Thursday, March 31, 2011

Jangan lupa basuh baju baru

Kamu semua mesti selalu shopping baju, seluar dan pakaian dalaman kan. Pastu bila eksited sangat ada baju baru, belum basuh lagi dah pakai. Siap masih bau kedai lagi.


Ayah saya tukang jahit. Dia selalu pesan, sebelum pakai pakaian baru kena basuh dahulu pakaian tu. Terutama yang pakaian dalaman. Kat kilang baju tu, pekerja main campak je pakaian atas lantai, letak kat dalam stor lama-lama, timbunkan semua pakaian yang dijahit, dan ada jugak baju kat kedai yang orang dah cuba pakai. Kita tak tahu baju tu entah sape-sape pakai sebelum kamu beli.


Aku pernah pergi tempat kerja ayah. Memang pekerja timbun je baju atas lantai. Ha, kalau mak cik-mak cik yang jahit baju kurung kat rumah pon main letak je atas lantai kan. tak de banyak space kot nak letak elok-elok baju-baju tu atas meja. Alah, kamu kalau masuk fitting room pon main campak je baju atas lantai sementara nak tukar baju asal ka. So, kamu jangan lupa basuh dulu baju atau seluar atau pakaian dalaman yang baru beli tu untuk mengelakkan badan ase gatal gatal. Kot ye pon eksaited nak pakai basuh la dulu.

Monday, March 28, 2011

Rasa sekali mau lagi


Awal pagi lagi sampai je kelas dah dengar riuh suara kawan-kawan aku bercerita tentang PBS masing-masing. Daripada cerita dorang yang aku dengar semua best. Walaupon kami satu kelas kena wat sorang satu sekolah tapi kat sekolah dorang ada jugak budak-budak dari maktab lain. Setakat ni yang aku tau Naim punyer sampai 14 orang wat PBS dekat sekolah dia gi tu. Wohaaaaa! Ramai tu. Ada la jugak member nak buat sembang. Bila orang tanya ‘Azie ko camane pbs?’ buntu nak jawab pe. Yer la aku punyer tak se-best mereka mereka. Takpe, nama pon pengalaman berasaskan sekolah. Pengalaman lah tu wat sorang sorang. Lepas ni kalau kena wat sorang sorang lagi mesti dah ase biasa macam orang dulu dulu kata alah bisa tegal biasa. Ceh, saje ah tu nak sedapkan hati. Betol ke eja tegal camtu. Tegal ke tegar eh. Konpius.

Ok. Kita stop dulu sembang pasal PBS. Ni, semalam aku baru siapkan satu iklan. Sape-sape duk area Kulim, Lunas, Bukit Mertajam  atau yang sama waktu dengannya mailah rasa burger ngan otak-otak (brain-brain).


Comey tak iklan aku? Komen sket.

Thursday, March 24, 2011

Guru besar main sorok sorok ngan aku

Kerja aku kat sekolah dah selesai. Tadi last day kat sekolah. Pengalaman menjalankan PBS sorang sorang memang mencabar jiwa raga. Ase nak nanges pon ada. Kamu bayangkan ko duk dalam bilik guru sorang sorang gi kantin sorang sorang jalan ronda sekolah sorang sorang sampai mak cik cleaner tegur kenapa buat sorang-sorang jek. Cikgu cikgu pon kata sebelum sebelum ni yang datang berkumpulan.


So tadi terjumpa murid tahun 3 semasa sedang jalan nak gi bilik guru. 


Murid: Cikgu, cikgu masuk kelas kite tak kekgi (nanti)?
Aku: Oh, cikgu tak masuk dah kelas awak.
Murid: Ari ahad ni cikgu masuk tak?
Aku: Minggu depan cikgu balik sekolah cikgu la plak. Cikgu belajar lagi. Belajar nak jadi cikgu kekgi (nanti)
Murid: Oooooo...



Macam biasa tangkap gambar pakai self timer -_-"


Nak balik tu salam-salam ngan cikgu yang ada kat bilik guru pastu terjumpa murid-murid ada beberapa orang salam ngan aku. Terharu oooohhh gi sekolah. Nasib tak menitis ayaq mata je.


Sebab arini last day jadi kena jumpa guru besar nak kena sign borang. GB aku baru kat sekolah tu jadi dia banyak meeting. Aku gi cari Gb kat pejabat banyak kali jugak lah ulang alik dari bilik guru ke pejabat. Dahlah blok lain-lain. Pastu ada cikgu gitau GB ada kat kantin aku pon gi kantin gitau GB nak jumpa dia. Gb kata tunggu jap. Aku balik bilik guru balik. Tunggu jap pastu gi kantin GB ilang dah. Gi pejabat tak de jugak. GB ni nak main sorok sorok ngan aku ke? Aku cakap kat kerani tunggu kat pejabat jerlah. Kerani pon kesian kat aku perpeluh peluh sai' (haji) dari bilik guru ke pejabat cari GB. 


