Friday, August 4, 2017

Berkejaran ke toilet



Sejak masuk ke LJ aku dah ditugaskan bertanggunjawab untuk mengajar subjek UPSR iaitu subjek sains tahun 6. Secara automatik aku terlibat untuk dengan lawatan pasca UPSR. Memang menjadi kebiasaan di semua sekolah lepas je habis upsr murid tahun 6 akan di bawa pergi lawatan. LJ hanya mampu bawa murid ke miri je mengambil kira tentang kos dan jarak perjalanan. 7 jam hoii dari LJ nak ke Miri tu. Dan tak semua murid berpeluang jenjalan ke bandar pon sebelum ni.


Disebabkan mereka jarang sangat keluar ke bandar jadi ramai yang mudah mabuk sepanjang perjalanan kerana bau aircond dan jalan balak tak berturap. Beberapa kali muntah sepanjang perjalanan tu mengeluatkan semua isi perut yang last last mampu keluarkan air je. Kesian pulak aku tengok anak anak ni sampai lembik badan.


Bila dah sampai ke bandar alhamdulillah semua dah okey sebab jalan dah rata bertar. Tapi ada sorang murid ni masih lagi mabuk tak hilang dan tak boleh bau ekon kereta langsung. Tapi murid ni sangat kuat selagi dia mampu tahan dia tahan dan sedaya boleh tak.mau spoilkan lawatan.


Ada satu malam kami ada aktiviti santai bawak murid menonton wayang. Semua happy jerlah. Aku ambil seat sebelah murid yang masih mabuk ni untuk jaga dia. Tengah syiok syiok tengok wayang tetiba murid ni sakit perut nak muntah. Alamakkk... berbelah bahagi aku. Citer tengah best ni. Demi anak murid aku bawak jugak dia ke tandas. Nasib baik sempat ke mangkuk jamban dia muntah. Habis semua makanan dia keluarkan. Aku urut urut belakang dia kasi legakan perut. Dah okey sket kami masuk balik tengok wayang.


Tak lama lepas tu dia bangun nak ke tandas lagi. Kali ni dia sendiri pergi tak ajak aku. Mungkin tadi dia tak tahu mana tandas. Kali kedua ni dah tahu tandas kat mana. Eh..tak boleh jadi ni. Laju betol budak ni lari keluar panggung. Aku pon ikut bersama kejar dari belakang. Terasa macam main running man pulok..hahahaha. sempat masuk toilet dan muntah lagi..aduhaiii.. kali ni air je yang keluar..


Aku gitau dia kita lepak luar wayang jela tak payah masuk dalam senang nak gi toilet. Kami rest kat luar sekejap pastu dah okey sket dia ajak masuk dalam sambung tengok movie. Aku tengok murid aku tertidur keletihan. Kesian anak murid aku. Habis wayang aku gitau cikgu cikgu pengiring yang lain pasal tadi dan mintak bawak dia gi hospital. Yela kan..anak orang tengah sakit ni kang jadi pape susah pulak. Malam tu jugak kami gi hospital  dan balik semula ke hotel hampir pukul 3 pagi. Dapatlah jugak murid murid membuat lawatan ilmiah ke hospital. Hehehehe..


alhamdulillah anak murid aku okey je lepas dapat ubat dan masa otw balik ke LJ dorang siap nyanyi nyanyi dengan riang gumbira lagi dalam kereta tanpa ada seorang pon yang muntah. Hoiii.. masa nak gi miri kemain lagi korang muntah yer..aisehmengg..


No comments: