Sunday, April 21, 2013

Minggu pertama kat sekolah



Assalamualaikum... Dulu sebelum isi borang online untuk jadi cikgu aku ingat kerja cikgu ni senang. Boleh balik awal, masuk kelas ngajar jer, hujung minggu relax, masa depan bagus boleh didik anak-anak dan lain-lain lagi..

Tapi realitinya berdasarkan pengalaman aku selama 3 minggu dah praktikum sebenarnya indah kabar dari rupa. Tak mudah jadi cikgu bila kita dah masuk dalam sistem sekolah. Yang tu nanti aku citer lain. So, dua minggu yang lepas sekolah aku praktikum sangat best selalu jer ada aktiviti.


Meh kita ushar gambar murid-murid semasa aktiviti minggu pertama aku gi sana.


Minggu pertama: Hari pencegahan dadah..

Ni salah seorang murid tahun 4 yang aku ajar.


Masa hari last ada aktiviti senam robik. Cikgu-cikgu bersemangat, murid-murid sesetengah jer semangat. Yang lain wat keje sendiri. Aku ngan Rubi taw step senamrobik tu sebab cikgu yang handle senamrobik tu akak senior kami. memang lagu tu famous masa hari sukan kat maktab.


Lepas bersenam robik cikgu-cikgu sediakan minuman. Kami guru praktikum pi bancuh air tapi air gula tak cukup. Belasah jer tambah ais. Tak pe, budak-budak tak leh minum air manis-manis sangat. Asal berperisa sudah lerr. Hehehhe..



Anak-anak tadika yang istimewa. Aku kadang-kadang nak teriak terharu tengok kegigihan cikgu tadika pendidikan khas. Kesungguhan akak tu jaga budak-budak ni aku pon ase aku tak mampu jadi sekuat dan segigih akak ni. 


Tahap 2 aktiviti melukis poster. Ada jugak yang malas, buat separuh jalan jer pastu antor keje yang tak siap.


So minggu pertama aku tak ngajor lagi sebab tak dapat jadual. Minggu ke 2 baru start ngajar.


Friday, April 19, 2013

Ikut ketinggian



salam semua... Minggu ni dan mingu depan akan jadi sangat sibuk disebabkan aku sekarang praktikum. Minggu depan last praktikum kat SKTM. Minggu ni aku 2 kali di observe. Minggu depan lagi 2 kali. Nak kena get ready fizikal and mental to the max.

Dah sebulan tak masuk kelas untuk belajar. Dah sebulan tak jumpa classmate. Hahaha...


Ni sebahagian dak kelas aku. Mostly yang perempuan adalah sama ketinggian... kecik molek jer bakal cikgu-cikgu ni semua.. (^__^)~


Friday, April 12, 2013

Assignment terakhir semester ini


Sekarang aku sedang gigih siapkan asignment english. Tapi aku tak reti sangat nak buat macam mana. Kena cari kesalahan dalam satu essei budak karang.


 Kena rujuk buku yang aku belajar semasa foundation semester 1 dahulu. Tu pon masih blurr..


Alhamdulillah dapat pertolongan daripada cikgu english kat sekolah aku praktikum. Dia tolong carikkan kesalah dan perbetulkan. Kalo tak terkial kial lah aku nak carik kesalahan dalam esei tu.


So, sekarang tugas aku kena terangkan kenapa ayat tu salah dan buat pembetulan. kena kasi setel secepat mungkin sebab minggu depan aku syak akan sibuk dengan kelas ganti dan akan kena observe dengan guru pembimbing dan lecturer...huaaaaaaa... cuak cuak...

Celoteh murid : kembar seiras


Aritu aku teman Ruby masuk kelas 4 Bakti. Masa kami masuk kelas tu murid-murid tak ramai lagi sebab ramai join pertandingan roket air. lepas setengah jam sorang demi sorang murid masuk ke kelas.


