Sunday, August 14, 2011

Apa jadi ngan kawasan tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa dan Highland Tower?


Projek luar untuk semester ni adalah berkenaan dengan kesan tanah runtuh. Kamu ingat lagi kes tanah runtuh dekat highland tower dan bukit antarabangsa beberapa tahun dahulu? Pe jadi ngan kawasan sekitar tu sekarang eh? Aku melawat sendiri tapak terjadinya kejadian tanah runtuh pada hari khamis yang lepas. Jom kita terjah (ala-ala nas ahmad).

Lokasi pertama yang aku nak kasi tunjuk adalah bukit antarabangsa. Sebelum kami bertolak ke lokasi kejadian, kami dengar dulu taklimat dari majlis Perbandaran Ampang Jaya dan lihat macam mana rumah-rumah tu bergerak macam bongkah-bongkah kayu yang dihanyut oleh air. Dahsyat giler..

Rumah tu tinggal separuh je? Mana pergi rumah-rumah di sebelahnya???

Cuba tengok gap antara rumah tadi (belah kiri) ngan rumah-rumah sebelah kanan. Jauh sangat kan. Kawasan yang ditumbuhi rumput-rumput tu dulu bekas kawasan tapak rumah. Bila aku pijak tanah yang dekat kawasan tu tanah dia jenis berpasir dan masih basah-basah lagi dan kemungkinan ada aliran air bawah tanah.

Ni bekas tapak rumah yang kat bawah cerun. Tanah dah jadi terbiar. Kalau kamua ase nak beli tanah kat situ boleh lah jugak.. Ada berani ke?

Kawasan perumahan kat sini semua rumah jenis mewah. Kawan-kawan aku cakap ada rumah Dato' Siti Nurhaliza kat area sini. Banyak rumah berhampiran tapak runtuhan tu dah dikosongkan. Mungkin pemilik runah takut kejadian yang sama berulang so baik dia cari rumah yang lagi selamat kan. Prevention is better than cure.


Next location, highland tower. Yang ni lagi dasyat cara runtuhan dia. terbaring teruih. Kawasan tu dah dipenuhi dengan semak samun. Banyak nyamuk dan kemungkinan ada harimau kat situ sebab kawan aku ada tangkap gambar tapak kaki harimau kat sekitar bangunan yang tak runtuh tu.

Bangunan yang terbiar. Selepas runtuhan ada jugak mangsa-mangsa yang tak dijumpai. Pegawai tu cakap kebanyakkan yang meninggal dijumpai kat bahagian tangga sebab semua rushing nak turun. Dahsyat kan..

Rujuk anak panah merah. Bangunan ni tak lurus kan. Ada kemungkinan akan runtuh dan kes tanah runtuh ni masih di bawah kes mahkamah. Kami tak leh masuk jauh-jauh sangat kat dalam. Bahaya tak tau apa ada kat dalam tu.

Rumah yang ditinggalkan sekitar bangunan yang runtuh.


Lepas buat lawatan kat kawasan-kawasan tu kami kenalah buat laporan dan macam biasa kena masukkan dalam asignment. Kalau nak buat rumah di kawasan yang bercerun dan berbukit kamu kena tau risikonya dan rujuk kepada pihak perbandaran sama ada boleh buat rumah ke tak kat kawasan tu.

Nak tengok tempat-tempat yang aku dah pernah pergi buat kajian? Klik sini dan sini dan sini.Oh nak gitau. Bulan puasa pon kami buat kajian tau. Walaupon cuaca masa tu panas terik sangat-sangat sangat balik hostel terus tidur. Perghh..Latih giler dowh.


Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #2

Sunday, August 7, 2011

Mem-petak-kan badan


Semester ni aku ada kelas PJ. Walaupun subjek PJ kali ni cuma pergerakkan asas tidak memerlukan aku berpanas terik dibawah cahaya matahari tapi ianya tetap mencabar naluri aku. Nama pon pergerakkan asas. Apa yang ada dalam pergerakkan asas? Berjalan, melompat, berguling, melenturkan badan. Tu semualah. Dan semua ni dinilai dalam bentuk amali. SO, WHAT'S THE PROBLEM BABE?

Masalahnya otot-otot aku tidak kuat untuk buat pergerakkan-pergerakkan tu. Memang aku akui dulu otot kaki aku kuat untuk berlari mengelilingi padang, lompat jauh dan sebagainya. Tapi tu cerita lama. Aku dah stop bersukan lepas aku habes zaman sekolah dengan harapan kalau stop sukan badan akan naik. (berdasarkan pengalaman kawan-kawan). Tapi mungkin tak naik untuk aku. -_-"

Sekarang kena fokus untuk ujian amali. Aku masukkan pergerakkan-pergerakkan yang mudah je dalam amali aku. Tak macam kawan-kawan aku yang lain yang boleh buat hand-stand, guling depan ampu dengan tangan jek dan paling susah bagi aku adalah buat bridge.

Kamu boleh buat macam ni? Kalo praktis selalu boleh la buat. Aku boleh dah naikkan badan sikit sikit tapi tak sepetak macam dalam gambarajah di atas. Okey. Tak petak sangat tapi boleh lah nampak bridge nya. Tu lah bridge (jambatan). Kalau aku buat bontot ngan perut je naik, kepala x naik naik ke sudah. 

Mungking muscle kat tangan aku tak kuat. Mmmmm. Kuatlah jugak kot sebab aku main gusti lengan ngan kawan-kawan aku menang. Eh, riak pulak. Mintak maap.

Tanpa banyak berceloteh aku nak siapkan kertas kerja untuk pergerakkan asas ni. Cakap banyak tak guna kalau tak buat-buat lagi kerjanya. Adios u'ol.

pi es: gambar ehsan dari tinton

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #1

Tuesday, August 2, 2011

Hari pertama puasa ada kelas PJ

Alhamdulillah selesai sudah puasa pada hari pertama ni. Letih? Mmmmm boleh lah. Pagi tadi aku sahur pastu lepas sahur aku tak tidur sebab pergi blogwalking blog-blog kawan. Lama aku tak ushar blog kawan-kawan blogger. So pagi tadi aku ambil la sket masa sementara nak tunggu solat subuh pastu nak bersiap ke kelas pada jam 8 pagi. Akibatnya kelas pertama aku ngantuk giler-giler dan aku pasti lecturer nampak aku tersengguk-sengguk last last penat tersengguk sengguk aku bersandar je terus kat kerusi. Dah lah seat aku depan sekali. Tatau la aku tido terbuka mulut ke tak. Bila lecturer keluar terus aku tido kepala atas meja.

 Biasanya untuk mengelakkan aku tertidur atau lalai mamai dalam kelas aku akan makan atau minum air yang aku bawak. Memandangkan ni bulan puasa tak dapatlah aku nak makan. Tambah-tambah lagi ngan keadaan meja baru yang tak de laci untuk aku sorok makanan. Mungkin ada hikmah lah di sebalik meja baru tu. Hikmahnya JANGAN MAKAN DALAM KELAS. 

Kelas masa ke tiga ok lah sket tak ngantuk dah. Kelas airini sampai petang dan kelas petang adalah PJ (!). Nak kena lompat-lompat dan buat pergerakkan asas berguling-guling segala bagai walaupun sekadar buat kelas PJ dalam gymnasium bukan dekat padang fuhhh! siyes letih. Balik kelas aku cari nahas gi cat bilik bertambahlah penat. Terus tidur sampai pukul 6 tu pon nasib baik roomate aku kejutkan kalau tak terlajak lah aku sampai waktu berbuka puasa. 

Itulah pengalaman hari pertama puasa untuk tahun ini. sekian, terima kasih.