Tadi semasa jawab exam Pengenalan Pengajian Sosial, aku dapat idea nak wat entry tentang tajuk di atas. Boleh pulak aku dapat idea tyme tyme cenggitu kan. Nak share apa aku rasa bila buntu tak tahu nak jawab apa sedangkan masa menjawab panjang lagi dan banyak lagi soklan aku tak jawab.
1. tengok kiri kanan depan belakang
aku tengok sana sini bukan sebab nak meniru. Saje amek idea nak karang esei mana ah tau kot-kot kertas orang tepi atau orang depan aku terbang dapat ah idea nak jawab kalau ter-pandang jawapan dia. Tu namanya rezeki kan.
Pastu kalau ushar orang sekeliling aku sedang jawab exam lawak giler kot. Aku gelak gelak kecil sorang-sorang. Hikhikhikhik... Agak-agak gitulah bunyik nya. Ada yang jawab sambil bersila atas kerusi, ada yang menyandar sedang fikir jawapan, ada yang pusing belakang teruih nak tengok jawapan orang belakang, ada yang baiki-baiki tudung, ada yang garu-garu kepala macam-macam perangailah.
2. Mintak kertas lebih dari pengawas peperiksaan
Saje nak psyko orang sekeliling bajet macam aku karang panjang giler je esei. padahal amek kertas saje nak main conteng-conteng sebab bosan sangat. Mana ah tau sedang aku conteng-conteng tu dapat idea nak karang esei.
3. Mula terbayang buku ngan nota
Aku ingat nota yang aku baca tu muka surat dia belah kanan, pastu ada lukisan katun-katun bekas aku conteng, kedudukan jawapan untuk soalan tu kat bahagian bawah tapi aku tak tau nak gitau macam mana ayat untuk jawapan tu. Eh.. kau faham tak apa aku nak gitau nih. Ha! tak faham? Lah, tolonglah faham. Aku tau jawapan untuk soalan tu ada dalam buku dan bahagian tu ada gambar-gambar. blablablabla....
Aku pon tak tau nak eksplain macam mana kat kamu. Dissapointed -_-". Ok lah aku nak sambung study. Esok last paper. Wish me luck !