Assalamualaikum..
Salah satu benda yang aku tanjat sewaktu awal awal aku datang LJ ni adalah saiz cicak kat sini masha allah punyer lah besor. Selalu jer buay tanjat aku semasa mandi nampak cicak duk keluar masuk melalui celah celah lubang dalam toilet. Almaklumlah kuaters lama banyak la cacat cela. Aku ingatkan biawak.. seriuosly macam anak biawak besor dia.
Orang sini panggil cicak tu budut.
Kussss semangat hakak tau tengok budut masa tengah mandi..
Paling aku tak menahan, merata rata budut ni berak. Bukan kecik tahik dia. Dah badan pon besor tahik pon boleh tahan besor lah.
Nak dijadikan cerita. Aku masuk ni dah 3 kali kena berak ngan cicak. Kali pertama masa tengah syiok syiok baca buku tetiba satu benda jatuh ngam ngam kena kaki. Nasib baik tahik keras.
Kali kedua..tengah baca buku jugak. Aku memang hobi kot bosan bosan baca buku malam malam sebelom tido. Tetibe setempek tahik budut jatuh atas rambut. Tak pepasal aku pergi mandi siap bersyampu tengah tengah malam. Dah la malam malam air kat LJ ni sejuk.. Kuang hajo budut tu. Huhuhu..
Dah kena 2 kali macam tu.. aku pon alih katil aku tak letak bawah lampu lagi. Alhamdulillah selamat nak lepak atas katil.
Kali ketiga..baru jer tadi siang kena. Tengah syiok syiok tengok tv sambil baring atas kerusi tetibe seketui tahik budut ngam ngam soi jatuh tepi muka aku..sipi sipi nak kena atas muka. Fuhhhhh nasib baik..
Aku pon tak faham lah pesal tak puas hati ngan aku la budut budut di LJ ni. Tak de la pulak aku ni gi lastik kerabat dorang. Huhuhu.. jangan sampai aku sula budut tu nanti.. huH!
No comments:
Post a Comment