Saya toleh belakang. Homaigod. Mamat saya minat ada kat belakang. Huh, nasib baik kau sorang. Tak cukup bukti kalau kau nak heboh kat orang yang saya terlepas bom hari tu. Orang mesti takkan percaya kau sebab tak cukup saksi 4 orang. Tambah lagi wajah indah saya innocent. Macam budak baik. Saya mohon jangan kau jumpa saya lagi. Terus resign dari jadi peminat kau. Baik kau menyesal sekarang sebab follow belakang saya.
Tuesday, March 30, 2010
Jangan pandang belakang
Saya toleh belakang. Homaigod. Mamat saya minat ada kat belakang. Huh, nasib baik kau sorang. Tak cukup bukti kalau kau nak heboh kat orang yang saya terlepas bom hari tu. Orang mesti takkan percaya kau sebab tak cukup saksi 4 orang. Tambah lagi wajah indah saya innocent. Macam budak baik. Saya mohon jangan kau jumpa saya lagi. Terus resign dari jadi peminat kau. Baik kau menyesal sekarang sebab follow belakang saya.
Sunday, March 28, 2010
Datuk Calvin Klien
Bagi sape-sape yang nak pergi interbiu dan ada niat nak menipu masa interbiu tu, ingat-ingatlah citer ni. Berape hari yg lepas, satu temudugae kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biasalah kan kalau nak naik pangkat mestilah menduduki ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suaralah pulak. Dan dalam ramai2 yang terpilih tu ade tiga kawan kita dari terengganu telah dipilih untuk di temuduga. Kebetulan pulak tige kawan kite ni adalah peserte ke3 yg pertame. Ape lagi berdebar2 lah dorg ni.
Kawan yg nombor satu mule la merungut, (bace kene ikut loghat terengganu!) "Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak kawan yang ke2 ni " mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ." Dan bersuare la pulak kawan yg ke3 ni dgn berlagak macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi la jawap bende pun . Janji mu jawap. Doh hok mu 2 ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cee mu tengok aku nih,rilek je. Siap buleh control macho lagi".
Tibe mase yg ditunggu2, make name kawang kite yg pertame ni pun dipanggil. Dlm 15 minit kemudian, kawang yg pertame ni pun keluarlah. Ape lagi mcm kera kene belacan la kawan no2 ni dok tanye ape soalan yg di tanye oleh tukang interbiu tadi. "Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi". Kawan no1 tadi pun jawap,"Susoh jugok soalan die,tapi aku tok ingak dok bende yg die tanye tadi,tapi se je yg aku ingak die tanye, Pengerusi TNB yg baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk Jamaluddin Jarjis".
Kawan no2 pulak menyampuk" Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name tu. Guane nih awang. Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tgn je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak. " Pastu sampuk le pulak kawang no3 yg berlagak pandai ni,"Bak pe yg mu jadi bodo sgt nih. Jgn tulih kat tangang.nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda (seluar dlm la tu) mu tu. Kalu die tanye ,mu selok la sikit spenda mu, mu buat2 la gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB. Ape lagi kawang no2 suke la dengar idea bernas kawan die tu.Tapi die tak tak tahu yg kawan die no3 tu pun panik gak, sebab die pun tak tahu nak sebut macam mane.
Name kawan no2 pun dipanggil.Dalam 20 minit kawan no2 tak keluar2 lagi. Kawan yg no3 dah panik kenape kawan die tu tak keluar keluar lagi. 5 minit kemudian keluar la kawan no2 ni dgn muke tersenyum. Kawan no3 pun tanye la,ape soalan yg keluar,jawap la kawan no2 ni, Susoh jugok soalang die tapi soalang Pengerusi TNB tu aku buleh jawap, Aku sempat selok spenda aku.Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi. " Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap lah kawang no2 tadi." Mu tulih pd getoh spenda mu tu macang aku buat nih"
Kawan no 3 pulak jawap, " Aku nok tulih mcm mane aku tok pakai spenda ".Ape lagi kelam kabut le kawan kite. Tibe2 kawan no1 yg dari tadi berdiam diri tadi bagi idea."Ape bende yg susoh sgt ni. Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap." Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet utk berpindah seluar dlm. Tak lame lepas tu name kawan no3 ni pun di panggil.Dgn semangat berkobar dan rase confident yg amat sgt kawan kite ni masuk dlm bilk interbiuw tu. Dlm 10 minit kawan no3 ni keluar sambil tergaru2 kepale dgn muke pelik. Kawan2 die yg luar ni tanye la kenape keluar awal sgt. Die menjawap, mase die jawap ahli panel tanye Name Pengerusi TNB, lepas tu die jawap la. Tak pasal2 semue ahli panel tergelak2 sampaikan ade yg mengalir2 air mate tak tahan sgt. Pastu kawan2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye Name Pengerusi TNB tu, ape mu jawap.Dgn confident die bagitahu dgn kuat dan lantang " Datuk Calvin Klien".
