Assalamualaikum..
Salah satu perubahan yang aku rasa sejak tinggal di lj adalah kurang munum air. Bila badan dah biasa minum air kosong hampir 3 liter setiap hari tetibe mai sini kurang minum air, terasa sangat perubahan tu pada badan. Bibir jadi kering, kulit kesat , berak tahi keras dan air kencing jadi kuning.
Salah satu tanda kita kurang minum air putih boleh tengok pada warna air kencing. Paling elok kaler putih. Dulu sokmo bawak botol air herbalife 1liter minum air gi kelas. Bila kencing jadi jernih jer. Tapi sekarang nak minum air kasi cukup 1 liter pon payah.
Sumber air di LJ mai dari air bukit. Kenkadang air jadi keruh macam air tea peng. Pokoknya air tak bertapis klorin dan kurang bersih la. Setiap kali keluar ke bandor mesti beli sesiap stok air minuman 2 3 kotak. Rindu la dulu masa kat maktab gi tesco borong air mineral botol besor 5 liter tu. Murah nauuu air mineral cap tesco.
Ada beza tau kalo minum air mineral ngan air minuman. Rasa ai mineral lagi sedap berbanding air minuman. Tak caya?? Nanti gi try beli dan rasa sendiri..
Nak kasi teka teki sket.
Macam mana nak beza botol air mineral ngan botol air minuman??
Haaa.jawab ler..
Dah??
Jawapan dia boleh tengok pada penutup botol. Kalo air mineral penutup dia mesti bewarna. Kalo air minuman penutup dia kaler putih jer.
Pesanan aku. Minum la air putih lebih daripada 3 liter setiap hari. Terutama yang berbadan besor nak kurangkan berat badan. Haaaa.. minum air banyak banyak kasi kencing banyak dan keluar lemak lemak tu. Tak caya? Try dulu baru tau..
No comments:
Post a Comment