Saturday, January 30, 2016

Tanpa nama


Always.. :)
Insha allah..

Thursday, January 28, 2016

Bagaimana akhirnya aku bernikah


Assalamualaikum..

Sebelom aku posting sementara menganggur aku tak de duit nak beli buku untuk di baca daripada bosan tatau nak buay apa. Nak kerja parents tak bagi. Bila akhir tahun adik adik sibuk nak membeli peralatan sekolah aku pon menyibuk sekali.

Selepas merengek rengek bak buku akhirnya dapat lah sebuah harga bawah 15 hengget. Yahooo..

Ni buku last aku mintak ayoh belikan. Lepas ni tak mau mintak duit mak ayah lagi. Insha allah..

Tajuk buku ni..bagaimana akhirnya aku bernikah.. tanjat ayah aku masa membayor tengok tajuk buku.. hahaha.

Papepon..buku ni best. Setiap orang bertemu jodoh macam macam cara. Yang pelik pelik pon ada. Alhamdulillah berkahwin jugak mereka. Aku nanti camne lah agaknya..asyik dipermainkan jer..hehehe..


Monday, January 25, 2016

Rak kotak


Assalamualaikum..

Bilik aku di Lj dah disediakan sebuah almari tapi partition dia tak banyak memandangkan pakaian aku yang terkumpul di sini makin menimbun. Buntu achik ni haĆ a nak susun pakaian.

Oleh sebab setiap kali beli barang selalunya kami masukkan dalam kotak, berlambak lah kotak kat rumah ni. So i came up with the idea untuk buat rak menggunakan kotak.



Taraaaaa.. ni lah hasilnya yang tak seberapa. Tersenget senget dah kotak tu.

Ada jugak aku buat rak untuk isi buku buku. Tapi tak tahan lama sebab buku kan berat. Runtuh dah rak buki tu. Yang ni jer bertahan. Sesape yang duk hostel rak tak cuku dalam loker boleh la cuba idea simple cenggini ni ha. Tak derlah berterabur sangat barang.

Ok. Selamat mencuba

Saturday, January 23, 2016

Diberakkan cicak



Assalamualaikum..

Salah satu benda yang aku tanjat sewaktu awal awal aku datang LJ ni adalah saiz cicak kat sini masha allah punyer lah besor. Selalu jer buay tanjat aku semasa mandi nampak cicak duk keluar masuk melalui celah celah lubang dalam toilet. Almaklumlah kuaters lama banyak la cacat cela. Aku ingatkan biawak.. seriuosly macam anak biawak besor dia.

Orang sini panggil cicak tu budut.

Kussss semangat hakak tau tengok budut masa tengah mandi..

Paling aku tak menahan, merata rata budut ni berak. Bukan kecik tahik dia. Dah badan pon besor tahik pon boleh tahan besor lah.

Nak dijadikan cerita. Aku masuk ni dah 3 kali kena berak ngan cicak. Kali pertama masa tengah syiok syiok baca buku tetiba satu benda jatuh ngam ngam kena kaki. Nasib baik tahik keras.

Kali kedua..tengah baca buku jugak. Aku memang hobi kot bosan bosan baca buku malam malam sebelom tido. Tetibe setempek tahik budut jatuh atas rambut. Tak pepasal aku pergi mandi siap bersyampu tengah tengah malam. Dah la malam malam air kat LJ ni sejuk.. Kuang hajo budut tu. Huhuhu..

Dah kena 2 kali macam tu.. aku pon alih katil aku tak letak bawah lampu lagi. Alhamdulillah selamat nak lepak atas katil.

Kali ketiga..baru jer tadi siang kena. Tengah syiok syiok tengok tv sambil baring atas kerusi tetibe seketui tahik budut ngam ngam soi jatuh tepi muka aku..sipi sipi nak kena atas muka. Fuhhhhh nasib baik..

Aku pon tak faham lah pesal tak puas hati ngan aku la budut budut di LJ ni. Tak de la pulak aku ni gi lastik kerabat dorang. Huhuhu.. jangan sampai aku sula budut tu nanti.. huH!

Wednesday, January 20, 2016

Kamus bergambar


Assalamualaikum...

