Tuesday, May 17, 2011

Kepelbagaian etnik di Malysia dapat aku merasa pakai baju tradisional kaum lain


Aku bertuah berada dalam susana tempat aku belajar yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Sejak junior aku masuk tahun lepas bilangan pelajar sabah dan sarawak meningkat. Ada pelajar muka dia macam melayu tapi sebenarnya bukan melayu dan ada jugak muka macam cina tapi sebenarnya bumiputera. Macam-macam kaum ada kat tempat aku belajar ni ada kadazan, iban, bidayuh, India, campuran mat salleh ngan cina, campuran india dan iban dan lain lain lagi. Sehinggakan diadakan satu hari yang dinamakan Hari Etnik.



Kolam ni hasil tangan pelajar pelbagai kaum. Bukan pelajar India je yang buat tau. Kreatif mereka ni semua.


Walaupun Hari Etnik dah lama berlalu tapi aku nak citer jugak kemeriahan sambut hari etnik. Satu Malaysia. pada hari tu aku pinjam baju ngan sorang kawan India. Aku pakai punjabi.  Tengkiu Lalitha bagi pinjam punjabi awak. 


See. Melayu pakai baju kaum India. India pakai baju kaum Cina.


Bumiputera sabah dan sarawak. Cantik baju dorang. Ngan manik-manik semua.



Bersama junior saya. Mereka pakai sari semasa buat persembahan tarian tradisional India. Dapat johan.


Kaum cina pakai baju kebaya dan punjabi.


Kami pakai punjabi.






Seronoklah dapat sambut hari etnik. Aku dapat kenal ngan macam-macam kaum kat IPIK ni. Dapat jugak merasa pakai pakaian tradisional kaum lain. 


Monday, May 16, 2011

Ibu Bapa adalah guru pertama saya



Hari ni 16 Mei maktab aku tak sambut hari guru sebab kami dalam minggu exam. Jadi Hari guru di tangguh kepada semester depan. Takpe lah jasa guru-guru tetap di kenang. Guru pertama kita adalah mak dan ayah. Jangan lupa ucap kat mak ayah kamu 

"Selamat Hari Guru terima kasih menjadi guru pertama saya"


Bersama rakan-rakan sekelas dalam bidang pendidikan.


LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Dulu masa kat sekolah 16 mei mesti cikgu-cikgu nyanyi lagu ni. Sekarang setiap kali ada perhimpunan mesti aku kena nyanyi lagu ni. Nak berlinang air mata jugak lah. Layak ke aku nyanyi lagu ni. Tak sangka aku akan jadi cikgu lagi 3 tahun. Insyaallah. Terima kasih cikgu-cikgu saya yang ajar saya secara formal atau tidak formal.


SELAMAT HARI GURU



Wednesday, May 11, 2011

Kalau kau tak singgah blog orang memang orang tak singgah blog kau


Sejak akhir-akhir ni aku jarang update blog dan akibatnya trafik blog aku sikit je. Syukur sangat-sangatlah akalu ada orang mai jenguk blog ni walaupun sorang je dalam satu hari. Salah aku jugak sape suruh tak update blog. Takkan orang nak datang banyak-banyak kali baca entry yang sama je. Lainlah kalau blog aku popular macam fatin liyana, hanis zalikha, nurul badiah, dll. Shazika Shahrim???

Jadi kalau nak orang datang blog kamu, kamu kena:



1. Update blog selalu
Janganlah dan berkurun baru nak update. Mesti orang akan ingat kamu dah berhenti dari arena blogging. Aku pon penah jugak lama tak update sebab sibuk dan internet tak de.


2. Blogwalking
Macam aku gitau tadi lah. Kalau kamu melawat blog orang nanti orang datanglah blog kamu. Tingalkan jejak kat chatbox atau kat ruangan komen kasi pemilik blog tu tahu kamu dah singgah blog dia. Itu lah salah satu fungsi shoutbox.


3. Komen blog orang
Selalu-selalulah komen blog orang jangan nak harap orang je komen blog kamu. Salah satu cara aku nak pergi link ke blog orang adalah melalui link blog yang orang komen-komen kat entry. Nampaklah siket keikhlasan orang tu mai blog kita dan baca entry kita yang ntah pape tu.


