Saturday, June 23, 2012

Gelombang hijau (bukan berbaur politik)


Salam semua.. 

Memandangkan semester lepas aku rasa agak relexsss walaupun berjawatan sampaikan aku pernah berkata kepada Ruby (dia pon bekas JPP).


Aku: Awak, kenapa saya rasa tak macam bizi sangat macam awak dulu eh?
 (bukan aku gedik nak berbahasa saya awak ngan ruby, aku memang cakap saya awak ngan dia )

Ruby: ummm..belom tiba masanya lagi tu. Awak tunggulah nanti.


Dan, baru je start hari pertama dan minggu pertama semester baru dah menunggu aktiviti-aktiviti dan program. Wohaaaa..!! Bulan Jun dan Julai dah FULL..!! Hambek kau. Tadi tertanya-tanya sangat. So, kemarin dah start satu program iaitu IPG Lestari, menghijaukan kawasan kampus aku ni ha. Kemarin tema kaler hijau sampai pelajar, lecturer dan staf ramai pakai hijau termasuk aku.


Gambar kabur la pulok.


Pastu ada aktiviti tanam pokok. Aku tak gi menanam sebab lapor giler masa tu aku gi melantak roti canai kat cafe. Hari tu jugak ada jualan. Aku rembat satu beg kaler pink dengan harga RM1 jer! dan dua buah buku second hand (orang dah guna) dengan harga RM1 (selepas nego ngan pengerusi persatuan puteri islam). 


Disini lah aku menghabiskan RM2 membeli barang yang aku terang tadi. Pengerusi tak de dalam gambar rajah.


Yang paling aku kagum adalah semasa menderma darah. Ramai sangat yang sanggup tunggu untuk derma darah dorang. Aku teringin gilerrrrr nak derma darah tapi underweight so tak leh nak buat apa lah kan. Tunggu aku gain weight dulu (in progress) bila dah ideal weight baru boleh derma eh.



Cuma ada lapan je kerusi katil. Yang kat tepi tu bukan saje-saje tengok. Dorang tengah tunggu turn nak derma darah. Gigih betol mereka tunggu. Yang sedang beratur untuk mendaftar lagi ramai. Bulan depan nurse kena datang bawak banyak sket eh kerusi katil. 8 tak cukup ni nurse.


Begitulah ceritanya. Minggu depan ada lagi aktiviti. Blog aku ni berkisar tentang lifestyle aku, Sajelah nak cerita kisah kehidupan aku untuk tatapan di masa tua nanti. Kalau kamu tak ada blog lagi better buat satu blog lepas baca entry ni. kalau yang dah ada tu update pasal kehidupan kamu. Tak de orang baca pon tak pe sebab kita bukan glamour macam retis. Tu je. Okey. Bye.



No comments: