Tuesday, January 29, 2013

Belajar tarian baru


Assalamualaikum semua....


Semasa pergi Spectacular hujung minggu aritu, rasa sangat eksaited. Ko bayangkanlah dalam stadium tu ada 15 ribu orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Itu baru 15 ribu di Malaysia. Nanti aku akan ke Bangkok akan ada dalam 25 ribu orang gabung negara-negara di seluruh Asia Pasifik kecuali korea dan India sebab dorang akan buat Extravaganza sendiri.


By the way, berbalik pada topik asal. Pada spactacular tu aku belajar satu tarian baru. Masa mula-mula tu aku pelik ah kenapa semua orang tahu tarian ni. Ase loser ah sket. Pastu aku ikut jer apa dorang buat. Redah jer betol ke tak dulik apa aku.

 
 YMCA dance

Dalam stadium tu semua pakat menari lagu ni. Seronok buat ramai-ramai. Pastu aku tanya orang, ni tarian apa? Pastu dorang cakap ni tarian selalu kalo gi event Herbalife akan ada tarian ni. Boleh apply semasa buat RPH nak gi praktikum ni. Hehehehe..bulan 4 ni aku akan ke sekolah, boleh ajar murid-murid aku tarian ni kan.


pi es: Gigih aku google YMCA dance ni. Nak jugak masuk blog. :)


Oh..Semasa Herbalife extravaganza kat Barcelona pon dorang buat jugak YMCA. Giler ramai orang dalam stadium.



Untuk pengetahuan readers semua, Herbalife ni dah berada di 88 buah negara. Aritu yang 15 ribu tu orang Malaysia jer. Negara-negara lain lagi lah ramai yang consume Herbalife. Kat Korea hampir 70% rakyat dorang minum Herbalife. Tau tau jerlah kan Korea ni jaga kesihatan dorang macam mana. Sebab tu aku dan kawanmembawa misi membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sihat. Malaysia sekarang No 1 Diabetes wooooo....Dahsyat Malaysia ni.


Friday, January 25, 2013

Prinsip hidup awak apa?


Tadi semasa kelas PJ, En.Gana tanya ''apa prinsip hidup kamu?'' Pastu dia tanya seorang demi seorang yang dalam kelas tu. Time tu aku tengah pikir 'aku ni ada prinsip ke??? Bila sampai giliran aku, tetibe aku blurr. Tak cakap pape. Padahal aku dah teringat 1 ayat yang aku belajar semasa training Herbalife. Tapi aku lupa ayat tu kut english. Aku nak gitau, kalo kita boleh bermimpi besar, kita pasti boleh melakukannya..Tapi nak bagi ayat jadi sedap kena sebut kut english jugak.

Bunyik nyer begini...


"If you can dream it, you can do it"

D.R.E.A.M.

Bukan bermaksud angan-angan mat jening. Sekadar berangan tapi habuk pon tarak. Ni berangan dan ber-impian. Bila berada dalam Herbalife, kami diajar untuk berimpian besar. Contoh: nak rumah besar dan selesa, ada kereta, pergi umrah dan haji, dapat bagi keselesaan dan memperbaiki kehidupan keluarga dan lain-lain. Sebab tu kami buat dreamboard setiap awal tahun. (aku dah buat tapi tak lawa, malu nak tayang).
So, prinsip hidup aku macam tulah. Kena hafal ni kut english. Nanti En.Gana tanya atau sape-sape tanya tak der lah terkial-kial nak jawab. Kita kena berimpian besar. Sangat kesian kalo seseorang tu tak dak impian langsung. ish ish ish... Jadi, mari bermimpia/berimpian sekarang bersama saya.

Untuk mencapai apa yang aku DREAM tu, esok aku akan pergi ke satu event Herbalife yang besar dan julung kali di adakan di Malaysia iaitu SPECTACULAR 2013..!!! 15 ribu akan berkumpul di stadium putra bukit jalil sabtu dan ahad ni. 

SPECTACULAR = Life Changing Event.

Ni akan menjadi spectacular aku yang pertama. Tak sabor nak pergi. Hari khamis aritu dah register. Sempat bergambor jap kat sekitar venue. 


Orang tak ramai sangat time aku register. Tadi petang aku pergi teman Ruby, punyerlah ramai orang. Sempat sembang ngan sorang makcik dari Penang. Dia kata panjang benor dari pagi dia beratur. Alhamdulillah semua selamat mendaftar.


Dan semasa daftar kami dapat kipas yang sangat amazing. Ada kata-kata semangat untuk diri aku dan maybe untuk kamu semua juga..


Think BIG, be proud
-yes! i'm proud to be in HERBALIFE-
Sampai sini jer dulu aku update. Esok aku nak gi training. Kena sedia mind and soul. :)

Perkongsian tips-tips hebat!


