Thursday, December 19, 2013

Result PMR: Balas dendam

Assalamualaikum...

hye semuaa...lebih sebulan tanpa pape berita akhirnya berjaya ku muncul di blog ini..hoyeh!.. Apa khabar semua? Hari ni result PMR keluar kan. Macam mane keputusan peperiksaan PMR adik-adik dan anak-anak anda? Bagi yang mendapat keputusan cemerlang saya ucapkan tahniah dan yang tak mencapai target tu jangan putus asa.. Ni baru PMR dik oi so jangan risau sangat. Lepas ni tumpu lebih dan balas dendam balik masa SPM. Wohaa..!


Kenapa aku kata balas dendam??


Dulu aku pon gelisah jugak menanti keputusan PMR keluar. Macam adik adik kita yang dapat result harini. Mesti macam-macam perasaan bermain sekarang kan. Dulu aku kena call sekolah untuk tahu result sebab sekolah jauh . Lepas je call pejabat sekolah dan dapat tahu result PMR tu, aku rasa sedih yang amat. Yerlah dah target nak dapat straight A tak dapat. Bila masuk pulak sekolah, baru aku dapat tahu semuaaaaaa classmate aku dapat staright A kecuali 4 orang yang dapat 1B dan orang-orangnya termasuklah aku.


Subjek apa yang B tu?


Subjek sejarah. (T___T)~


Rasa down sangat-sangat tu ada jugak bila bandingkan prestasi result kita ngan kawan-kawan yang lain tapi kita jangan putus asa. So, kita balas dendam balik kat subjek sejarah yang buatkan kita dapat B tu. Aku dan sorang lagi kawan aku, Suria kami dua dua orang dapat B sejarah. Aku ngan dia berazam nak dapat A untuk subjek sejarah masa SPM nanti. Azam saja tak guna tanpa usaha kan..hehehehe..


Nak tahu camne cara yang akak guna untuk study subjek sejarah boleh klik kat link bawah ni

Tips study subjek sejarah


Masa exam SPM sejarah soalan memang agak susah. Sebab kita pulun dan berazam sangat-sangat so lepas habes je exam pengawas peperiksaan mai kutip kertas soalan rasa nak menitis air mata sebab takut tak dapat A..tapi  bila call pejabat sekolah untuk result SPM alhamdulillah dendam aku terbalas untuk dapatkan A itu.. dan kawan aku tu pon dapat A jugak  untuk sejarah.. Alahai..ada ke patut balas dendam kat subjek sejarah..tapi tak pe asalkan tu dendam yang positif.. :)


Kat sekolah dan sampai sekarang pon aku bukan pelajar top student in class. Biasa biasa je, belajar pon tak ase nak pulun giler giler sangat. Just a moderate student. Mana-mana yang bermanfaat untuk adik adik atau kawan-kawan nak ikut, ikutlah. Harap bermanfaat dan membantu masa depan anda. Insha allah..





Tuesday, November 12, 2013

Cara mudah untuk mendapatkan pahala setelah meninggal dunia



Assalamualaikum...

Saja nak share cara nak dapat pahala even waktu tu kita dah tak da lagi kat dunia ni..
Insha allah pahala yang kita buat tu akan mengalir selalu..



Antara contoh lain yang nampak simple je:
1. sedekah kan sejadah atau telekung kat masjid. So setiap kali orang solat kita akan dapat pahala.
2. Pasang kipas di surau atau masjid walaupun 1 , setiap kali orang guna, anda dapat pahala walau selepas anda meninggal dunia
3. menghadiahkan kerusi roda kepada hospital atau klinik.
4. hadiahkan buku kepada student, adik-adik, kawan-kawan, family atau anak-anak anda. (buku bermanfaat. 


Yang lagi mudah adalah kongsi ilmu. Sekarangkan zaman canggih macam macam media sosial..ada facebook, wechat, twiiter dan instagram tu kan. Jon ubah daripada duk mengata orang atau post benda benda gosip yang tak berfaedah tu kita share sesuatu yang dapat bantu orang lain dapat pahala jugak. Mungkin benda kita share tu simple jer.


contohnya dulu masa sekolah rendah ada amali solat. Aku silap bacaan doa iftitah. Aku baca 'allah akbar kabira..." pastu kawan aku mai tegur kata mak dia ajar "allahu akbar kabira..". masa tu kami baru darjah 4 tapi sampai sekarang aku ingat setiap kali solat aku perbetul bacaan so sampai sekarang aku solat pahala tu akan mengalir kepada kawan aku dan juga mak dia sebab mak dia yang ajar.


 mungkin kalo kita post benda benda islamik kat fesbuk takut nanti orang kata kita berlagak alim pulok kan..Alaaa..pedulik apa..nak dapat pahala kan..jom sama-sama try..mana taw yang awak post tu memberi manfaat pada orang lain jugak.. insha allah...