So, dah setle keje aku. I'm on my journey to become a teacher. Kena tabah. Tunggu semester depan plak lah baru ada orang panggil aku CIKGU!


Okey semua murid sila buat peace. Cikgu paksa!


Aku relief kelas tahun 3 tak tahu nak buat apa. Masa 1 jam aku buat ujian perkembangan bahasa pastu budak-budak tu duk main kamera aku. Suh dorang tolong rakamkan video aku tak jadi elok takperlah asal ada video suh amek gambar plak tangan shaking. 



Aku pon gi depan kelas suh dorang duduk tempat masing-masing cikgu nak tangkap gambar kamu. Tangan semua kena wat peace tak wat peace tak masuk dalam gambar.



Gambar gegar. Bantai jerlah masuk folio T_________T" tsk



Hari berikutnya pon aku datang sesi petang. Cikgu-cikgu semua kena gi mesyuarat tinggallah aku sorang kat bilik guru. Seram jugak ah duk sorang-sorang. 



Nilah akibatnya kalau tak ada orang nak tolong ambilkan gambar. Buat PBS sorang-sorang sedih ooooooo.. Jalan sorang-sorang makan sorang sorang. macam semua orang pandang aku jek. Pastu tutup semua lampu kipas blah gi kantin. Murah giler kot teh'o 40 sen jek! Terasa nak rekemen kantin tu meniaga kat cafe maktab aku ganti cafe kak som.



Pakai self timer. tsk -_-"


Esok last day! LAST DAY OH! Memang pengalaman lah wa cakap lu. So sape-sape berminat nak jadi cikgu apply lah maktab. Untuk tahun ni da tutup sila cuba tahun depan. Harap maklum. 



Tuesday, March 22, 2011

Murid naik atas meja lari lari keluar kelas susahnya nak kawal murid darjah 1


Sekarang tinggal lagi 3 hari untuk aku ke sekolah. Banyak lagi kerja nak kena setle kat sekolah tu. Harap-harap sempat lah. Hari ahad aku ke sekolah Hari pertama aku ke sekolah yang baru aku jejak dan bertemu ngan orang-orang yang akan baru aku kenali. Awal giler aku bangun sebelum pukul 6 dah bangun sebab sakit perut. Siap-siap semua breakfast ayah aku hantar 7.30 pagi aku jejak kaki kat sekolah tu. Pejabat pon tatau kat mana. Tanya sorang pelajar dia tunjukkan aku. Masuk pejabat nak jumpa guru besar tapi guru besar baru bersara. Sedang tunggu guru besar baru. Huaaaaaaa.... Nasib baik ada GPK.


Sekolah tu dalam pembinaan , perpustakaan jadi bilik guru. Tak ramai guru dalam tu sebab sekolah dua sesi. Sembang ngan cikgu sebelah tempat duduk aku alhamdulillah dia guru kelas darjah 1 aku pon mintak tolong cikgu tu nak masuk kelas sama ngan dia sebab aku kena buat ujian ke atas pelajar darjah 1. Masuk je kelas Ya Rabbi! Murid-murid naik atas meja lari sana sini ada yang keluar kelas ada yang sembang kencang. Pastu semua bagi salam macam biasalah zaman kita sekolah rendah dulu penuh ngan intonasi. assalaaaaamualaaikum cikgu. Aku pon duk belakang kelas.



Semasa cikgu mengajar budak-budak tu siket siket pandang aku kat belakang. Aku rasa kelas dapat bertahan kurang 15 minit cikgu suruh dorang wat aktiviti mewarna. Masa tu la terus jadi disaster kot bising sampai cikgu terpaksa jerit melawan suara suara mereka ditambah pulak masa tu hujan lebat giler tenggelam suara cikgu. Mencabarnyer... Lepas wat ujian kat budak-budak tu aku sembang-sembang la ngan dorang. 


Habis kelas aku balik bilik guru lepak situ sampai la masa tamat balik pukul 1.30 petang.


Sambung hari kedua. Macam semalam jugak gi sekolah pukul 7.30 pagi. Masuk je bilik guru tengok tak de cikgu lagi lampu pon tak bukak terkial kial aku cari suis lampu sana sini. Lepas tu barulah ada cikgu masuk aku minta tolong dia bukakan lampu. Hari kedua aku just duduk kat bilik guru bagi borang soal selidik. Nak temu bual cikgu semua sedang sibuk takut lah nak ganggu. Itu jerlah kerja yang sempat setle untuk hari kedua.


So, hari ni aku pergi sesi petang sebab nak wat ujian ke atas pelajar darjah 3. Kalau lah nanti aku jadi cikgu aku nak mengajar sesi petang lah sebab waktu pagi tak rasa kelam kabut pastu boleh lah relex sket. Tapi aku rasa zaman aku nak mengajar nanti tak banyak dah kot sekolah 2 sesi. Banyak sekolah dah naik taraf sekarang.