Thursday, October 13, 2011

Kelebihan pakai henfon lampu suluh

Walaupon remaja zaman sekarang cenderung untuk pakai henfon yang canggih-canggih touch screen bagai pastu yang bestnyer ada game angry bird dan fruit ninja, tapi aku masih setia ngan henfon lampu suluh aku. Aku mula pakai henfon ni awal tahun 2009 hadiah daripada sesorang. Jadi, aku nak share kelebihan henfon lampu suluh yang aku pakai ni.


1.  Mempunyai daya tahan yang kuat kerana walaupon jatuh dari katil banyak kali sampai terkeluar keypad still boleh guna lagi.

2.  Bateri tahan lama. Aku cas kejap je dah penuh dan tak perlu nak cas banyak kali. Mampu bertahan sampai 3 hingga 4 hari kalau hanya guna untu ber-sms jek. Kalau bergayut mampulah bertahan dalam 1 hari. Amat sesuai digunakan kalau travel jauh sebab bateri tahan lama.

3.  Nada dering tahap 5 yang kuat. Walaupon nada dering kuat tapi tido tak terbangun jugak walau dah set alarm volume paling kuat. T____T"

4.  Lampu suluh yang amaaaaatttttt berguna. Kadang-kadang kalau black-out tak payah susah-susah cari torch light sebab henfon kan sentiasa di samping kita.

5.  Save bajet untuk beli lampu suluh. Kalau bercamping masuk hutan waktu malam tak perlu bawak lampu suluh dah. Tak payah nak beli lampu suluh. Mudah di bawa berbanding nak bawak lampu suluh yang besar dan berat dan tak perlu beli bateri energizer.

6.  Dulu mase camping masuk hutan Sintok kami jalan masuk hutan waktu malam member aku suluh pakai henfon lampu suluh. Boleh tahan lah dia punyer kecerahan tu sampai boleh ushar pacat naik kat spek mata.


Amacam? Style tak henfon lampu suluh. Member-member aku ramai yang pakai henfon lampu suluh. Kamu? Yelah..Kamu punyer touch screen kan. Mana layan lampu suluh cikai macam aku.

9 comments:

dalisha said...

ok la tuh.. lampu suluh pun lampu suluh lah.. janji ada henfon... hua hua hua
--
Jom Jengah sini Rahsia kecantikan secara semulajadi anda disini

Budak Baik said...

old school, niceee!

Unknown said...

keh keh keh...fashion baru ni hehehe

sjaa64 said...

fon ni okey hapeee..hheeheh

sjaa64 said...

fon ni okey hapeee..hheeheh

Senorita Nadira said...

tepon jnis ni perlu utk wat stand by..kot2 tpon yg canggih tu abeh bateri..bukan wat msg n kolling pon tp wat dgr lagu. btol dok? hehee:)))

Volatile said...

Yg no 6 tu, eerrrr~ pacat sampai ke spec? hatdoi~ manakutkan la >.<"

En. Kronik said...

oke. suma org sila buang smartfon anda.. pakai torchfon ja.. haha

Anonymous said...

bole wat suluh lubang idong 2..kire bulu kikiki