Hujung minggu aritu aku balik umah sebab nak hilangkan stress kerja dan belajar. Banyak sangat tanggungjawab sampai tak tertanggung dah. Balik rumah nak releks-releks kebetulan Tok Ma aku datang rumah. Tau je Tok Ma ada kat umah terus aku pergi cari tiket nak balik. Lepas kelas ari jumaat terus gerak gi stesen bas Putra. Tapi hampeh betol tak sempat jugak nak berbuka puasa kat rumah.
Dan lagi sedih Tok Ma dah balik rumah dia dah. -___-"
Tok Ma duk seminggu kat rumah aku dan umah Su (mak sedara aku). Dia cakap tak ramai orang dah. Nanti tunggu semua cucu-cucu ada baru dia datang lagi. Ke mana semua cucu-cucu dia?
Aku ke Kuala Lumpur
Joyah ke Kedah
Zura ke Kelantan
Mirul ke Johor
Mira ke Pahang
Najmi ke asrama
Alif ke Tahfiz
Jadi yang tinggal kat rumah semua yang kecik-kecik jer.
Aku balik hujung minggu tu pon rasa sunyi. Masa berbuka puasa tinggal aku, mak, ayah, najmi dan Wawa. Adik aku lagi 2 orang berbuka kat rumah Tok Wan. Bayangkan kalau aku ngan Najmi tak de. Tinggal mak, ayah dan Wawa jelah. Lepas berbuka terus aku meseg Zura dan Joyah.
" Buka puasa arini tinggal aku, mak, ayah, Najmi dan Wawa. Kalo aku ngan Najmi balik asrama tinggal mak, ayah dan Wawa je la".
Tu lah. Anak ramai-ramai pon akan tinggal beberapa orang je nanti kat rumah. Bayangkan kalau yang anak siket. Lagi sedih kan. Aku ni memang sejak umur 13 tahun tak pernah dapat puasa penuh kat rumah. Balik pon dekat-dekat nak raya je. Lagi satu, cuti budak maktab tak sama ngan cuti budak U atau kolej lain. Bosan jugaklah nak gi jalan-jalan tak berteman. So yang jadi mangsa adik aku 2 orang ni la. Yang besor-besor semua tak de.
Kadang-kadang aku terpikir, kalau aku ada anak nanti tak maulah hantar anak-anak pergi boarding school. Aku sendiri dah merasainya dah hampir 10 tahun berjauhan ngan family. Nasib baik hubungan aku dan adik-beradik yang lain masih rapat. Lagi 2 minggu aku balik rumah lagi. Cuti 2 minggu sempena PBS dan raya. Uuiiiii tak sabau rasonyo.
Cuti sekolah haritu semua konvoi balik rumah Tok Ma dan mandi sungai.
No comments:
Post a Comment