jerrrr.. Pastu malam tu aku makan banyak-banyak dan minum shake terus naik 39.6kg. Pastu aku pikir shake dan nasi yang banyak boleh naikkan berat.. Insyallah...


Kamu berminat untuk mendapatkan nutrisi yang baik untuk badan atau untuk mengurangkan berat badan atau menaikkan berat badan???


PM saya di facebook jika kamu series mahukannya..


eh, aku dapat slogan baru dari kak wardina masa konvensyen bidadari dunia hari tu:
 WE ARE WHAT WE EAT, WE ARE WHAT WE READ
nanti aku nak wat kempen la tentang makanan dan membaca. aku suka bab bab ni.. hehehehee

Thursday, May 24, 2012

Dugaan Extravaganza



Assalamualaikum semua.. Harini cam free siket so boleh la nak share pengalaman aku kat extravaganza singapore aritu. Aku mengambil keputusan ke sana dalam masa yang singkat je tak sampai seminggu. Memang punyer last minit pergi buat pasport dan Boss aku mintak tolong Abg. Joe tempahkan tiket Rm477 and nasib baik sempat. Masa tu memang aku dalam minggu exam ada gap beberapa hari tapi aku sanggup jugak nak pergi nak rasai sendiri extravaganza. Aku mempunyai masalah kewangan masa tu, duit dalam ASB pon dah tak de mintak pinjam kat orang yang aku sangat harapkan untuk tolong aku pon dia tak dapat tolong. So, lastly aku mintak mak aku. Nasib baik mak aku bagi. Tapi kena ganti balik laaa -_-"


Dah sampai sana kami kena beratur panjang giler untuk mendapatkan pass masuk. Beratur punyer lama dangan tak mandinyer nasib baik tempat ber-aircond. Berhimpit, bergaduh, aku tolak kau, kau tolak aku, ada yang tak sabar-sabar potong aku, mencelah potong line aku mentang-mentang aku kecik. Aku saborrrr jerlah. And then, aku meletup. 


Dalam kami semua sedang letih dan berapi, kami pon pandang mak cik ni....


 Ruby: Mak cik okey? (sebab tengok makcik ni senyap je. yela beratur nak sampai 5 jam takut jadi pape kat makcik ni)

Mak cik: Mak cik okey. Malu siket ngan mak cik ni. Umur makcik dah 60+ tapi kuat lagi. Tapi umur dalam badan mak cik 34 tahun. (WOhaaaaaa!)


So, kami kuatkan kaki, tabah kan hati sambil minum air Tea- NRG habis satu botol herbalife yang besor gedabak tu sampai nak terkencing tahan jer. Pastu siap boleh bersembang dapat kenal ngan makcik ni siap bagi bussiness card lagi. Kelasssss la makcik...


Bersesak-sesak. Orang yang tabah dan sabar jer boleh harungi semua ni sehingga menuju ke registration kaunter tanpa potong barisan T___T"


Dalam bersesak tu sempat berkenalan ngan beberapa orang dan dengar dorang bertukar-tukar testimoni. kebanyakkannya yang turun berat badaan. Siap tunjuk gambar sebelum. Memang amazing!  Dan ada yang nasihat aku try la insyallah dalam 3 bulan kau akan jadi lagi cantik. Dorang sangat memberikan semangat antara satu sama lain.


Tengok MRT kat atas tu. Semangat giler Singapore sambut Extravaganza Herbalife ni pengankutan awam pon ada poster herbalife. Sebab ini adalah event international punyer.


Dah setel register tu kena tunggu bas la pulok. Memang kena banyak bersabor. Daripada banyak-banyak bas sampai tinggal beberapa buah je sampai ke malam kami tak boleh balik hotel lagi. Pengurusan travel ajen tatau la macam mana. Sebab tu Kak Yana dah pesan siap-siap sebelum pergimind and soul kena kuat and be prepare. Enjoy day 1 dan dugaan tak stop sampai sini je.


pi es: untuk apa-apa pertanyaan tentang herbalife samaada untuk kesihatan atau income, PM me kat facebook atau twitter.

Monday, May 21, 2012

Extravaganza Singapore 2012


 Assalamualaikum semua. Ni ala-ala quick update. Tak sabau sebenarnya nak share pengalaman 3 hari 2 malam kat Singapore untuk event Herbalife Extravaganza. So, kita kasi teaser je lah dulu eh. Untuk full stories aku update lain sebab esok aku exam. Baru je sampai maktab tengah hari tadi. Pastu pergi uruskan hal JPP sebab lama beberapa hari tinggal macam-macam nak kena follow-up.



Ushar kat dalam cermin atas kepala aku. Betapa ramainya orang daripada 13 buah negara. Wohaaaaa.... Tu tak nampak jelas. Nanti aku tunjuk yang lagi jelas.


So, bermula esok selama 3 hari aku kena struggle giler-giler ah sebab banyak lagi tak ulangkaji. Ada 3 paper untuk 3 hari berturut-turut aku kena duduki sebelum pulang bercuti. Okey. Bye. see u soon...


Wednesday, May 16, 2012

Semua orang adalah cikgu. Selamat Hari Guru untuk semua


Petang ni aku ada exam. Tapi masih sempat terpacak depan lappy nak jugak update cepat-cepat. Semalam, sedang cari nota kat tenet sambil-sambil tu online facebook. Mana tau last-last minit macam ni tiba-tiba ada orang nak kasi soalan spot Politik. Tiba-tiba.....



Terharu aku punyer kawan sebegini. Aku ni lagi 2 tahun lagi nak kena study untuk jadi guru. Tapi dalam jadi trainee ni pon dah ada orang ucap selamat hari guru. 


Terus bersemangat sambil tersengguk-sengguk study. Aku ni tengah minggu exam untuk nilai ilmu aku untuk jadi guru. Pastu tadi tengah-tengah bukak blog nak update citer pasal cikgu tiba-tiba henfon cikai aku berbunyi.


1 massage received
bukak inbox

Oh. 1 mesej dari mama (makcik aku).


"SELAMAT HARI GURU "


Ni buat aku lagi berkaliber (ceceh ayat hyperbola) untuk tuntut ilmu perguruan ni. Tak pe slow-slow ubah penampilan bagi ada gaya cakap macam cikgu, jalan macam cikgu, pakaian macam cikgu (tak semestinya kena pakai name tag 24/7) dan lain-lain lagi. Aura guru tu mesti ada. Macamana? Tu yang nak kena belajar tu.


Papepon pertama sekali aku nak ucap selamat hari guru kat mak ayah aku sebab mereka orang pertama yang didik aku. bagi aku semua orang adalah cikgu. Apa maksud cikgu? Orang yang menyampaikan ilmu kan. So, kamu pun  mesti pernah kan menyampaikan ilmu walau sepotong ayat. Jadi, aku ucapkan ...


SELAMAT HARI GURU...!!


untuk kamu semua tak kisahlah kau ni tak keje ke, menganggur ke, student engineering ke, mat rempit ke kakak kaunter pertanyaan ke penjual beger ke atau sesiapa jerlah status kamu. Oh! Aku tau. Kamu adalah pembaca blog aku. Itu yang pasti. terima kasih.


Tuesday, May 15, 2012

Ujian Amali Kadet Remaja Sekolah


Sebenarnya dah lama dah buat ujian amali ni tapi baru saat ni punyer kesempatan untuk cerita tentang ujian amali KRS. Nak kata sibuk sangat tu bolehlah jugak sebab kadang-kadang je aku akan ada kat bilik sampaikan roomate aku hantar meseg atau kol " Kak Zie ada kat mana? Balik bilik tak malam ni". Sebab kadang-kadanag aku pergi rumah sewa kawan-kawan atau lepak bilik Ruby sampai lewat malam. Bila balik tengok roomate dah tidur. 


Ujian amali ni ada beberapa perkara yang dinilai. Hafal surah pendek, kawad statik, nyanyi lagu KRS dan kawad menaikkan bendera. Kalau bab kawad tu aku okey je sebab dulu masa kat MRSM lagi kami di-train untuk kawad setiap hari jumaat. Tambah-tambah aku ni budak kadet polis dan MRSM tu dalam kawasan polis dan kami dikelilingi polis sampai aku sekarang tersangkut ngan anak polis. Kawad bendera tu senang je rupanya beberapa minit sebelum di uji baru encik Kahar ajar nasib baik mudah je.



member-member  KRS. Semangat dorang siap pakai boot lagi nak ujian amali kawad.


Sampai part nak kena hafal surah, kawan-kawan siap bawak Al-Quran tafsir lagi. Aku tumpang tengok jugaklah. Bukanlah nak kata aku ni tak hafal surah tapi bila baca depan orang (pensyarah penilai) aku jadi gugup dan ayat lintang pukang. Mula-mula aku kena surah Iqra'. Baca gagap-gagap pastu tukar baca surah al-insyirah. Tu pon sedikit gagap jugak. Malu wei nanti orang ingat aku tak mengaji Quran. -_-"


Moral of the story: Jangan lupa baca Quran. Ayah aku pesan, sehari kita tinggal Quran, 10 hari dia jauh meninggalkan kita. Dan lagi satu, memang dulu rasa kawad kat sekolah macam leceh dah la berjemur bawah panas setiap minggu hitam habes tapi bila masuk U atau maktab sangat berguna rupanya. Tak de lah malu sangat sampai  tatau langsung kawad. Terima kasih sarjan, koperal dan anggota polis yang ajar aku kawad dulu.