Dan lagi satu pasal doa anak yang soleh. Mungkin sekarang kita tak ada anak lagi. Nanti dah ada anak didiklah anak ngan ilmu agama supaya nanti kita dah meninggal anak-anak yang soleh akan doakan kita. Dan kita sekarang sebagai anak pon mesti selalu doakan ibu bapa kita sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.


Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalknnya , maka walaupu n yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. Amiiin ya rabbal alamin

Monday, November 4, 2013

Ruby's wedding


Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam dah setel kenduri kawen Ruby. Kami memang agak dah dalam kelas dia jadi orang pertama yang kawen since mak dia memang nak dia kawen awal. Preparation nak kawen tu memang penat rupanya. Nak ke hulu ke hilir siap sedia untuk majlis. huhuhu..patutlah Allah tak bagi aku kawen awal sebab dia tau aku mesti tak mampu lagi nak hadapi semua tu...

Sehari sebelum wedding, kat rumah ruby buat majlis doa selamat. Pastu malam tu aku, fatin, ika, ba dan pengantin tidur kat hotel dekat ngan rumah ruby. Sebelum wedding aku selalu paksa ruby pakai clarifying mask, soothing gel dan moisture mask herbalife. Nanti muka flawless senang mak andam nak mekap.


Selalu pergi kelas tak pakai bedak pon tetiba nak kawen ni mekap pulok..Ruby looks gojes on dat day.

Ingat nak suruh mak andam mekapkan dayang-dayang jugak tapi sebab malu nak gitaw pastu dah kesuntukan masa dah macam dah lewat jer so kami mekap sendiri-sendiri jer lah..


Sampai-sampai masjid ngam-ngam 10.30 pagi..Terus masuk masjid get ready untuk akad nikah.


Tudiaaa.. ramai giler kerumun kat pengantin.Mesti berdebor giler time ni.
Tengok muka bos pun dah macam pucat jer.
Dengan sekali lafaz alhamdulillah dah sah jadi suami isteri..


The bride and dayang dayang..

Cikwe, moknik, ika, aku dan fatin. Kami lima orang jadi dayangdayang ala ala flower girls on dat day. Semua pakai baju pink nga tudung mint.

aku rasa macam gambar ni tak sharp lah. Rasa nak upload lagi satu gambor.

Baru clearrr...

Lepas akad nikah bersiap untuk majlis makan beradab pulok.
So sementara pengantin tukar pakaian kita pergi ler makan dulu.
Banyak jenis makanan ada. Yang paling best ada kambing golek dan ayam golek.
Tapi yang paling aku suka dia punyer laksa..Beberapa kali tambah..

 Classmate aku yang lelaki hampir semua dah berpunyer dan ada yang dah ready nak kawen tengah tunggu green light jer.

antara budak maktab yang hadir.
Ruby memang segaja pilih tarikh bukan waktu cuti sekolah sebab kalo cuti mesti ramai yang tak dapat datang sebab balik kampung masing-masing. Buat time gap exam ramai yang ada kat maktab.
Senior semester 8 geng-geng bos pon ramai jugak datang, junior, kawan-kawan satu batch , lecturers dan cikgu-cikgu masa kami praktikum aritu pon datang.


Watak utama on dat day, bos dan ruby.
Kawen dah kawan aku ni haa..


Last sekali kita taruk gambar classmates kite..
tak cukup korum lagi ni. ada yang datang tapi dah balik..ada yang mai lewat petang2 sket..

Semoga ruby dan bos hepy-hepy selalu dan bahagia till jannah. Amin.
Lepas ni wedding siapalah pulok yer. ermmm..


Friday, November 1, 2013

Aktiviti hujung minggu budak hostel



Assalamualaikum....


Benda common yang budak hostel buat kalo setiap kali hujung minggu adalah hari membasuh pakaian..!


Setiap kali hujung minggu mesti banyak baldi beratur tunggu giliran membasuh kat tepi mesin basuh. Kat hostel aku ada 2 je washing machine. Sekali basuh kena guna duit syiling RM3. Pernah banyak kali tunggu punyer tunggu giliran membasuh sekali duit syiling penuh dah dalam mesin tu so kena tunggu owner mesin mai kutip duit dulu lah. Kenkadang aku tak sabor sangat nak jugak membasuh hari tu aku ketuk ketuk mesin tu bagi ada runag lagi untuk duit syiling masuk. Tu kejenyer bukan menjahanam mesin okeyy...hehehe..



