Sebelum aku diberi kebenaran untuk sambung belajar ke sekolah berasrama penuh (selepas UPSR) ayah aku dah letakkan syarat. Kalau mau masuk asrama kena bagi khatam dulu Al-Quran. Kalau tak jangan harap nak masuk asrama dan belajar jauh-jauh. Dengan bersungguh-sungguh aku mengaji Al-Quran walaupun terpaksa aku nak jugak khatam al-Quran. Alhamdulillah aku berjaya khatam al-Quran pada usia 12 tahun iaitu sebelum aku duduki peperiksaan UPSR.
Dan lepas keluar result dan ditawarkan masuk MRSM ayah aku terus bagi green light walaupun tempat aku nak belajar tu jauh dari mak ayah. 9 jam perjalanan dari terengganu ke Kedah. Bila aku berada dalam suasana asrama (sehingga saat ini) baru aku faham kenapa ayah aku suruh khatam al-Quran.
Sebabnya....
Bila aku tengok segelintir rakan-rakan yang sama-sama duk asrama sejak dari dulu sampai sekarang masih ada yang merangkak-rangkak baca al-Quran. Kita tak boleh nak salahkan mereka. Mungkin sebelum tinggal di asrama mereka tak diberi pendedahan tentang bacaan al-Quran. Alhamdulillah mereka dapat tinggal di asrama dan berkenalan dengan rakan-rakan yang dapat membantu mereka mengaji.
Ayat-ayat al-Quran juga sebagi pendinding kita. Sewaktu aku tinggal di asrama MRSM dulu banyak kes histeria. Kami ramai-ramai baca surah yasin dan ayat Qursi untuk kuatkan semangat. Dan sewaktu aku kena tindih semasa tidur beberapa kali. Alhamdulillah aku dapat membca al-Quran.
Dan...
Sekarang aku akui, aku dah jauh tinggalkan bacaan al-Quran. Ayah aku pesan selangkah kita tinggalkan al-Quran sepuluh langkah dia tinggalkan kita. Nasib baik setiap minggu akan diadakan bacaan al-Mulk kat asrama ni. Dulu masa kat MRSM setiap malam ada bacaan al-Mulk. Better lah kan daripada biarkan dada kita kosong dan terus jauh dari al-Quran. Kadang-kadang bila teringat aku ambil lah jugak al-Quran dan baca. Jahilnya diri ni. -_-"
7 comments:
bila sudah ada kesedaran itu sudah satu petanda bagus.. jadi, mulakan tindakan seterusnya
semua asrama mmg kene bce surah al-mulk ea?
dlu mse dok asrama pon kene bce surah tu jugak..
surah tu utk jauh dari azab kubur kan.
nidapink: iA kalau ada kesempatan akan berubah ke arah kebaikan lg.
ila: aritu sy terbaca kat satu buku dia kata surah al-MUlk tu sbgai peneman kita kat dlm kubur. kan masa tu kita kesunyian sorg2
bace Al-Mulk tu mcm da wajib kat setiap asrma kan? ^^
**honestly, abis skulh da jrg bace Al-Mulk T.T
btol3..kim slm kat ayh awk, ckp tahniah sbb pndai didik anak.. :) insyaAllah berjaya dunia akhirat..
saya setuju dengan lu azieeee. yeahhh
Post a Comment