Thursday, October 13, 2011

Kelebihan pakai henfon lampu suluh

Walaupon remaja zaman sekarang cenderung untuk pakai henfon yang canggih-canggih touch screen bagai pastu yang bestnyer ada game angry bird dan fruit ninja, tapi aku masih setia ngan henfon lampu suluh aku. Aku mula pakai henfon ni awal tahun 2009 hadiah daripada sesorang. Jadi, aku nak share kelebihan henfon lampu suluh yang aku pakai ni.


1.  Mempunyai daya tahan yang kuat kerana walaupon jatuh dari katil banyak kali sampai terkeluar keypad still boleh guna lagi.

2.  Bateri tahan lama. Aku cas kejap je dah penuh dan tak perlu nak cas banyak kali. Mampu bertahan sampai 3 hingga 4 hari kalau hanya guna untu ber-sms jek. Kalau bergayut mampulah bertahan dalam 1 hari. Amat sesuai digunakan kalau travel jauh sebab bateri tahan lama.

3.  Nada dering tahap 5 yang kuat. Walaupon nada dering kuat tapi tido tak terbangun jugak walau dah set alarm volume paling kuat. T____T"

4.  Lampu suluh yang amaaaaatttttt berguna. Kadang-kadang kalau black-out tak payah susah-susah cari torch light sebab henfon kan sentiasa di samping kita.

5.  Save bajet untuk beli lampu suluh. Kalau bercamping masuk hutan waktu malam tak perlu bawak lampu suluh dah. Tak payah nak beli lampu suluh. Mudah di bawa berbanding nak bawak lampu suluh yang besar dan berat dan tak perlu beli bateri energizer.

6.  Dulu mase camping masuk hutan Sintok kami jalan masuk hutan waktu malam member aku suluh pakai henfon lampu suluh. Boleh tahan lah dia punyer kecerahan tu sampai boleh ushar pacat naik kat spek mata.


Amacam? Style tak henfon lampu suluh. Member-member aku ramai yang pakai henfon lampu suluh. Kamu? Yelah..Kamu punyer touch screen kan. Mana layan lampu suluh cikai macam aku.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wedenesday #6

Sunday, October 9, 2011

Contoh-contoh bilik cantik di asrama

Semalam maktab aku mengadakan hari kediaman terbuka. Budak laki boleh masuk blok asrama perempuan dan perempuan pon boleh masuk tengok blok asrama lelaki. Kami bertanding blok mana yang lagi cantik menarik tertarik memang da bomb. Aku pon ushar-ushar la bilik-bilik yang dihias. Banyak sangat yang cantik. Bilik lelaki pon cantik ooooo. Siyes aku tak tipu.

Kalau ada yang tengah pikir nak hias bilik asrama tu jom ushar sama-sama.

Bilik pinky-pinky tu bilik perempuan la kan. Banyak sangat yang guna warna tema kaler pink. Bilik aku pn pinky. :P Yang ada grafiti tu bilik lelaki.

CUba teka 2 bilik kat atas ni bilik perempuan ke lelaki? Ok. Jawapannya bilik lelaki. Ala-ala bilik kat hotel. Kemas.

Yang ni lagi contoh bilik pinky.

Kita ushar pulak bilik kaler hijau. Bilik yang kat atas tu bilik lama aku. Totally different ngan masa jadi bilik aku. Sekarang budak junior lelaki yang tinggal bilik tu. Dorang still tak caabut nama aku ngan fatin kat tingkap bilik.

Nak contoh bilik kaler hitam pon  ada. Ni kompem balik bilik je terus tidur. Tapi nak tidur cemana tilam tak de. Kesian. (T___T")

SO, dah dapat inspirasi nak hias bilik. Oh. dalam banyak-banyak gambar ni gambar bilik aku tak de. Tunggu next entry baru aku tunjuk. Bilik aku biasa je jadi tak leh wat contoh antara bilik cantik. Ok bye.

Thursday, October 6, 2011

Kenapa perempuan suka pakai tudung hitam?

Assalamualaikum semua. Sehat ke hari ni? amboiii.. baik pulak aku kali ni bagi bagi salam siap bertanya khabar lagi. Apa salahnya mulakan ngan sesuatu yang baik. Ha! Jangan lupa jawab salam pulak. Bagos. Macam tulah.

Aku ada terima satu soalan dari boys, kenapa pompuan suka sangat pakai tudung hitam. Jadi aku pon dapat satu idea untuk tanay member-member pompuan aku pasal jawapan bagi soalan ni. Aku buat survey siket tanya pendapat mereka kat fesbuk.



