Monday, March 22, 2010

Aku Si Comey



Aku dibeli oleh tuan ku sempena hari jadinya. Mei 2007, sah lah aku sebagai awek sejati yang menemani tuanku kemana saja. Aku digunakan dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Tuan ku seorang kaki motor dan aku digunakan untuk racing.



Aku telah menjadi juara dalam banyak perlumbaan. Remp sana remp sini, wheely je kadang-kadang tak terangkat sebab aku berat susah nak handle. Eleh, tuan aku tu sebenarnya berat tak larat nak angkat. Namun aku hidup harmoni dengan tuan ku. Kalau tuan aku ada problem, aku lah yang asyik kena teman dia. Aku kan awek dia.



Tapi tragedi malang menimpa aku bila tuan aku dah ada awek no 2, dia pinjamkan aku pada member dia. Sedang tuan aku berasmara dana dengan awek no 2, aku mula menunjukkan protes. Akibatnya, aku terlibat dalam kemalangan. Rupaku dah tak se comel dulu lagi.




Tuan aku sangat menyesal dan berusaha sedaya upaya menyembuhkan aku sehinggakan terabai aweknya yang no.2 sebab nak tumpu perhatian pada awek no 1.



Setelah buat banyak perubahan, aku kembali comel. Malah, betambah tambah comel lagi sehingga memukau semua kaki motor. Sekarang aku dah di upgradekan. Body aku ditukar dengan cover set 125R, pakai sport rim bunga lawang enkei, rantai pon dah kaler hijau.





Aku semakin comey..







Sekarang aku bahagia. Tuan ku telah mendamaikan awek no 1 dan awek no 2.



3 comments:

mie said...

comeynya awekkku!!!
hohohooo

Fatin Aliyya said...

haha.=D

AkU said...

hohoh...adekah..apekah??