4. Blog jangan berat sangat
Yang ni memang aku hangin. Aku tengah eksaited nak baca blog tu tapi lama giler nak tunggu loading siap. Ngan gambar yang berat pulak. Kecikkanlah siket kebesaran gambar tu. Senang nak loading pastu blog tak de lah jadi berat sangat. Lagi 1, kurang-kurangkanlah widget yang tak berkenaan kat blog kamu tu. Semak satu hal, lambat nak loading pulak.


5. Letak gambar kat entry
Kenapa aku suka blog perempuan? Sebab pompuan suka taruk gambar lawa-lawa kat blog. Sebab tu aku suka gi blog yang ada gambar macam fatin liyana, hanis zalikha, maria Elena, nurul badiah, nurul cakap-cakap dll.



Lama giler kot aku tak update sampai tak de orang nak mai blog ni dah. Nampaknya aku kena praktikkan 5 cara di atas untuk kasi jemput balik orang mai blog aku. 

Tuesday, May 10, 2011

Selama hampir dua tahun


Hai semua. Apa khabar? Kalau sihat sila senyum sambil tayang gigi depan blog aku kalau tak sihat senyum tanpa nampak gigi (tutup mulut). Aku tau semua masih sedang sibuk ngan exam dan ada jugak yang dah habes exam. Aku minggu depan baru nak start exam. Untonglah budak U dapat cuti 4 bulan aku 3 je. 3 minggu. -_-"


Nampaknya dah nak masuk 2 tahun aku kat Kuala Lumpur ni. Tak de sape-sape nak datang melawat aku. Ada jugak aku cat ngan kawan-kawan kat fesbuk atau sms dorang " Hoi! bila nak datang melawat aku?" Bila aku kata macam tu aku siyes nak ada orang melawat aku. Zilaaaaa dan Iny kamu duk area KL mai ler jenguk saya kat cherasssss ni.


Dan cita-cita aku tercapai bila hujung minggu lepas ada orang datang melawat aku kat sini. Yipppeee! Walaupun aku sibuk giler minggu ni ngan macam-macam aktiviti seperti majlis penutupan HELWI, gi Genting, Dinner Kolej Kediaman, BBQ ngan budak kelas tapi aku usaha jugak curi masa gi jumpa orang-orang yang mai melawat KL. Sempat jugak lah bawak dorang mai ushar tempat aku belajar walaupun sekejap je dorang tengok-tengok keadaan maktab aku.


Mereka insan-insan pertama datang jengok aku kat sini. Guys, tengkiu sangat-sangat melawat aku kat sini. Walaupun cuma 2 hari jumpa tu pon kejap je. I really appreciate and so happy. So, who's next nak mai jenguk aku kat sini? Zilaaa... kamu bila lagi?

Friday, May 6, 2011

Water confident di laut Port Dickson

Hai semua. Lama giler aku tak update kan. Maklumlah lepas pulang dari berkhemah kat PD aritu aku gi bercuti. Dah seminggu lebih baru ada peluang nak update.Haritu masa camping aku ada wat water confident. Sebelum ni pon aku penah wat water confident masa join Kembara UUM. Tapi yang tu kat tasik. Kali ni wat kat tengah laut. Air masin eeeuuuwwww....


Masa matahari tengah pacak atas kepala panas terik kami kena wat rakit. Berlawan rakit sape siap paling cepat. Kumpulan aku menang.



Aktiviti memasang rakit. 




Dah agak-agak confident siket baru boleh berlagak buat peace sambil apungkan diri



Water confident. Menaruh kepercayaan kepada life jaket untuk apungkan diri kat permukaan laut.




Aktiviti berakit. Mula-mula berlagak siap rakit paling awal. Bila berlawan berakit untuk dapatkan bendera kat tengah laut group aku paling last sampai. Letih giler mendayung. Habis sengal-sengal body aku.





Dah pasang lek lok lepas berakit kena bukak balik ikatan. Kukuh jugaklah cara ikatan rakit kumpulan aku sampai susah aku nak bukak. 

Balik ke darat selak je tudung nampak muka BURN gilerrr! kaki pon sama berbelang. -__-"