Aku punyer bilik level paling atas taw iaitu level 3. Kalo jemur baju tak letak penyepit memang hazab lah nak turun bawah sampai basement nak gi kutip baju-baju tu. Kenkadang dah sepit elok tapi time nak angkat baju tu boleh pulak terlepas dari tangan terus jatuh ke tanah. (T___T)~ tu masalah kalo yang tinggal kat level paling atas.


Kalo yang duduk bilik bawah pulak, kalo jemur baju pastu orang atas pon jemur baju jugak memang geram lah kalo air baju tu menitis nitis atas baju kita. Tambah-tambah kalo baju tu dah nak kering. Aku pernah experience benda ni masa aku duduk UUM dulu. Memang hangin jer ngan orang atas. Sebab tu kalo nak jemur baju aku akan ushar dulu orang bawah jemur baju tak. Kita pernah alami takkan nak buat kat orang jugak


Sebagai langkah berjaga-jaga oleh penghuni hostel yang tinggal level bawah, setiap kali nak jemur baju dorang akan pakai payung untuk tutup baju-baju dorang. Kesian pulok aku tengok. Kalo kat uum dulu kami pakai plastik balut meja makan  yang lutsinat tu. Tutup baju yang dijemur..


Pagi ni aku tak membasuh baju sebab mesin basuh penuh ngan duit syiling. Pastu hujan pulak tu.. Malam lah baru aku basuh sebab tadi aku dengar owner mesin basuh dah mai kutip duit syiling yang penuh tu. Selalunya aku akan kepam semua baju seminggu baru basuh baju sebab aku hanya spend RM3 seminggu. Bukan pemalas tapi jimat..bye..!


Tuesday, October 29, 2013

Julung-julung kalinya dinner Social Studies


Assalamualaikum... (wa'alaikumussalam)

Selama 4 tahun setengah bergelar student social studies, akhirnya ahad lepas kami berjaya adakan dinner jabatan. Kat maktab ni social studies ada 2 kelas je dan kami tak ada junior atau senior bak kata kawan-kawan aku kami ni kiranya macam anak tunggal. Setiap tahun course lain macam muzik, pendidikan khas dan TESL mesti ada annual dinner campur sekali ngan junior foundation sampailah senior semester 8. Kami hanya mampu tengok dan planning jerlah..

Tema dinner kami korang boleh guess sendirilah kot berdasarkan gambar. Aku pakai baju yang mana ada jer. Puas wechat tennad kat jepon tanya macam-macam last last pakai apa yang sempat jer. 


Ngan lecturer ekonomi..Ni je yang sempat bergambar. Banyak belajar ngan puan pasal ekonomi negara sekarang dan peluang-peluang bisnes. Kenkadang ilmu aku dapat tu aku share ngan naser sebab dia buat bisnes sendiri. harap-harap bermanfaatlah.
 

 Banyak gambar dari kamera pinky ku tak menjadi dan blurr..maybe camera cybershot dah tak cybershot lagi dah. maybe setting tak betol sebab kalo shoot luar okey jer cantik gambar pemandangan..Ntah lerr.


Yang ni plak Nabill ngan wanharith jaga PA system.. seronok ler nabill dapat cabutan bertuah henfon sebijik pastu cikwe dapat powerbank.. Yang ni lagi kelakor sebab fon cikwe fon lampu suluh jer.
 

Feeling habes bila pokdin menyanyi..dia ingat tu bilik karok ker..hahahaha papepon plan pokdin untuk persembahan kelas menjadi jugak walaupon suara masing-masing tak sesedap suara Jac tapi redah je asalkan kami enjoy atas pentas tu..


Fatin dapat anugerah Queen malam tu. Gambar King tak der lah pulak. Syok ler dapat jam tangan. Pastu dapat jugak cabutan bertuah. Tyme cabutan bertuah Ruby pesan siap-siap kat aku 'tak yah berharaplah zie, kita ni memang tak bertuah'. Memang pon..tak pernah nak dapat..


 Ni jer gambar ngan classmate yang okey. Yang masa ramai-ramai semua tak menjadi. Boleh pulak tyme nak ambil gambar kelas kamera Ikhwan habes bateri.

Gambar dinner banyak kat kamera ikhwan. Ni jer yang okey dari kamera aku. 

Maybe ni pertama dan terakhir kami dinner sesama jabatan. Tahun depan dah tahun akhir at least adalah jugak kenangan dinner sesama kan...