Rupe2nye mase kawan2 ni berpindah seluar dlm tadi,kawan yg sorg ni dah terpakai terbalik rupenye yg blkg ke depan, yg depan ke blkg. Name Pengerusi TNB yg baru tu kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Apalagi tergelak besarlah kawan2 yg 2 org lagi tu.
Friday, March 26, 2010
Kerja last minit mesti dapat idea
Saya hairan sangat-sangat. Jangka masa untuk buat asignment tu lebih kurang 2 minggu. Tapi dalam dua minggu tu bila nak start je buat tak ada idea. Jenuh pikir nak buat camana pastu cari maklumat semua tapi tak start buat lagi. Bila tanya kawan dorang pun tak buat lagi. Kalau tanya alasan mesti cakap tak tahu nak buat, tak ada idea la.
Dah tinggal 2 hari sebelum tarikh submit terus ada semangat nak buat. Pastu terpaksa stay up sampai pagi tidur pun macam tak tidur. Muka pon macam isteri ditinggalkan suami. Belemuih semacam je. Masa tu laju je jari tekan tekan kibod tup tap tup tap. Segala idea datang macam tak sempat-sempat nak keluar nak ditaip. Kalau masa tu tak ada orang boleh kacau. Tanya soalan pon tak ada masa nak layan. Masa tu la makin banyak idea berebut-rebut nak keluar.
Otak makin ligat pikir. Nak kena taip sampai noktah terakhir pastu satgi nak kena pergi print lagi nak kena binding lagi, nak kena hantar lagi. Hadoy. Lepas je taruk asignment atas meja lecturer terus rasa macam beban tu hilang. Rasa lapar sangat-sangat walaupon baru beberapa jam melantak nasi kat cafe. Sampai kat bilik terus tidur qada' balik tidur yang beberapa malam tak tidur. Baru rasa puas.
Oh! lagi 4 asignment menanti. Sigh. T___T
Tuesday, March 23, 2010
Blogwalking oh blogwalking
Monday, March 22, 2010
Aku Si Comey
Aku dibeli oleh tuan ku sempena hari jadinya. Mei 2007, sah lah aku sebagai awek sejati yang menemani tuanku kemana saja. Aku digunakan dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Tuan ku seorang kaki motor dan aku digunakan untuk racing.
Aku telah menjadi juara dalam banyak perlumbaan. Remp sana remp sini, wheely je kadang-kadang tak terangkat sebab aku berat susah nak handle. Eleh, tuan aku tu sebenarnya berat tak larat nak angkat. Namun aku hidup harmoni dengan tuan ku. Kalau tuan aku ada problem, aku lah yang asyik kena teman dia. Aku kan awek dia.
Tapi tragedi malang menimpa aku bila tuan aku dah ada awek no 2, dia pinjamkan aku pada member dia. Sedang tuan aku berasmara dana dengan awek no 2, aku mula menunjukkan protes. Akibatnya, aku terlibat dalam kemalangan. Rupaku dah tak se comel dulu lagi.
Tuan aku sangat menyesal dan berusaha sedaya upaya menyembuhkan aku sehinggakan terabai aweknya yang no.2 sebab nak tumpu perhatian pada awek no 1.
Setelah buat banyak perubahan, aku kembali comel. Malah, betambah tambah comel lagi sehingga memukau semua kaki motor. Sekarang aku dah di upgradekan. Body aku ditukar dengan cover set 125R, pakai sport rim bunga lawang enkei, rantai pon dah kaler hijau.
Aku semakin comey..
Sekarang aku bahagia. Tuan ku telah mendamaikan awek no 1 dan awek no 2.
Thursday, March 18, 2010
Buat asignment sambil layan karaoke
Minggu ni saya sibuk dengan asignment yang berlambak-lambak walaupon sekarang ni sedang bercuti di kampung halaman terchenta. Untuk hilangkan kebosanan bersengkang mata (propa) membuat kerja seorang diri saya layan lagu sambil nyanyi-nyanyi ala ala leh masuk jangan lupa lirik. Try la download Mini Lyrics pastu install. Mudah je.
Lirik akan pop-up bila kamu mainkan lagu. Biasa saya buka lagu melalui Winamp je. Tapi boleh je Mini Lirik di mainkan bersama dengan VLC, Windows MP, Apple iTunes dan lain-lain.
See. Sambil buat asignment saya letak Mini Lirik kat satu sudut. Lirik tu akan terapung tanpa halang saya untuk klik button disebalik lirik tu. Tak payah nak pergi karaoke jamban kan. sambil buat kerja sambil menyanyi. Tapi awas! Jangan sampai kerja tak jalan pulak heh.
