Monday, February 29, 2016
Sunday, February 28, 2016
Kerana kita jauh
Assalamualaikum..
Viral kat fb kisah pasangan kekasih putus cinta gara gara long distance relationship. Lelaki tu putuskan hubungan dan mengaku ada perempuan lain yang sentiasa ada di sisi dia. Perempuan tu punyalah merayu berharap agar lelaki tu kembali. Aku nak up gambar tapi tenet slow.
Ok. Aku tak tanjat pon pasal kisah viral tu.
Sebab dah berlaku kat diri sendiri jugak. Memang lumrah ke lelaki nak perempuan atau pasangan yang selalu ada dengan dia?
Bila fikir pasal berpasangan ni..satu hari nanti mungkin aku akan berumah tangga kalau diizinkan allah. Dengan keadaan aku yang sekarang ni pon berjauhan dengan family sejak sekian lama. Opkos aku rindu keluarga. Walau berjauhan macam mana pon family akan tetap sayang kita rindu kita. Walaupon mereka tak gitau tak luah at least we know they love me. Tak de nya nak mencari pengganti aku walaupon aku tak de disisi..still waiting for me..
Tapiiii...
Lelaki bergelar suami yang baru hadir dalam hidup kita adakah akan berperasaan yang sama macam family kita? Adakah dia akan tetap sayang aku rindu aku kalau berjauhan dan tak menduakan aku..oh.. maksud aku mencari perempuan lain.
Sebab tu sampai sekarang aku ragu ragu kalau ada lelaki muncul cakap nak kawen ke apa ke kan.. mampu ke dia berjauhan ngan isteri yang berkhidmat jauh dalam hutan macam ni buat sementara waktu sampai aku dapat pindah ke sisi dia? Haaa... itulah yang bermain di pikiran aku sampai saat ni..
Tahun 2014, umah tokma aku dilanda banjir teruk. So tahun lepas sebelum musim banjir kami bertanya la pada tokma..
"Tokma rasa tahun ni ( 2015) banjir ke dok eh umah tokma?"
"Mintak mintak dok la banjir. Tuhan idok nyer jahat nak bagi orang sini sokmo kena banjir. Dia bawak la pulak banjir kena kat kawasan yang tak pernah banjir. Adil jugak Dia eh"
Dan memang ditakdirkan allah, akhir tahun lepas umah tokma tak banjir dan pantai timur tak teruk pon kes banjir. Negeri lain pulak yang teruk terjejas.
Dari kisah tokma tadi.. aku dapat simpulkan yang tak kan la selamanya allah nak bagi aku berjauhan ngan family aku. Takkanlah bila aku kawen pon aku masih akan berjauhan ngan suami. Allah maha adil.
Memang impian aku nak sangat merasa hidup dengan keluarga disisi. Selalu sempat bersama family pon paling lama sebulan lebih tu pon masa cuti skolah.
Its okey. Mungkin belum masanya lagi allah nak tunaikan impian aku. I know. Masa itu akan tiba.. suatu hari nanti.. insha allah...
:)
Sunday, February 21, 2016
Tuck in
Assalamualaikum..
Memang menjadi kebiasaaan bila terserempak dengan murid yang tak masukkan baju dalam seluar semasa waktu sekolah aku akan tegur direct terus dan mesti kemaskan la la tu jugak. Satu hari terserempak ngan murid darjah 1..
Ticer: apoi.. tuck in your shirt.
Apoi: huh??
Ticer: tuck in your shirt apoi
Apoi blur sebab aku cakap english ngan dia. Aku tak lepaskan dia selagi tak kemas. Tetibe lalu murid tahun 2 terdengar aku tegur apoi.
Tahun 2: tuck in your shirt.
Apoi: yu? ( apa..dalam bahasa kenyah)
Tahun 2: masuk baju dalam seluar.
Terus apoi perbetulkan baju dia. Settle.
Satu hari aku ajar pj. So kena pakai tracksuit. Ticer pon terserempak dengan apoi.
Apoi: ticer...tick in
Ticer: ha?
Apoi: tick in..
Ooooohhh..baru ticer faham..ticee pakai baju sukan tapi tak tuck in.
Ticer: tuck in la apoi..
Apoi: tu..ticer tak tuck in..
Yamboiii..suruh ticer pulok tuck in.. HAHAHAHAHA.. bagus ler faham jugak budak budak ni maksud tuck in. Kalo ticer yang tuck in..lain macam la pulok jadinya apoi oiiii...
Saturday, February 20, 2016
Luahan
Assalamualaikumm...
Bila duk LJ baru aku rasa perasaan macam mana orang tido dalam kelaparan. Kenkadang balik sekolah letih sangat sangat dan lapar. Nak masak tak de tenaga dah nak bersilat kat dapur. Pernah aku balik sekolah terus baring atas katil dengan harapan nak rehat sekejap. Tapi terus tertidur dengan tudung masih lengkap di kepala dan sarung kaki pon tak cabut lagi.
Aku jugak pernah tidur dalam kebusukan. Pernah beberapa hari tak de air. Memang kebiasaan kami ada buat simpanan air. Kami tadah dalam botol minuman. Punyerlah jimat air, mandi awal pagi basahkan badan cuci muka dan gosok gigi jer pastu gi sekolah. Balik sekolah opkos la tak mandi dan basahkan balik sebelum pergi kelas malam. Kang kalo ticer busuk kesian la pulok murid murid. Hahahaha. Bila dah 2 3 ari 'mandi' tak basah kepala opkos la busuk gatal dan berkelemumur. Tulah pengalaman aku tido dalam kebusukan. Bila dah ada air, aku bantai mandi puas puas.