Tetibe aku terpandang kat belakang macam budak kelas sebelah, 4 Cekal. Aku tertanya-tanya kenapa si Khuzaifah duk menyelit masuk kelas ni.


Aku ase nak tanya, tapi sabaq sat jangan duk kalut..


Ruby tanya nama setiap murid sorang demi sorang. Nama budak tu lain, bukan Khuzaifah tapi Fatih.


Nasib baik aku tak tanya lagi.


Pastu Ruby pon teruskan sesi mengajar. Aku duduk kat meja guru perhati murid-murid sambil ingat nama dorang. Cikgu kena lah ingat nama murid walaupon dalam kelas tu ada 35 orang.. Tuudiaaa  ramai nyerrr..


Habes mengajar nak balik bilik guru terserempak dengan Khuzaifah duk berlari-lari kat koridor. Aku tanya la dia..


Aku: Khuzaifah, Fatih tu kembar awak eh?
Khuzaifah: A'a cikgu.


LOL. Sejibik sama muka, sama kecik nyer.. Nasib baik duk kelas lain-lain. Tapi dalam kelas 4 Bakti tu ada sepasang kembar jugak. Lain jantina, sorang laki sorang pompuan. Boleh lah nak detect lagi walaupon sama kelas.



Rujuk gambar rajah. Maybe tak clear muka dorang sama. Takpe, ada lagi 2 minggu nanti aku ambik gambar dorang berdua.




Sunday, April 7, 2013

Product Lover


Baru-baru ni ada satu kes yang menggunakan gambar testimoni aku untuk  kegunaan produk lain. Di sini aku nak menegaskan yang aku guna produk Herbalife dan ikut program untuk improve masalah kulit ngan herbalife jer. Tak sangka ada orang sanggup menipu customer dengan menggunakan testimoni aku yang pengguna produk Herbalife untuk kegunaan produk lain yang memang aku tatau pon tu produk apa yang dia jual. Tak pernah jumpa pon sebelum ni. Boleh bawak kepada kes saman menyaman tau..


Ni produk-produk herbalife yang aku guna. Ya! Aku antara salah seorang product lover Herbalife.



Rujuk gambar rajah ada pencuci muka, clarifying mask, toner, moisturizer, teamix, protein, shake, omega-3, face quencher, shampoo, aloevera, soothing gel, eye gel, lip refiner dan skin booster. Semua ni adalah produk-produk herbalife yang aku guna..


Sebagai pengedar dan personal wellness coach, aku kena lah try dan guna semuaaaa produk Herbalife. So, bila customer tanya kita tau dah nak suggest apa, produk ni okey ke tak, dan boleh terangkan berdasarkan pengalaman kita sendiri. Bukan pengalaman orang lain. Dan aku pon dah ada testimoni sendiri setelah menggunakan produk Herbalife.




Testimoni aku 

Aku tak kisah kalau pengedar-pengedar dan coach-coach herbalife nak meggunakan testimoni aku tapi aku sangat kisah kalau pakai testimoni aku  untuk tujuan produk lain selain daripada produk Herbalife. sebab tak baiklah menipu customer kan. Padahal terang-terangan kat gambar testimoni tu  ada logo herbalife. gambar ni ambil masa aku gi training herbalife, Extravaganza kat Singapore.


Nak baca lebih lanjut pasal testimoni aku klik kat sini


Kalo ko tanya aku produk ni bagos ke tak? Opkos aku akan jawab sangaaaattttt bagos..! Buktinya adalah aku sendiri. Aku tau ramai orang di luar sana mengalami masalah jerawat dan mencari-cari produk yang sesuai. alhamdulillah terima kasih Allah sebab menemukan aku ngan herbalife. Kalo kamu berminat nak mencuba apa yang dah aku guna boleh contact aku 013-9454928 (azie).


Kalo kamu siyes nak bagi peluang pada diri sendiri untuk improve masalah yang dihadapi, aku lagi serius akan coach kamu. Wokey???