Salam semua.
Dah seminggu kita berpuasa, kali ni aku nak buat diari ramadhan aku sendiri. Asyik tengok orang punyer jer, aku punyer diari macam mana.
5.00 pagi: Ni alarm yang aku set dalam henfon pinky tapi tak bangun pon. Bila masa alarm bunyi pon aku tak sedar.
5.20 pagi: Ada orang kol. Angkat fon. Oh~ Sweetnyer awak kerana masih kejut saya sahur. Bangun mamai-mamai dan tengok fon rupa-rupanya dah ada beberapa miscall.
5.25 pagi: Take time siket untuk betul-betul bangun. Roomate pon kejutkan aku lagi sekali sebab takut aku tertidur balik. Kemudian bergerak ke meja untuk buat sahur.
5.30 pagi: Ambil botol shaker Herbalife dan bergerak ke water cooler. 250ml air dicampur dengan 2 sudu F1 dan 1 sudu protein. Shake shake shake sampai puas hati. Minum. (tahun ni tahun pertama puasa dengan Herbalife).
5.40 pagi: Makan kurma, roti dan segala yang boleh dimakan sebelum azan berkumandang. Oh jangan lupa MINUM AIR BANYAK-BANYAK untuk mengelakkan hidrasi.
5.50 pagi: Stop makan dan minum. Kadang-kadang disebabkan kekenyangan aku terus tertidur lepas azan. Kadang-kadang bukakk laptop dan siapkan tugasan untuk dibentangkan pada hari tersebut. Macam sekarang ni lepas setle entry ni aku nak kena buat power point presentation untuk microteaching subjek Kajian Tempatan tajuk: kepentingan rumah.
Tidur sekejap.
7.20 pagi: Tergopoh gopoh bangun sebab dah lewat. Subuh pon lewat. -_-" tsk tsk tsk.
7.30 pagi: Mandi dan bersiap untuk ke kelas. Ambil masa banyak siket kat bilik air sebab penggunaan air waktu puncak membuatkan air keluar dari shower hanya satu jalur jer. Pastu kena berebut bilik air pulak tu.
7.45 pagi: Setle mandi tapi tiba-tiba nak iron baju demmmm..! Plug level 3 tak boleh guna dan aku bergegas berlari ke bilik Ruby di level 1 untuk tumpang iron.
7.55 pagi: Bersiap ke kelas. Masukkan barang-barang dalam beg kuliah. Kunci pintu dan berjalan kaki ke kelas. Jumpa beberapa orang semasa dalam perjalanan dan bertegur sapa.
8.05 pagi: Dalam kelas. Masih bertenaga untuk belajar walaupun kelas PJ kena bermain berlari-lari sana sini.
10.00 pagi: Habes 2 jam untuk kelas pertama. Sambung kelas kedua dan seterusnya.
11.30 tengah hari: Mata dah separuh terbuka. Hilang fokus. Sebab dah terbiasa makan dalam kelas semasa lecturer megajar jadi teringat-ingat nak makan honeystar atau keropok roda-roda atau asam atau minum air kosong. Emmm... mengantuk yer~
tiba-tiba Ruby panggil dari belakang. AZIE...!! Rupa-rupanya kepala aku dah terletak atas meja. Tak boleh jadi ni. Terus teringat nak kena try minum tea mix Herbalife untuk memberikan tenaga di bulan puasa ni. Tapi tak mampu beli lagi.
1.00 petang: yey! kelas dah habes. Tapi pukul 1.30 ada kelas lagi sampai 3.30 petang. Huhuhuhu....
1.30 petang: Tak pergi kelas sebab tertidur dan kadang-kadang kelas cancel maka sambung tidur.
4.00 petang: Bangun dan terus soat zohor. Jangan sampai terlepas zohor.
4.15 petang: Rehat jap sementara tunggu pukul 5 petang. Tertidur lagi. Bukan tidur tapi TERtidur.
5.50 petang: Terjaga. Alamak Asar tak solat lagi. Tiba-tiba terpandang honeystar atas meja. Telan liur. Pandang kiri terpandang mineral water Tesco. Nafsu jer semua tu. Terus pergi solat.
6.15 petang: Setlekan kerja yang tak setle seerti menanda kertas ujian murid-murid tuisyen, bukak blog JPP untuk update blog tapi entry semua separuh jalan sebab no idea, bukak blog shazika pon no idea jugak mau update apa. Hasilnya semua entry jadi draft jer.
7.00 malam: Tengok jam. Lambat lagi/
7.25 malam: Isi air 250ml dalam botol shaker dan masukkan 2 sudu F1. Kocak kocak kocak sampai puas hati.
7.30 malam: Azan berkumandang. Baca doa ngan roomate. Makan kurma, minum air kosong pastu aloe vera. Dan minum shake.
Atlit Malaysia yang ambil shake jugak.
7.40 malam: Solat maghrib dan bergegas ke surau untuk makan nasi. Surau maktab aku menyediakan makanan berbuka puasa.
S
edang makan, bersembang dan usrah.
8.40 malam: Solat isyak dan terawih.
10.00 malam: Selesai terawih.
10.30 malam: Rehat-rehat jap pastu TERtidur lagi.
12.00 tengah malam: Terjaga dari tidur. Bukak laptop untuk setlekan kerja. Bukak facebook tengok group ni tengok group itu. Kot-kot ada apa-apa pemberitahuan. Tiba-tiba terlekat di facebook.
12.30 pagi: Masih terlekat di facebook. Nak update blog masih no idea.
1.30 pagi: TERtidur lagi. pastu berterusan sehingga seminggu dah.
Jauhi katil!
Konklusi daripada diari ramadhan aku ni apa aktiviti yang kamu perhatikan banyak berlaku. Ya! TERtidur. Ni yang nak kena improve jangan bagi banyak tidur sangat. Kena jauhi katil. Bye!
No comments:
Post a Comment