Semasa perjumpaan bersamaa ibu bapa akhir tahun lepas, ada ibu kepada my students suggest i used picture dictionary bagi murid tengok dan guna semasa kelas english. Aku kagum ngan ibu bapa yang cakna dengan pembelajaran anak anak. Ibu tu gitau, masa dia belajar dulu dia ada picture dictionary tu dan dia seronok belajar english. Me too. =) my mum also bought me a picture dictionary and we used dat book sampai terkoyak koyak.

Bagi menyahut cadangan ibu tadi, ticer pon bersungguh sungguh gi jedai buku cari picture dictionary dari ganu ke kl sampailah ke miri iols cari okey..


Dan hasil nya...
Tadaaaaaa...

Beberapa buah picture dictionary yang ticer jumpa. Nak cari yang cover kaler ijau tu ada 3 bahasa tapi semua kedai aku gi setakat ni tak jumpa.

Semua buku tu beli pakai duit sendiri jer. Lecturer aku pesan duit gaji yang cikgu dapat tak semuanya akan jadi milik cikgu. Kena spent some money to our students jugak. Jangan kedekut. Kalo kita jaga anak orang elok elok insha allah orang akan jaga anak kita elok elok jugak.

I hope my students will enjoy reading that books disamping tambah vocabs mereka. Yambooii..sungguh bercita cita tinggi ticer ni. Hehehe..


Tuesday, January 19, 2016

Bookworm


Jumpa gambor ni dalam facebook.
Semua yang dinyatakan kat situ ada kena mengena ngan aku kecuali perfume tu. Tak de la sampai nak pakai yang bau buku.

So kamu dapat tau kan serba sedikit about me berdasarkan gambor ni.

Monday, January 18, 2016

Tukar

Aku send gambar ni kat group family. Cakap takde perpindahan kemasukan ke ganu. Sekali dapat respon dari pakcik makcik aku.


Betol jugak tu. Mak aku pon pesan bagi sah jawatan dulu baru boleh apply pindah. Nanti payah nak urus pengesahan jawatan kalau nak pindah pindah ni. Kakros cakap dalm 2 3 tahun selalunya dah dapat sah jawatan.

Ni dah masuk tahun kedua aku di LJ. Alhamdulillah so far okey jer duk sini. Tak de masalah pon. Saje jer lah aku usulkan gambor tu ke family.

Dorang jugak pesan selagi belom kawen jangan pindah. Time cuti tak balik pon tak pe. Suruh aku pergi berjalan tengok tempat orang. Nice idea..


Sunday, January 17, 2016

Nona



Tengah tengok Nona tv3 ngan kaksa n kakros.

"Rancangan nona ni memang tunjuk ceriter orang kaya kaya je ke?"

Kaksa jawab.

"Yela..kalo kaya raya tunjuk kat nona. Kalau bercerai berai tunjuk kat melodi. Kalau miskin sedih sedih barulah masuk bersamamu"

Hahahahaa.. betol jugak tu kata kaksa. 

Note 4


Assalamualaikum..

Kenapa aku pilih samsung galaxy note 4 instead of iphone 6?

Sebelum aku beli fon ni, aku dah buat research terlebih dahulu antara beberapa buah fon. So pilihan terkhir antara 2 henfon ni. Oh ya! Sebelum tu aku nak gitau. Aku akan ceritakan dari aspek penggunaan aku di dalam hutan belantara ni. Kalo ada sesiapa yabg ter google nak cari tentang henfon tetibe end up jumpa entry ni, aku mintak maaf lah yer. Ni personal thinking aku jer tentang perbezaan fon.

Okeylah. Back to the topic. Kalo diikutkan, mampu jer nak beli iphone 6 or iphone 6 plus pada waktu tu. So lama aku pikir patut ke tak patut aku amek yang tu.

Last last aku rasa tak patut.
Kenapa?

Sebab dalam hutan iphone payah tarik line wifi sekolah. Cikgu sekolah aku ada sorang pakai iphone. So dah ada orang yang experience those things.

Kenapa aku pilih note 4?

Prosessor dia laju. Tambah pulok dia 4g. Skrin besor. Pastu kalo wifi sekolah lembsss or tak de coverage, aku boleh main lukis lukis. Boleh save notes boleh buat diary, editing picture. Memang aku suka lah bab editing n tulis diary ni.