Sunday, March 14, 2010
Dummy account di facebook
Pada suatu hari saya log in facebook dan tiba-tiba sorang kawan yang tak diketahui sape yang empunya badan berkata hye, ceceh ajak chating ah tu. Nama dia Rey (nama je tapi tak kenal sape). Saya tanya sape Rey ni. Dia kata member 1 kelas masa darjah 6 Mawar. Saya pon apa lagi terus ushar Rey punyer profile. Tak de pape pon yang nak katakan dia sama kelas ngan saya. Tapi sebelum ni kelas 6 Mawar ada buat reuinion dan Rey ada sekali. Selepas reunion semua tertanya-tanya sape budak Rey yang bengong gedik nak rahsiakan identiti macam femes sangat tu.
Masa chating tu saya luahkan apa yang member-member saya punyer pertanyaan yang semua orang nak tahu sape yang bengong gedik nak rahsiakan identiti macam femes sangat tu. Rey pon jawab dia saje cipta dummy account tapi dia ada lagi 1 real account facebook. Facebook Rey ni dia cipta untuk berkenalan ngan orang yang tak kenali dan saje suka-suka taruk nama Rey. Perlu ke?? Ada jugak kawan-kawan saya yang taruk nama femes sampaikan kalau tengok muka baru nak cam sape empunya facebook tu. Ada jugak tengok nama pon tak kenal tengok muka pon tak kenal almaklumlah semua dah dewasa punyer style tersendiri.
Saya pernah masa zaman jahiliah nak involve dalam facebook ni saya pakai nama Shazika Shahrim tiba-tiba chekgu saya tegur kenapa pakai nama lain yang orang tak kenal guna je nama real senang kawan-kawan, chekgu-chekgu, ex-boipren-gepren nak cari balik nak joint balik relationship. Okey fine, saya pon tukar pakai nama real saya. So, what's your oppinion about dummy account and pakai nama glemer?
Wednesday, March 10, 2010
Ronda-ronda dalam hutan main dengan anak orang asli
Sebagai chekgu-to-be yang kos sosial study kami kena la bersoooosial tak kira agama, bangsa, dan negara. Baru-baru ni chekgu sosial ni masuk perkampungan orang asli lagi sekali untuk buat kajian berkenaan ekonomi orang asli. Haritu kaji pasal orang asli yang dah moden duk dalam rumah banglo tapi yang ni rumah buluh je.
Pastu tempat tu berbukit. Memang mencabar giler ditambah lagi dengan anjing-anjing yang berkeliaran. Tapi anjing kat sini jinak dari anjing yang dah moden tu. Penat jugak la melilau cari responden untuk kajian kali ni. tengah lilau lilau terjumpa ngan anak orang asli. Ramah betul dorang tu. Siyes. Kat sini ada dalam lebih kurang 18 suku bangsa orang asli. Ada yang agama islam, kristian dan ramai juga yang tiada agama.
Dah jumpa ngan dorang ni semua apalagi, kami main la permainan ala-ala sukaneka bersukaria di malam raya dengan dorang. Ha, yang chekgu sosial ni tumpang main sekali ngan anak-anak orang asli. Boleh tahan jugak ye chekgu.
Chekgu vs anak orang asli.
And again, i need to complete my asignment. Fuh! Banyaknya asignment nak kena setel. Nasib baik semua kena hantar lepas cuti. Nampaknya tak ber-holiday sangat la cuti ni. Hadoy.
Monday, March 8, 2010
Zaiton Sameon The movie
Kak Eton ni mula-mula terkejut jugak ada orang ingat lagi kat dia, sampai nak buat movie pasal dia. Ye la, dah lama dia menyepi lepas eksiden. Kak Eton tak kisah kalau kisah hidup dia di movie-kan sebab dia nak orang tahu dan remaja sekarang terutama artis yang muda-muda ni pelajari sesuatu daripada apa yang jadi kat dia.
Pelakon yang akan menjadi Zaiton Sameon mungkin Nurul. Yang ni saya tak pasti sangat sebab Nurul kena re-audition lagi sekali untuk pegang watak Zaiton. I think Nurul can play her role as Zaiton.
Kamu berminat nak jadi Zaiton? Bruang Filem Sdn Bhd akan buat audition untuk watak Zaiton pada
Masa: 3pm-10pm
Tempat: Bruang Filem's office, 2-1F, Jalan Boling Padang G 13G, Section 13, Shah Alam.
Pi la try bakat nak jadi pelakon kat sana. Oh, saya cuma minat lagu Zaiton Sameon je. Bukan minat Zaiton. Tapi gedik guna nick name PEMINAT ZAITON SAMEON.
Saturday, March 6, 2010
Gambar wallpaper saya yang HOT
Saya tak rasa saya hot sebab saya ZUHUD
2) Upload wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang.