Aku ada buat entry beberapa tips yang kalo nak try sila try..juz for fun lah tips tips aku buat ni...Mana tau kot kot dapat membantu.(right click+open in new tab)


  1. Tips shopping kasut
  2. Cara buat watermark
  3. Cara hilang stress ketika belajar
  4. Tips ketika penat jalan-jalan semasa shopping
  5. Cara melipat baju
  6. Makanan wajib budak hostel
  7. Tips pose semasa bergambar
  8. Tips mendapatkan duit ketika hujung bulan
  9. Tips menambahkan berat badan (rujuk komen)
  10. Tips cepat mendapat jodoh
  11. Tips body cantik
  12. Layan karaoke sambil buat asignment
  13. Tips ulangkaji subjek sejarah
  14. Contoh kelas kelas cantik
  15. Cara potong kuku
  16. Tips malas angkat baju kalau dah kering tiba-tiba hujan
  17. Tips bosan bercuti di rumah
  18. Tips traveling dan camping
  19. Tips simpan barang
  20. Tip bila tak dapat fokus siapkan kerja
  21. Tips bina blog menarik
  22. Tip blogging
selamat mencuba
(^___________^)



Sunday, January 20, 2013

Bahana pulun lari dan cara elak kekejangan otot selepas lari


Semalam maktab aku mengadakan acara larian 7km yang WAJIB disertai oleh semua pelajar semester 5 dan DPLI. Nak tak nak kena la lari jugak melainkan kalo ko ada surat doktor yang ko tu tak leh sertai. Aku bangun awal pagi sebab nak minum shake dulu dan tak dilupakan pakai knee guard supaya lutut tak gerak melebih lebih dan prevent ligament jadi lagi worst.

Sebelum start lari tu aku dah plan siap-siap. 
-Aku tak mau jadi orang last sampai. 
-Kalo tak mampu jangan paksa diri. Karang kaki injured aku jugak yang merana.

Jadi strategi aku adalah pulun dulu lari awal-awal antara orang yang terawal. Dah agak-agak ramai lagi orang kat belakang baru stop. Stop tu jangan mendadak. Kena slow-slow. Pastu sambung balik start dengan jalan langkah besar kemudian lari. 

Alhamdulillah aku dapat no 23. Yang dapat medal no 1 hingga 15 jer. Lawa sangat medal dorang dapat. Setakat aku duk maktab ni aku tak pernah dapat medal lagi. Rindu nak dapat medal macam dulu-dulu. (T____T)~ Kalo tak sayang kaki insha allah aku pulun lebih.

So, sepeti kebiasaannya setiap kali lepas lari benda yang paling aku takut adalah MUSCLE CRAMP. Balik jer hostel terus bukak google camne tak mau bagi jadi muscle cramp dan tanya kawan kat FB.


Ni jawapan-jawapan yang agak releven yang kawan-kawan berikan:
1. Cooling down
2. Sapu minyak panas
3. Minum shake
4. Minum air banyak-banyak
5. Warming up and cooling down
6. jangan duduk keep walking.
7. Mandi-tido-rest-solat-tido lagi

Semua yang dorang suggest aku buat. Sebab aku memang trauma sejak zaman sekolah lagi sejak di MRSM lagi tiap-tiap kali lepas lari mesti muscle cramp. Pernah aku nak gi kelas kaki aku cramp giler. Nak kena panjat tangga lagi. Nasib baik ada Moknik dan Cikwe papah aku naik turun tangga. 

Oh! ni kisah aku yang pernah kena muscle cramp. Tapi kat belog aku lagi satu.

Kesimpulannya: kalo dah tahu nak kena wajib lari 7km tu praktis la dari awal. Bukan setakat nak menang jer tapi untuk elak injured lepas berlari jugak. 

Wednesday, January 16, 2013

Aktiviti hujung minggu

Salam semua...

Bukan selalu nak keluar malam.
Tapi kena berhati-hati.
Hujung minggu lepas aku join kawan-kawan gi mengurut.
Cik we nak gi mengurut sebab ada masalah mata.
Ika pulok nak mengurut sebab masalah air besar.


 Sebelum tu kami singgah makan dulu kat KL Sentral.
Mok Nik nak hantar abang dia naik train ke Gemas.
Aku makan nasi ayam tapi tak de sup. Ganti sup ngan kentang putar.
Nasi + kentang. Berat giler aku makan malam tu dan rasa mengantuk gilerrrrr....
Nasib baik tak gilerrrrr...

At KL Sentral. 

Then kami gerak ke BB.
Survey tempat mengurut yang murah pastu tinggalkan Cikwe dan Ika kat situ.
Dorang urut kaki RM25 setengah jam.

Sementara nak tunggu setengah jam tu kami lilau ke pavilion.


Pak guard tak bagi kami duduk kat fountain ni.
Tak runtuh eh kalo kami duduk. Last-last kami bersila depan pavi.

Time tu rasa mengantuk yang amat.
Nasib baik bawak face quencher Herbalife. Aku sembur beberapa kali kasi fresh.
Face quencher ni orang Herbalife panggil air-cond bergerak.
Best sangat bila sembur time ngantuk ko akan ase tersentap sejuk sejuk muka dan segar.




Begitulah kisah hujung minggu aku yang lepas.
Minggu ni tak de plam pape lagi.
Tapiiiii.....
Minggu depan nak gi SPECTACULAR!!!! 15,000 orang akan berada di sana.