Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Sibuknya kau...eleh!


Assalamualaikum semua.. apa khabar? lama tak menyapa di laman sendiri. Aku harap semua readers sehat-sehat semua. Ambil pemakanan yang sehat untuk badan anda yek. Baiklah. Back to the topic. Bulan lepas aku sangat sibuk ada beberapa perkara aku kena buat serentak sampaikan memang aku rasa nak pengsan tambah pulak ada masalah emosi dalaman yang tak setle sejak awal tahun. Perkara apa yek yang banyak sangat kau nak kena setle tu azie oi? Meh aku reveal sekarang.


Yang pertama. Sejak bulan 3 haritu aku dah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) untuk biro Penerbitan maktab aku . Kalau nak ushar blog JPP maktab aku boleh klik kat sini. So, ada lah beberapa event yang aku kena attend macam kem kepimpinan. Memang aku nak ubah diri sendiri untuk jadi pemimpin. Insyallah i'll do my best. 


Yang kedua. Dah sebulan aku wat kerja part time. Kerja apa? Jadi cikgu tuisyen. Memang penat nak layan kerenah pelajar walaupon student aku tak sampai pon 10 orang tapi sebab aku nak dorang pon dapat 5A dalam UPSR macam aku, aku try sedaya upaya tolong mereka. Aku ingat balik apa yang cikgu-cikgu aku ajar dulu dan tanya member-member sekolah rendah apa yang kami belajar masa UPSR dulu sebab aku pon lupa jugak sket-sket. Selain tu aku praktis cara nak mengajar. Yela, aku cuma tinggal lagi 2 tahun kot. 


Yang ketiga. Aku dah banyak post sebelum ni pasal HERBALIFE.! Misi aku nak bantu orang sama nasib ngan aku. Aku dah try makan herbalife dan dah tengok dan dengar sendiri testimoni daripada ramaaaaiiiiii orang. Unbelivable sangat-sangat. So bulan lepas jugak aku pergi event Herbalife seterusnya extravaganza Singapore. Aku ke sana bukan nak melancong pon kalau tak mesti aku dah tayang gambar kat universal studio. huhuhuhu. Its okey. Aku gi sana sebab nak belajar.


Yang keempat. Bulan lepas jugak aku exam! Ya rabbi. Aku pon tatau la pe jadi ngan result aku. Yang pasti aku dah try semampu aku untuk exam kali ni. Memang study macam biasa last minit. Siapa suruh kan. Pastu ngan kerja yang sampingan yang sendiri cari pasal. Tapi tak kisah pon yang penting aku dapat pengalaman. Itu yang aku nak. Memang selama sebulan tu boleh kira berapa kali je aku tidur kepala duk atas bantal. Yang lain tertidur ntah bantal ke mana selimut pon tak. 


So yang kelima. Aku ada personal problem. Tu jek. Hahahahaha. takkan nak sedey kot. Luar aku nampak relex tapi dalam aku ngan Allah je yang tahu. Aku pon tatau pe salah aku masing-masing nak cari kehidupan so, juz let it be. Dan bulan 5 jugak aku dapat surat dari PTPTN aku kena bayar RM 28K ! Giler kau kan. Tapi aku asa dalam RM5-6K je kot kena bayar balik sebab aku guna duit tu untuk satu semester jek. So, dats why aku sibuk membuat part tyme dan salah satu sebab aku join Herbalife. Takkan nak harap duit mak ayah lagi kot. Sendiri guna sendiri bayar lah weyyy...


Akhir kata kepada kawan-kawan aku yang bermasam muka ngan aku sebab aku selalu sibuk dan pergi kerja part time pastu pergi Singapore tak gitau aku mintak maaf banyak-banyak. Pastu blog terbengkalai tak update. Sekarang aku faham kenapa ramai blogger stop blogging dan jarang update dah blog. Sibuk ngan kehidupan realiti. That's the answer. Now u got it. Okey. Bye


Sunday, June 3, 2012

Ewwwww.. Lelaki pakai pink



Merah jambu atau pink biasanya lebih sinonim terhadap perempuan. Mindset kita sejak dari masih baby lagi dah dipengaruhi pink tu hanya untuk perempuan. Mak-mak yang baru lahirkan anak mesti akan beli baju pink untuk baby girl dan baju biru untuk baby boy. Pastu kalau yang nak gi melawat newborn baby pon akan berfikiran sebegitu. Jadi jangan salahkan aku kalau aku suka kaler pink.


Tapi.... Kalau lelaki pakai pink?? Salah ke derrrr..


Pada pandangan aku lelaki pakai pink tu BERANI. yela. berapa kerat je lelaki yang sanggup pakai baju pink. kepada lelaki yang baca entry ni ce cek dalam almari kamu berapa helai baju warna pink? Atau yang lagi berani siapa yang ada seluar kaler pink? Erkkkk..Yang tu lagilah berani. -_-"


Kalau cikgu pakai baju pink semasa mengajar mesti cikgu ni cool je kan. Gambar ambil dari blog member aku yang suka ngat pakai kemeja pink. Sampai kasut sport pon ada kaler pink. Wohaaaaaa! Di bukan lembut tapi jambu. (nado aku cilok gambar ni)


Kebanyakkan lelaki MALU untuk pakai baju pink. tak hilangnyer macho kalau pakai pink bang oi. Tapi janganlah sampai over giler pakai pink dari atas sampai bawah pink jer semua. Tu memang saja-saja cari pasal laaa kan.


Dalam satu servey yang aku baca pandangan tentang lelaki yang memakai baju pink, perempuan mengatakan hal ni adalah normal. Ada jugak lelaki yang tak kisah kalau lelaki memakai baju pink atau kasut pink. Nak tayang siket printscreen daripada severy tu.





So, apa pandangan kamu pulak tentang lelaki dan pink. Bagi aku mereka adalah berani. Kamu pula bagaimana? Warning eh Lelaki yang tak gemar lelaki lain pakai pink tak yah la nak bahan lelaki. Tak perlu nak euwww euwww sangatlah kan. Ce kau try dulu pakai baju pink. Mesti kau rasa cooool man. Kalau berani, try lah... hehehehe



Eh.. tetiba teringat ada gambar ni. See. the pinky guy. IMY. 


pi es: entry ni cuma pendapat aku jer berkenaan lelaki dan pink. Aku memang fanatik pink tengok jer la blog aku pon kaler pink. Maybe bagi sesetengah orang yang tak suka pink tu anggap euwwww pada lelaki dan pink. So, pandangan masing-masing berbeza. Lelaki yang tak pernah pakai pink tu tak cukup berani tambah-tambah kalau mengata lelaki lain yang pakai pink. Hahahaha


Konklusinya: lelaki pakai pink tu comel dan berani. Real men wear pink. okey.