Assalamualaikum semua. Macam mana dengan puasa kamu? Kali ni aku nak share satu lagi buku yang aku dah baca. iaitu LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH). Ramai yang dah tahu kan tentang kandungan buku ini. Berseuaian dengan tajuknya.
Baiklah. Aku nak share pengalaman aku sendiri kesan dari aku baca buku ni. Aku dah beli buku ni dah lama dah. Tapi dah lama beli baru nak baca. Kenapa? Masa aku sangat-sangat bersedih kerana bermasalah dengan kekasih hati (ceceh...) aku terpandang buku ni dalam kotak buku-buku. Aku ambil baca sehelai demi sehelai muka surat. Kemudian aku menjadi lagi semangat untuk lupakan kesedihan tu. MasyaAllah! Rasa macam memperbodohkan diri selama ni bila kekasih dah tak cinta kita terus bersedih. Padahal ada yang masih cinta kita sayang kita iaitu Allah.
Tajuk-tajuk dalam buku ni pon best. Antaranya:
- Ramuan kebahagiaan
- Wirid pagi hari
- Bekerjalah kamu (yang ni aku paling suka)
- Jangan marah
- Cubalah untuk semtiasa berlapang dada
Buku ni kecik jer boleh muat masuk hand bag. Harga RM 9.80. Topup sepuloh hengget boleh beli, belanjalah sikit untuk dapat ilmu. Buku ni boleh beli kat mana-mana kedai buku.
Jom sama-sama menjadi muslim yang berilmu.....
"Wanita yang bijak adalah wanita yang sering mencari ilmu, bertanya jika tidak pasti seperti wanita Muslim awal terdahulu. Mereka berani bertanya supaya mereka faham mengenai agama dengan lebih lagi, bukan hanya ‘mengikut’ apa yang telah dilakukan orang lain."
Jom sama-sama menjadi muslim yang berilmu.....
2 comments:
nak kene cari gak ni..huhu..btw dh follow awk
thnks ikhmal...salam kenalan :)
Post a Comment