Sunday, February 27, 2011

Things to do

Ni jadual aku untuk semester ni. Tulis besar-besar kat white board siap tulis kerja nak kena buat. Tapi tak buat-buat lagi.



Nak kena hafal Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Dapat hafal dapat markah bonus.


Jadual di atas telah berubah. Penat kami 1 kelas ubah jadual tak mau bagi ada kelas hari jumaat. Dapat lah rehat sambil siapkan kerja sebab hujung minggu banyak aktiviti. Tiba-tiba kantoi ngan ketua jabatan. Terus hari jumaat kena ada kelas rujuk pada jadual asal.  Camne leh kantoi aku pon tatau. -_-" sigh

Saturday, February 26, 2011

Undilah saya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Ilmu Khas

Minggu ni aku sibuk ngan macam-macam aktiviti. Hujung minggu pon ada aktiviti. Semalam ada manifesto Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Kehangatan manifesto tak sehangat sewaktu aku di MRSM dan matrikulasi. Mungkin sebab tak ramai yang hadir. 

Mula-mula aku cadang nak amek jugak JPP tapi atas nasihat member aku, amira kat maktab Bainun tak yah la amek lagi. Lagipon aku nak pulun belajar dulu. Jeles ngan amira dapat 3.5 ke atas je setiap semester. Ceceh berlagak la kau azie nak amek JPP. Kerja pon malas buat. Aku pon hairan tak ramai yang minta mau jadi JPP. Ada jugak yang menang tanpa bertanding. Dan yang bermanifesto semalam tetap akan jadi JPP samada jadi ketua atau penolong. Takperlah, terasa jugak ada suasana pilihan raya.



So, mengundi je lah. Ada classmate aku jadi calon JPP. Tolong promote jerlah. Kepada pelajar IPIK, undilah Bob. Tarikh mengundi 28/2/2011.

pi es: bodben sampai limit -_-" jarang on9 tapi tetap akan update blog dengan penuh sabar walaupon line lembap.

Wednesday, February 23, 2011

Usrah dan perlakuan


 Alhamdulillah. Aku syukur sangat walaupon aku jauh dari family sejak sebelum baligh lagi sampai sekarang aku masih dapat di bimbing oleh orang-orang sekeliling aku. Masa belajar dulu ada program usrah setiap minggu.  Mesti kamu semua tak akan percaya kan aku pernah jadi naqibah dulu masa sekolah. Aku pon bukan lah kuat agama sangat tapi ntah kenapa aku jadi naqibah. Kawan aku masa tu Badan Wakil Pelajar exco Kerohanian minta aku jadi naqibah. Mungkin sebab penampilan aku dan perlakuan aku ni tak macam rupa nak jadi naqibah, ada member yang naqibah jugak tegur "Eh azi, kamu naqibah ke?" Sabor jerlah. Naqibah sesama naqibah pon tak kenal. Ya rabbi. Yang aku hangin nya, tyme buat keje ada naqibah yang liat buat kerja tapi bila bab nak gi lawatan naik Eye On Malaysia ramai pulak yang mengaku dia tu naqibah. Last last aku tak dapat gi. Sabor jerlah.


Bila aku masuk maktab perguruan ni, ada jugak program usrah yang dijalankan setiap hari selasa selepas Maghrib. Alhamdulillah ada orang bimbing aku dalam bab agama. Aku selalu bayang kalau aku duk U mungkin aku tak macam aku sekarang. Kawan-kawan, senior, naqibah dan junior-junior bantu aku belajar agama. Kamu kena belajar agama kerana akhir zaman ni ramai ulama dah meninggal. Nanti camne lagi kita nak belajar agama. Kawan kawan selalu tegur aku dalam pemakaian dan tingkah laku. 





Antara kawan di maktab


Contohnya kalau aku nak buang palstik aiskrim tepi jalan semasa sedang berjalan nak gi Downtown, tiba tiba ada suara kasar berteriak dari belakang " Cikgu! Perangai molek sket. Nanti kita gitau murid-murid jangan buang sampah merata-rata padahal cikgu pon buang sampah tepi jalan". See. On the spot kena tegur. Sukurlah boleh kawan-kawan cam ni. Kawan jugak mainkan peranan.

Nak seribu daya kan. Jadi, marilah kita mendekati orang-orang yang ada ilmu agama, jangan kita jauhi mereka. Manusia sekarang bab agama buat main-main. Jom sama-sama berubah. 