Aku tak salahkan keadaan kat sini. Memang lumrah di Lj bila hujan lebat atau kemarau, air tak de. Kena cuba la sesuaikan diri. Tapi bila time ada air, tudiaaaaa air keluar dari paip umpama air terjun. Sampaikan tercabut kepala paip nak kata betapa laju nyer air berlumba lumba masuk baldi. Tapi kalo time tak de air, melangut la ko tunggu tepi baldi tak de setitis air pon keluar.
Thursday, February 18, 2016
Mak super power
Assalamualaikum...jawab ler waalaikumussalam.
Bosan bosan tadi aku duk dengar lagu tetiba keluar lagu my mother. Tau tak lagu ni?
Who should i give my love to..
My respect and my honour to..
Who should i give the most to.
After allah and rasulullah..
Comes your mother..
Who next your mother
Who next your mother
And then your father..
Ada beberapa buku yang aku baca contohnya dari tulisan drHMTuah, dr. Anwar fazal dan faiz ibrahim sokmo duk sebut pasal keberkatan doa ibu. Walaupon dorang lelaki tapi dorang rapat dan hormat ibu. Sket sket citer pasal ibu dorang. Nasihat nasihat yang ibu dorang bahi dorang share. Seronok lah aku baca dan buat aku sokmo teringat kat mak aku yang jauh di seberang lautan.
Aku percaya ngan redha dan doa seorang ibu. Kalo nak diikutkan perjalanan hidup aku ni banyak ditentukan oleh mak aku. Aku mula perasan perkara ni sejak aku masuk emaresem. Biasalah budak lepas upsr mana tau pape kan nak sambung belajar mana. Semua mak aku la yang uruskan dari proses isi borang sampailah aku masuk sana. Habis spm plak aku isi upu nak sangat bidang yang aku konon konon minat lah iaitu pertanian. Mak aku suruh isi maktab..okey aku isi la tapi tak de rezki nak masuk maktab. Interviu pon tak dapat.
Akhirnya aku dapat kos pertanian kat upm. Universiti yang aku sangat sangat aim nak masuk. Tapi sedih rupa rupanya dapat upm sarawak. So mak aku tak bagi pergilah. Masuk la aku ke matrikulasi pahang. Lepas matrik aku isi lagi upu kos pertanian jugak. Yahoooo! Dapat pilihan pertama uum. Dan lagi sekali mak aku suruh isi maktab. Okey okey. Aku isi. Lepas dah masuk uum lebih sebulan tetiba dapat maktab. Terus mak aku mai amek dari kedah terus pergi KL.
Nak kata punyerlah masin mulut mak aku ni, pernah dia gitau ..kan best kalo aku dapat gi belajor kat KL. Boleh lah dia gi jenjalan sana. Tahniah mak. Dapat jugak kiter belajor di KL dan mak dapat jalan jalan sana.
Bukan aku yang beriya benar nak masuk maktab. Masa aku gi interviu, mak aku yang tolong isi borang dan settlekan everything. Dah dapat masuk opkoslah mak aku paling happy. Masa first day kelas , lecturer tanya..siapa masuk maktab sebab parents yang suruh. Aku terus angkat tangan. Hahahaha. Tapi dont worry. Walaupon aku tak minat pada mula nya last last minat tu dapat dipupuk. Jadilah aku seorang guru sekarang. And i love teaching.
Korang perasan tak, aku kenkonon minat pertanian. Dah 2 kali isi upu aku dapat. Tapi dinamakan ketentuan tuhan,Allah knows what is the best for us.. dah ditentukan aku ni jadi cikgu bukannya petani.
Next, lagi satu yang amazing pasal kata kata yang keluar dari mulut mak ni. Sebelum aku berangkat mai sarawak, mak aku ada sembang ngan kawan dia. Aku terdengarlah kan " biarlah dia gi sarawak. Sokmo dah hidup senang. Biar rasa hidup susah sket". Haa aa mak.. memang tak senang sangat hidulp dalam hutan ni. Kenkadang tak dop air kenkadang tak da letrik kenkadang dua dua pon tak de. Setiap kali aku kena angkut air pastu mandi jimat jimat satu baldi mesti aku teringat ayat mak yang ni. Pastu perjalanan merentas hutan balak. Tinkiu mak. Kalo tak rasa hidup susah gini tak de nya aku nak berdikari.
Tapi satu jer power mak yang kurang. Kenapa mak tak nak carikan jodoh untuk aku? Hahahaha.. bila orang sokmo duk tanya aku bila nak kawen, mak tahu aku rimas. Dah belom ada nak wat cemana. Aku serah pada mak untuk carikan.. tidok nyer dilayan. Disuruhnya carik sendiri. Kemonn mak.. segan la kiter nak ngorat laki. Tujerlah belom tercapai hasrat mak aku. Pernah mak aku cakap, carik negeri lain. Boleh mak gi berjalan. tak habis habis nak berjalan.
Mungkin ada sebab la kot kenapa aku sokmo sampai sekarang tak menetap di neegeri sendiri. Sebab boleh ler bawak mak ayah aku jenjalan tempat orang. Dalam ramai ramai anak, aku jer merantau jauh benor sejak kecik.
Tulah aku nak cerita pasal powernya kuasa dan doa ibu. Kenkadang kalo kita rasa perjalanan hidup ni susah, payah nak dapat kerja ke, kan.. cer check balik hubungan antara kita ngan ibu. Ingat balik apa permintaan ibu kita. Mungkin apa yang kita nak tu tak sama apa yang mak kita berkenan tapi aku percaya kalo mak redha insha allah semuanya gerenti beress..
Subscribe to:
Posts (Atom)
