Minggu ni aku sangat sibuk. Kelas bermula awal pagi sampai ke petang. Malam pula kena handle pelajar baharu untuk orientasi.
Hari selasa haritu aku dan ahli JPP dan lain telah menerima watikah pelantikan setelah dah 3 bulan kami bertugas.
Agak lewat tapi alhamdulillah sambutan hari guru dan watikah pelantikan yang diadakan serentak pada majlis perhipunan rasmi bulanan dah berjaya diselesaikan.
Exco aku penerbitan kena setlekan pasal video. Aku bersyukur dapat AJK yang mahir dalam bidang video. Terima kasih sangat-sangat. Pada hari kejadian tu aku ngan aqma cuak giler sebab video yang uciss dan fikri buat belum complete sepenuhnya. Tapi alhamdulillah sempat siap. Bila ditanyangkan semua orang macam terpegun Wohaaaa...!! Sampai tertanya-tanya siapa buat tu?
[nanti kasi link video]
Kemudian gimik pelancaran memang best. Secara keseluruhan best dan pengalaman pertama aku menguruskan majlis penting macam ni.
Penat???
Memang penat giler. Aku ngadu kat mantan JPP. Dorang kata ni baru permulaan. Nanti bila ada event penting yang lagi besar lagiiiiiiii penat. Fewwww T___T"
Aku kutip semua ni sebagai pengalaman. Banyak aku belajar sekarang. Aku dah polish guna adobe photoshop untuk buat poster. Nak tengok latest poster aku buat. Ni ha...
Biasa jer. Sedang dalam proses belajar lagi.
Kemudian aku rasa tak best bila kena handle orentasi. Aku budak second in take. Tak de pengalaman orentasi. Sob3~ tumpang orentasi junior baru je la mampu.
So, aku tatau sangat pe aktiviti semasa orentasi dulu. Tapi kenapa orang tak suka eh kalau orentasi? Bagi aku orentasilah benda permulaan nak tengok kita kental dan kuat mental dan fizikal untuk tempoh kehidupan seterusnya di tempat baru.
Aku dah kata dulu aku tak mahu selama 5 tahun setengah aku kat maktab ni aku juz jadi student biasa je. Aku mahu kutip pengalaman sebanyak mampu sebagai bekalan nak gi sekola nanti.Dan ada lagi satu sebab. Sebab DIA..!