Hye semua.. aku AZIE. Oh.. Hampir seminggu tak ber-update. Sekarang aku sedang ber-holiday di rumah aku yakni kampung aku la kat ganu. Aku ganu kat Marang. Ade sape-sape orang Marang jugak kat sini? Angkat tangan... Oooooo...
Oleh sebab kami budak maktab cuti seminggu sempena depavali, jadi peluang gini kita balik kampung la kan. Dan kebetulan member aku si Ruby ikut aku balik ganu jugak, Saje jalan-jalan cuti-cuti Malaysia kat ganu.
Unexpected things... Aku drive dari rumah sampai pantai Kelulut, Marang. Ruby lah paksa jugak aku bawak. Ok. Pastu ase lah siket confident untuk drive. Walaupon beberapa kali kena hon dari belakang, akhirnya selamat jugak aku drive.
Bukti aku drive. Ruby jadi co-pilot sambil makan keropok .
Kat Pantai Kelulut ni tak de orang lepak sangat. Kalau nak ramai orang selalunya kat Pantai Batu Buruk. Aku perhatikan sekarang budak-budak remaja dah pakat naik fixie warna-warni. Kaler masing-masing nak terang neon bagai. Bagoslah daripada dorang merempit kat tepi pantai petang-petang kan. Aku nak drive pon ase gerun. Bagos jugak wujudnya basikal cenggitu.
Keesokkan harinya aku bawak Ruby ke Taman Tamadun Islam (TTI). Plan nak masuk tengok monumen tapi TAMAN MONUMEN TUTUP SETIAP SELASA. Ingat.. Kalau nak gi taman tamadun nak tengok monumen jangan pergi hari selasa.
Lokasi seterusnya adalah muzium negeri terengganu. Secara jujurnya aku gitau, ase asenya aku pertama kali tengok batu bersurat. Yang selalu tengok adalah replika batu bersurat kat bulatan batu 6.
Tak boleh tangkap gambar dalam muzium. Mak guard tu tanya bawak kamera tak. Aku tipu kata tak. Aku tak bawak keluar lah kamera. Padahal tangkap jugak gambar pakai galaxy tab. Apalah makcik ni. Zaman dah canggih tak bawak kamera pon henfon ade je kamera. Tapi fon aku tak de kamera cuma ada lampu suluh.
Aku di hadapan muzium.
Lepas tu kami ke Pasar Payang. Dah petang masa tu jadi kedai banyak dah nak tutup. Ruby nak beli telur penyu. Aku tak sampai hati nak makan telur penyu kesian. T__T
Oh ya! Jangan lupa saksikan perlawanan bola sepak Terengganu menentang Negeri Sembilan esok. Peteh ganu peteh. Tak gi stadium walaupon harga tiket dapat separuh harga dari kerajaan ganu pon tengok depan tv lagi clear.. (sori eh readers negeri sembilan ^___^)
8 comments:
cantik masjid kristal.minggu lepas pergi sana, tapi xsempat masuk..=(
wahh..jalan2 di terengganu ye..
seronoknya bercuti... :)
hee..seronok berjalan ye...sy belum pernah sampai terengganu lagi..hee~
Cantiknya masjid :)
terengganu, syuk just lalu2 je hehe..masuk ke dalam mcam gambar neh tak pernah lagi hehe
jangan takut drive..hidup kena berani
thanks azie bawak sy jejalan kat sne!! best sgt2!!! muaxx.. :D
Post a Comment