Monday, February 21, 2011

Reben tak la besar sangat

Orang kata pakai reben atas kepala nampak KIUT.



Okey. Sedang try klipkan reben atas kepala. Dulu masa kecik-kecik mak taruk kat rambut. Bila dah besar aku taruk kat selendang. Kreatif rupanya manusia zaman sekarang kan. Aku pon teriku-ikut.




Peace. peace. Camne? Besar punyer reben aku letak. Ala-ala Fatin Liyana tak? Aku hard fan FL okey.

 


Mana mau carik reben reben gini?Yang ni aku beli kat jalan TAR. Berlambak kot orang jual aksesori comel comel gini kat jalan TAR. Tudung selendang semua tak payah nak cerita. Macam macam jenis ada. Harga pon berpatutan berbaloi baloi. Cuma kena ada duit. Tak de duit tahan nafsu cuci mata jela.


Saturday, February 19, 2011

My mum vintage handbag


Oleh sebab  gaya vintage menjadi semakin popular dalam kalangan gadis-gadis sekarang, aku pon teringin nak ber-vintage. Padahal gaya vintage ni dah berpuluh-puluh tahun dulu orang pakai tapi di up-to-date kan balik gaya tu oleh muda mudi zaman sekarang. Yang menjadi trend sekarang adalah dress, high heels, dan handbag. Jadi, aku pon tanya mak aku kot-kot dia ada handbag yang zaman dulu-dulu yang masih dia simpan. Yesss! Mak aku masih simpan handbag cap Santini petak elok je taruk dalam plastik. Kulit dia pon masih okey. 




Sangat suka bila dapat handbag ni. Hari tu adik aku kol dia gitau mak cik aku ada beberapa handbag ala-ala vintage style. Dia rembat sampai 4 beg. Cisss! Tunggulah aku balik rumah nanti aku curi-curi bawak balik KL.


So, kamu cuba la tanya mak atau makcik-makcik kamu kot-kot mereka ada simpan lagi handbag zaman muda mudi dulu. Daripada simpan dalam almari macam mak aku tu baik bagi kat anak-anak pakai kan. 


Wednesday, February 16, 2011

Tumblr Shazika Shahrim


Ha! Kalau sudi singgahlah tumblr saya. Shazika Shahrim. Ish ish ish tak habes habes nak guna nama shazika shahrim. saya rasa macam ah kelasssss gitu pakai nama shazika shahrim. Walaupon tu bukan nama real saya tapi memberi makna buat saya. Kenapa pakai nama ni? Ha, godek godek la blog ni kalau nak tau kenapa saya pakai nama shazika shahrim.Usaha tangga kejayaan. Selamat maju jaya. Taman ria jaya. Eh ni nama taman tempat tinggal kawan saya.  Saya masih baru dalam dunia tumblr. Kadang kadang terasa macam dummy je buat tumblr tapi tak berapa nak pandai nak handle. Tu je yang termampu. 


Monday, February 14, 2011

Aku dah tak ada facebook


Dah lama aku berhasrat nak de-activate facebook. Syukur akhirnya aku berjaya jugak klik button deactivate walaupon terasa sedih la nak berpisah dari berhubungan dengan kawan-kawan di facebook tu yang majoritinya kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan-kawan kat matrik kat UUM saudara mara dan cikgu-cikgu semua kan. Beberapa hari sebelum nak deactivatekan tu aku dah gitau semua pasal keputusan aku tu dan ramai jgak yang rasa sedih dan tak bagi aku deativate. -_-"


Bila aku klik je pada tulisan deactivate tu tiba-tiba dia keluar page ni. 


ctrl+alt klik pada gambar untuk gabarajah lagi clear


Adoyai. Tengok ah facebook ni ada ada jek tak mau bagi aku deactivate facebook. See. Nonot fiqa will miss you, Anim will miss you, Arina will miss you, Ain will miss you. Send them a message.


Tapi aku tabahkan hati tangan ke bahu mata memandang ke atas. Dan akhirnya berjaya jugak aku deactivatekan facebook aku. Aku cuma tick kat this is temporary. I'll be back. Sebab nanti aku akan activate jap bila dekat-dekat nak exam untuk mintak soklan spot pastu deactivate balik pastu activate balik sehari sebelum besday aku. hahahahaha. Nak kasi orang wish. jangan lupa 15 Ogos besday aku! Pastu aku deactivate balik.