Antara jawapan-jawapan yang mereka bagi adalah:


1. senang nak match (padankan)ngan baju
Yup. Ramai yang setuju ngan kenyataan ni. Even kalau kamu pakai baju pink ngan tudung hitam its ok tak nampak weird (pelik) pon. Pakai baju ijau ngan tudung itam, baju oren ngan tudung hitam. Semua masuk lah.


see. Oren ngan hitam. Nampak okey je. Bayangkan kalau pakai baju oren ngan tudung hijau. Tudiaaaaa.


2. Senang nak bentuk
Aku kan selalu pulang ke kampung naik bas. Dan perjalanan yang aku tempuhi sangat lama sampai tertidur dari start bas gerak sampai la bas berenti. Opkos la masuk tidur tu kepala bergerak-gerak kanan kiri dan tudung pon turut sama herot. Bila pakai tudung hitam tak nampak obvios sangat la kerherotannya senang je kau nak bentukkan balik tudung tu (talking about tudung bawal).

And even kau tak iron pon tudung tu tak nampak sangat tudung kau tu berkedut kalau pakai tudung hitam. Siyes wa cakap lu.sebab tu kalau pi camping  masuk hutan pergi terjun tasik/sungai/ air terjun ke pompuan suka pakai tudung hitam.


3.Muka gelap nampak cerah siket
Betol. Aku ni gelap la jugak bila pakai tudung hitam tak la rasa sangat muka ni gelap. Bila pakai tudung kaler nion siket ase gelap ah.


4. Kalau kotor tak nampak sangat
Ni reason yang member-member aku bagi lah. Mungkin dia makan comot sampai tertumpah-tumpah tapi tak akan terperasan kalau pakai tudung hitam.


Dan. Kalau aku pulak nak start try tudung fesyen baru mesti aku akan start ngan tudung yang bewarna hitam. Macam pertama kali aku try nak pakai shawl, aku beli kaler hitam dulu untuk tingkatkan confident level aku.


Jangan kau tanya kenapa kalau nampak muka aku beza ngan sekarang. Ni muka zaman metrik dulu-dulu.


Macam tudung syria pon same. Aku start ngan pakai yang kaler hitam tu dulu baru beli kaler-kaler lain.

Tudung syria hitam pertama aku.


Amacam? Kamu suka tak pakai tudung hitam. Banyak lagi reason yang boleh diberi. Kebanyakkan lelaki tengok rimas pompuan pakai tudung hitam tapi pompuan mempunyai sebab mereka yang tersendiri kenapa mereka suka pakai tudung hitam. Aku pon sekarang cuba lah nak elak pakai tudung hitam tapi dalam keadaan kalut-kalut aku still akan sarung tudung hitam. Hahahaha. Tapi tak semua pompuan suka tudung hitam. Dulu aku pon tak suka tapi sekarang baru aku tau kenapa pompuan suka pakai tudung hitam.



so now u are realise the power of BLACK HIJAB?

Sunday, October 2, 2011

Ujian kecergasan fizikal

Minggu depan aku dah star ujian akhir kursus (UAK). mula ngan subjek matematik pastu english. Aku dah kena mula study ni sebab aku tau carry mark aku untu asignment macam hampeh je yela sape suh wat last-last minit kan. Nampak je mudah belajar matematik yang budak sekolah rendah belajar tapi bila tiba hari ujian nanti tak tau la camne. Tengok soklan latihan pon macam susah. Jawapan yang nak kena tunjuk adalah jawapan untuk cikgu mengajar bukan untuk budak belajar. (kena tunjuk step mengajar)

Then, minggu depan sekali lagi pulak aku ada ujian amali untuk PJ. Aku dah lah body lemah nak buat pergerakan asas. Ada pulak ujian. Takpela. Walaupon body lemah tapi akan cuba sedaya upaya. Kena wat macam-macam pergerakkan. Markah asigment untuk PJ. Kena start praktis ni. -_-"

Ada gaya budak PJ tak?

Bulan ni hujung minggu banyak sket la aktiviti yang nak kena lalui. Minggu pertama ni dah ada gotong-royong asrama, minggu kedua ada kediaman terbuka dan dinner kediaman, minggu ketiga kawan-kawan plan nak panjat bukit broga dan minggu keempat cuti depavali. Member-member duk bertanya,

"Azie, free tak. Bila nak kuar sama-sama ni". "Azi, jom lepak makan-makan ngan aku".

Maaflah kawan-kawan. Wa memang bizi bula 10 ni. Aiyoooo.. Nanti ada masa kita jumpa. Selamat berhujung minggu dan maaf kalau jarang muncul di laman kamu. Insyallah akan cari masa untuk jalan-jalan tengok blog orang.