Tuesday, November 12, 2013

Cara mudah untuk mendapatkan pahala setelah meninggal dunia



Assalamualaikum...

Saja nak share cara nak dapat pahala even waktu tu kita dah tak da lagi kat dunia ni..
Insha allah pahala yang kita buat tu akan mengalir selalu..



Antara contoh lain yang nampak simple je:
1. sedekah kan sejadah atau telekung kat masjid. So setiap kali orang solat kita akan dapat pahala.
2. Pasang kipas di surau atau masjid walaupun 1 , setiap kali orang guna, anda dapat pahala walau selepas anda meninggal dunia
3. menghadiahkan kerusi roda kepada hospital atau klinik.
4. hadiahkan buku kepada student, adik-adik, kawan-kawan, family atau anak-anak anda. (buku bermanfaat. 


Yang lagi mudah adalah kongsi ilmu. Sekarangkan zaman canggih macam macam media sosial..ada facebook, wechat, twiiter dan instagram tu kan. Jon ubah daripada duk mengata orang atau post benda benda gosip yang tak berfaedah tu kita share sesuatu yang dapat bantu orang lain dapat pahala jugak. Mungkin benda kita share tu simple jer.


contohnya dulu masa sekolah rendah ada amali solat. Aku silap bacaan doa iftitah. Aku baca 'allah akbar kabira..." pastu kawan aku mai tegur kata mak dia ajar "allahu akbar kabira..". masa tu kami baru darjah 4 tapi sampai sekarang aku ingat setiap kali solat aku perbetul bacaan so sampai sekarang aku solat pahala tu akan mengalir kepada kawan aku dan juga mak dia sebab mak dia yang ajar.


 mungkin kalo kita post benda benda islamik kat fesbuk takut nanti orang kata kita berlagak alim pulok kan..Alaaa..pedulik apa..nak dapat pahala kan..jom sama-sama try..mana taw yang awak post tu memberi manfaat pada orang lain jugak.. insha allah...


Dan lagi satu pasal doa anak yang soleh. Mungkin sekarang kita tak ada anak lagi. Nanti dah ada anak didiklah anak ngan ilmu agama supaya nanti kita dah meninggal anak-anak yang soleh akan doakan kita. Dan kita sekarang sebagai anak pon mesti selalu doakan ibu bapa kita sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.


Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalknnya , maka walaupu n yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. Amiiin ya rabbal alamin

4 comments:

Unknown said...

Kurangkan kontroversi dan tingkatkan amalan ;)

tanganseni_92 said...

aslmkm,perkongsian yg bermanfaat..teruskan.. ^__^

tanganseni_92 said...

Aslmkm,perkongsian yg bermanfaat..teruskan.. ^__^

tanganseni_92 said...

aslmkm..perkongsian yg bermanfaat..teruskan..^__^