Setiap kali bosan, kenkadang aku bermonolog sensorang atau aku terpikir tentang sesuatu. Contohnya seperti sekarang tetibe nak cerita kenapa aku pilih note 4 sedangkan kenkawan aku ramai pakai iphone baru nampak stylo n up to date. Ni aku taip n save kat note dulu sementara tak de line wifi. Nanti ada line aku up la kat blog.


Pandangan aku lah kan. Iphone sesuai pakai kat bandor je yang ada coverage kuat 4g gittewww.. kalo setakat sendu sendu jer line tenet, tak yah lah nak pakai iphone.


Sekarang kat sekolah dah ramai pakai samsung galaxy note termasuk cikgu yang aku citer pakai iphone tadi pon dah tukar note.

Yang aku terkilan. Seminggu lepas aku beli note 4, samsung galaxy note 5 pon keluar. Hahahaha.. sadis kan.ok sekian terima kassih. 

Tips travel: bonjela


Assalamualaikum..

Selalunya bila travel mesti kita akan kurang minum air dan mengakibatkan dehidrasi pada badan. Biasanya akan jadi ulser dalam mulut. Sebagai langkah berjaga jaga make sure korang bawak bonjela masa travel.

Kalo kena ulser time bercuti memang tak selesa. Nak makan seksa  nak bercakap ngan orang pon seksa. Huhuhu...


Nin diaaaa..

Rasa dia macam ubat gigi. Cuma calit dan sapu pada ulser. Insha allah 2 3 hari kuranglah ulser tu. Banyakkan minum air. Bawak je botol air kehulu kehilir masa travel. Kenkadang aku rasa macam cool lah bawak air di tangan sambil jenjalan.

Nak try jadi cool..bawaklah air mineral selalu

Tuesday, January 12, 2016

Air kencing



Assalamualaikum..


Salah satu perubahan yang aku rasa sejak tinggal di lj adalah kurang munum air. Bila badan dah biasa minum air kosong hampir 3 liter setiap hari tetibe mai sini kurang minum air, terasa sangat perubahan tu pada badan. Bibir jadi kering, kulit kesat , berak tahi keras dan air kencing jadi kuning.

Salah satu tanda kita kurang minum air putih boleh tengok pada warna air kencing. Paling elok kaler putih. Dulu sokmo bawak botol air herbalife 1liter minum air gi kelas. Bila kencing jadi jernih jer. Tapi sekarang nak minum air kasi cukup 1 liter pon payah.

Sumber air di LJ mai dari air bukit. Kenkadang air jadi keruh macam air tea peng. Pokoknya air tak bertapis klorin dan kurang bersih la. Setiap kali keluar ke bandor mesti beli sesiap stok air minuman 2 3 kotak. Rindu la dulu masa kat maktab gi tesco borong air mineral botol besor 5 liter tu. Murah nauuu air mineral cap tesco.

Ada beza tau kalo minum air mineral ngan air minuman. Rasa ai mineral lagi sedap berbanding air minuman. Tak caya?? Nanti gi try beli dan rasa sendiri..

 Nak kasi teka teki sket.


Macam mana nak beza botol air mineral ngan botol air minuman??


Haaa.jawab ler..


Dah??


Jawapan dia boleh tengok pada penutup botol. Kalo air mineral penutup dia mesti bewarna. Kalo air minuman penutup dia kaler putih jer.


Pesanan aku. Minum la air putih lebih daripada 3 liter setiap hari. Terutama yang berbadan besor nak kurangkan berat badan. Haaaa.. minum air banyak banyak kasi kencing banyak dan keluar lemak lemak tu. Tak caya? Try dulu baru tau..

Sunday, January 10, 2016

Jangan main main

Assalamualaikum..


Ntah ler.. tak tau sape yang betol betol bersungguh. Payah nak percaya lelaki. Aku rasa macam main main jer semua. Penat la macam ni. 

Bagi aku..

Action speak louder than words. 

Tu jer lah.. daripada rosakkan hati untuk percaya kata kata..


Saturday, January 9, 2016

Allah lebih tahu

Assalamualaikum..

Kalau ikutkan hati nak jer aku luah segala benda kat blog memandangkan ni kan personal blog. Tapi aku pikir panjang jugak. Buat apa nak luah segalanya kat manusia. Tambah plak ni media sosial. Nak kasi 1 dunia tahu buat malu jer.

Sejak masuk LJ buat aku belajar yang kita hanya perlukan tuhan sentiasa untuk kongsi segala galanya. Selalu monolog dalam bilik dengan allah kadang dalam sujud. 