3) Ceritakan pasal gambar di no 2.
Alien sedang memburu lembu. Terdapat beberapa ekor lembu dan beberapa buah alien. Alien hendak memakan lembu. Kesian lembu.
4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
Pizza??? Apa itu pizza? Saya tahu lempeng je.
5) Lagu terakhir anda dengar.
Gadis ayu- Black Dog Bone. Tiba-tiba je ringtone fon saya berbunyik. No tak dikenali. Peminat kot.
6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Miskol balik no yang tak dikenali tu. Mana tau kot kot lelaki, ada peluang ngorat.
7) Selain nama sendiri, anda di panggil dengan nama apa?
Abang hensem. Dulu aku potong rambut stail laki pastu belah tengah. Pernah la member sendiri jatuh hati ngan kehenseman saya. Arieza, kau bukan lesboku yang pertama yek.
8) Tag lagi 8 orang.
Alah, kenapa ramai sangat. Saya rasa dah ramai kot yang dah buat tag ni. Jadi, saya singkatkan untuk 3 orang je. Maknanya, tag ni dah di edit oleh saya. Okey.
1. multi-name
2. intan izani
3. Arieza
9) Siapakah orang no 1 kepada anda?
Dia selalu tinggal jejak kat saya punyer kedai kopi. Banyak sangat nickname dia guna sampai kadang-kadang saya keliru. Rupa-rupanya laman web DAPAT WANG. Ceh.
10) No 3 ada hubungan dengan siapa?
Lesbo ku. Jangan jeles wahai lelaki. Hambek kau, aku tag kau balik.
11) Kata-kata cinta untuk orang no 2.
Tak boleh buat ayat cinta sebab dia dah berpunya. tapi, nak cakap jugak ILY.
12) Berikan 5 benda yang anda tau tentang orang yang tag anda?
- Ramai rakan lesbp dan nyah. Tak terhitung bilangannya.
- Kiut. Homaigod. Perlu ke saya kata dia kiut?
- Dah dimiliki oleh enchik Macha.
- Dia dah tag saya. Mungkin dai nak saya jawab soalan no 1. Adalah anda rasa anda HOT?
- Dan saya pon jawab tag ni. Sekian terima kasih.
13) Perbezaan antara kambing dan lembu?
Sekor gemuk dan sekor lagi kurus. Sekor berak taik banyak taik, sekor lagi berak taik kiut kecil je. Tak cair.
14) Perasaan anda buat tag ini.
Blurrr macam Mr. Bean.
15) Adakah anda tau si Rizman tu sengal?
Sengal macam Halimah Jongang. Tak pon macam Fatimah Juling.
16) Gay or Les?
Les. Oppsss..
Okey. Akhirnya siap jugak tag ni. Oh, saya dah edit soalan ni. For the original question, refer to this page. Sorry dear.
Tuesday, March 2, 2010
Orang Asli tinggal dalam banglo dan pangsapuri
Beberapa minggu ni saya sibuk dengan asignment dan aktiviti luar. Salah satu kajian luar yang saya kena buat tentang urbanisasi orang asli. Saya rasa ramai yang tak tahu pasal kemajuan orang asli sekarang. Saya pon terkejut giler ah. Duk kat rumah taman siap ada astro lagi. Rumah saya pon tak de astro nak tengok Raja Lawak. Saya dan bakal chekgu-chekgu yang major kajian sosial buat kajian kat Bukit Lanjang, Damansara. Kawasan kat situ memang membangun sangat sangat sangat.
Kami guru-guru pelatih kena temubual dengan borang soal selidik pasal kemajuan kat situ. Apa yang kami dapat tahu, peruntukkan untuk penempatan semula Orang Asli ni lebih kurang RM60 juta. Projek pembangunan kawasan ni adalah di bawah EMKAY dengan kerjasama kerajaan dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Rumah-rumah ni dorang DAPAT FREE tapi cukai dan bil-bil semua kena tanggung sendiri lah. Tapi best la kan dapat banglo sebijik.
Rumah tok batin siap ada sign board gituuu..
Penat giler pusing 1 taman dari rumah ke rumah nak cari responden. Keadaan panas pastu pakai baju kaler hitam lagi lah panas. Benda yang paling mencabar kami semua kena tempuh adalah..taik anjing dan anjing yang berkeliaran tanpa ada tali kat leher anjing tu. Fierce giler anjing-anjing tu. Like a bulldog.
Pastu kena conduct game untuk para pelajar yang kebanyakkanya anak-anak orang asli. Bestnya dorang panggil kami CHEKGU.
Okey. Kajian dah dibuat. Misi seterusnya adalah kena siapkan laporan dan asignment. 24/3 ni dah nak kena submit satu habuk pon saya tak taip lagi T___T. Here we go......