Wednesday, February 23, 2011

Usrah dan perlakuan


 Alhamdulillah. Aku syukur sangat walaupon aku jauh dari family sejak sebelum baligh lagi sampai sekarang aku masih dapat di bimbing oleh orang-orang sekeliling aku. Masa belajar dulu ada program usrah setiap minggu.  Mesti kamu semua tak akan percaya kan aku pernah jadi naqibah dulu masa sekolah. Aku pon bukan lah kuat agama sangat tapi ntah kenapa aku jadi naqibah. Kawan aku masa tu Badan Wakil Pelajar exco Kerohanian minta aku jadi naqibah. Mungkin sebab penampilan aku dan perlakuan aku ni tak macam rupa nak jadi naqibah, ada member yang naqibah jugak tegur "Eh azi, kamu naqibah ke?" Sabor jerlah. Naqibah sesama naqibah pon tak kenal. Ya rabbi. Yang aku hangin nya, tyme buat keje ada naqibah yang liat buat kerja tapi bila bab nak gi lawatan naik Eye On Malaysia ramai pulak yang mengaku dia tu naqibah. Last last aku tak dapat gi. Sabor jerlah.


Bila aku masuk maktab perguruan ni, ada jugak program usrah yang dijalankan setiap hari selasa selepas Maghrib. Alhamdulillah ada orang bimbing aku dalam bab agama. Aku selalu bayang kalau aku duk U mungkin aku tak macam aku sekarang. Kawan-kawan, senior, naqibah dan junior-junior bantu aku belajar agama. Kamu kena belajar agama kerana akhir zaman ni ramai ulama dah meninggal. Nanti camne lagi kita nak belajar agama. Kawan kawan selalu tegur aku dalam pemakaian dan tingkah laku. 





Antara kawan di maktab


Contohnya kalau aku nak buang palstik aiskrim tepi jalan semasa sedang berjalan nak gi Downtown, tiba tiba ada suara kasar berteriak dari belakang " Cikgu! Perangai molek sket. Nanti kita gitau murid-murid jangan buang sampah merata-rata padahal cikgu pon buang sampah tepi jalan". See. On the spot kena tegur. Sukurlah boleh kawan-kawan cam ni. Kawan jugak mainkan peranan.

Nak seribu daya kan. Jadi, marilah kita mendekati orang-orang yang ada ilmu agama, jangan kita jauhi mereka. Manusia sekarang bab agama buat main-main. Jom sama-sama berubah. 

3 comments:

Aduka said...

alhamdulillah..brubah ke arah kebaikan tu sgt2 bagus..

zeeLa-AtiE said...

jom!

iqin.anak.ummi said...

nnti anak murid ske tngkap gmbo dlm lip ngn toilet..hee~