Apa pasal aku nak deactivate facebook?



Bila aku sign in je facebook, masa aku habis macam tu jek. Buang masa gi tengok status orang, ushar gambar kawan-kawan, upload gambar aku yang poyo habes, berbalas komen sampai terkeluar topik yang ada kat status dan berkonflik ngan beberapa manusia di facebook. Hahaha. So, jalan keluarnya adalah deactivatekan facebook. Sekarang baru rasa ada life dan blog pon dah tak terabai. Terasa sentap bila tengok komentar dan visitor yang datang tak sampai sepuloh orang~


Friday, February 11, 2011

Guru oh guru

Sejak dari mula-mula aku masuk sekolah sampailah sekarang kalau Hari Guru mesti ada orang deklamasikan sajak ni. 


Puisi : Guru Oh Guru

(SN Usman Awang)

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru
yang diselenggarakan oleh Zam Ismail
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.



Kami dah dapat name tag penjawat awam.
 

Tuesday, February 8, 2011

Makan dalam kelas

Tabiat buruk aku dalam kelas adalah makan semasa pembentangan dan semasa pensyarah mengajar. Mulut terasa nak kunyah dan makan jer. Makan sorok-sorok takut orang belakang tengok. Takut pensyarah nampak. Takut orang sebelah usyar nanti mereka mintak. Dalam kelas aku duk sebelah moknik. Kami selalu bawak bekal ke kelas seperti biskut paket, roti, air, honeystar, rocky, gula-gula, dll. Pernah aku gitau moknik,


"Nanti bila kita dah jadi cikgu jangan nak marah kalau murid-murid makan dalam kelas. Sebab kita pon makan dalam kelas."




Dah lah tempat duduk aku ngan moknik depan sekali. Selalu kena makan sorok-sorok dan pasang strategi. Oh, ada dua orang lagi yang selalu makan dalam kelas iaitu Ika dan Fatin. Dorang duduk belakang sekali. Line clear nak makan dalam kelas. Lagi ah dasyat siap bawak air kotak bagai.


Kalau makan dalam kelas aku teringat semasa zaman sekolah dulu. Satu hari tu sebelum habis waktu rehat aku beli kek batik kat cafe. Semasa ustaz mengajar aku makan sorok-sorok. Tiba-tiba ustaz tanya soalan aku jawab lah. Aku tengok ustaz senyum-senyum. Apasal ustaz nih? Pastu kawan sebelah aku bisik 'ade sisa kek batik kat mulut' Wohaaaa.. 


Thursday, February 3, 2011

Perangai dan perlakuan kanak-kanak dipengaruhi dari rumah


Semester ni aku belajar perkembangan kanak-kanak (Child's development) berkaitan dengan pekembangan dan pertumbuhan kanak-kanak sejak dari ovum bertemu dengan sperm sehingga manusia mati. Budak-budak memang cepat belajar sebab otak mereka masih 'fresh'. Jadi, apa yang mereka perhatikan di rumah (ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain) akan menjadi ikutan.Jadi, kalau kakak-kakak suka bersolek, make-up lawa-lawa, posing-posing tangkap gambar, berlagak macam model otomatik yang kecik tu akan ikut. Jadi, sape yang perlu disalahkan? Kakaknya atau budak kecik itu.



Si kakak yang berlagak model.
 




Yang ni pon berlagak jugak nak bergaya. Aku tukang jadi photoG jek. Yang solek budak ni kakak dia yang lagi sorang. Kami tak ajar pon dia pose macam tu. Tengok sape ntah. Fatin Liyana? Oppssss...


Yang paling aku tak tahan gambar nih.



Apa motif tayang Johnson Baby Oil ni? promoter ke.? Ataupon sebab dia tiru aku.



????? apa motif



Jadi. Jelas disini menunjukkan kanak-kanak mudah ter-asimilasi dengan perlakuan orang sekelilingnya. Nasihat aku, ajarlah benda-benda yang berfaedah kat budak-budak. Kalau kamu mencarot budak-budak tu pon akan mencarot. Kalau kamu hisap rokok, budak-budak tu pon nak try jugak hisap rokok. Kakak-kakak ngan abang-abang perangai tu kasi elok sket eh. Eh! Kau tu pon sama jek azi. Perangai tu kasi elok sket.