Hai semua. Apa khabar? Kalau sihat sila senyum sambil tayang gigi depan blog aku kalau tak sihat senyum tanpa nampak gigi (tutup mulut). Aku tau semua masih sedang sibuk ngan exam dan ada jugak yang dah habes exam. Aku minggu depan baru nak start exam. Untonglah budak U dapat cuti 4 bulan aku 3 je. 3 minggu. -_-"
Nampaknya dah nak masuk 2 tahun aku kat Kuala Lumpur ni. Tak de sape-sape nak datang melawat aku. Ada jugak aku cat ngan kawan-kawan kat fesbuk atau sms dorang " Hoi! bila nak datang melawat aku?" Bila aku kata macam tu aku siyes nak ada orang melawat aku. Zilaaaaa dan Iny kamu duk area KL mai ler jenguk saya kat cherasssss ni.
Dan cita-cita aku tercapai bila hujung minggu lepas ada orang datang melawat aku kat sini. Yipppeee! Walaupun aku sibuk giler minggu ni ngan macam-macam aktiviti seperti majlis penutupan HELWI, gi Genting, Dinner Kolej Kediaman, BBQ ngan budak kelas tapi aku usaha jugak curi masa gi jumpa orang-orang yang mai melawat KL. Sempat jugak lah bawak dorang mai ushar tempat aku belajar walaupun sekejap je dorang tengok-tengok keadaan maktab aku.
Mereka insan-insan pertama datang jengok aku kat sini. Guys, tengkiu sangat-sangat melawat aku kat sini. Walaupun cuma 2 hari jumpa tu pon kejap je. I really appreciate and so happy. So, who's next nak mai jenguk aku kat sini? Zilaaa... kamu bila lagi?
1 comment:
sedih la,.xpe ad gak yg melawat,.
Post a Comment