Kalo kita citer masalah kat manusia, kadang kadang mereka tak faham dan tak dapat tolong. Betol tak?


Elakkan buat luahan perasaan di laman sosial especially perempuan. 


Okey..


Thursday, January 7, 2016

Ujian

Assalamualaikum..


Kenkadang aku sokmo jugak merenung masa depan kenapa banyak ujian tuhan bagi kat aku. Selalu berjauhan ngan family dan kawan kawan. Asyik merantau je. Pastu duk pulak pedalaman yg serba kekurangan. Pernah aku ngadu kat ruby. Katanya hanya orang yg mampu je tuhan bagi ujian gitu. Cer bayang kalo xxx yang duk tempat awak. Betol jugak tu apa ruby kata tu.




Sunday, January 3, 2016

Siap sedia

Assalamualaikum..

Sambil sambil tunggu transport datang sempat aku update blog sebentar. Rehat jap. Nanti nak kena tempuhi perjalanan panjang 7 8 jam laluan balak. Get ready la sakit sakit badan besok pagi. Hahaha. Dah ready salonpas dah nak pakai malam ni.

Barang barang pon dah siap bungkus. Memanh setiap kali keluar atau masuk Lj kena bungkus plastik sebab jalan yang berdebu atau hujan. Kan lori balak duk lalu kalo x bungkus berdebu betol lah nanti walaupon belakang hilux dah bungkus jugak. Langkah keselamatan baik bungkus jgk lagi barang tu.



Oh ya!

Malam ni sampai LJ. Esok nya sekolah. Rumah tinggal sebulan lebih nak kena kemas malam ni. Banyak benda nak kena settle oiiiii... esok tak sedia lagi aku nak ngajor. Buat aktiviti berkenalan jela walaupon dah kenal. Hahahaha..


Saturday, January 2, 2016

Hikmah umur tua

Assalamualaikum...


šŸ‘³šŸ»HIKMAH UMUR TUA

Mengapa bila meningkat usia, byk perkara yg digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yg Allah takdirkan dgn mata hati supaya kita dpt muhasabah diri. Contoh2 yg diberikan.


SATU •
Bila tua, keinginan utk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbykkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.


DUA •
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap.
Hikmahnya : Bangunlah utk berkiamulail, mengerjakan solat2 sunat spt tahajjud, solat taubat & lain2. Brgkali sewaktu muda tdk pernah melakukannya, maka Allah bg peluang utk melakukannya sblm berakhir usia.


TIGA •
Bila tua, sdh tdk gemar menonton tv. Tdk lg ada rancangan  tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yg terluang itu, perbykkan membaca AlQuran. Mgkn sewaktu muda tdk pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah utk khatam, paling tdk pun sekali setahun.


EMPAT •
Bila tua & sudah bersara, byk waktu lapang. Byk waktu senggang. Anak2 sdh dewasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita blh mengurus masa dgn lbh bermanfaat. Sisa2 usia yg Allah pinjamkan blhlah digunakan utk hal2 berfaedah yg manfaatnya blh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Bykkan menghabiskan masa berkorban keluar ke jalan Allah.. buat usaha maqami, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.


Wallahualam. Sekadar berkongsi.

***di copy dari fb prof dr. Muhaya.

Haa aa laa... terasa sikit la diri ni dah tua. No 1 2 3 dah berlaku..so elok lah ikut hikmahnya tu. Insha allah...


Friday, January 1, 2016

Malam new year

Assalamualaikum..

Semalam bosan giler cam krik krik sangat sensorang dalam bilik. Yang aku heran pehal tak de sape nak wasap aku time tu or call? Heran sungguh aku.. hahaha

Nak jer aku masuk tido. Tapi kang jadi macam moknik plak tido tahun 2015 bangun bangun dah 2016..


Aku bukak fb..sekali tertengok gambor ni.

Kuang asam betol.. perli aku ke apa ni?

Dah la aku tengah bengang campu stress hardisk aku tak leh nak read. Banyak harta karun dalam tu oiii. Yang penting fail dan dokumen kerja kerja di sekolah. Gambor gambor tu pon penting jugak.. buntu aku ni haa..

Maybe tahun baru kena mulakan kehidupan baru. Beli hardisk baru dan masukkan benda benda baru..

Entoh ler labuuuu..