Showing posts with label Ruby. Show all posts
Showing posts with label Ruby. Show all posts

Monday, November 4, 2013

Ruby's wedding


Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam dah setel kenduri kawen Ruby. Kami memang agak dah dalam kelas dia jadi orang pertama yang kawen since mak dia memang nak dia kawen awal. Preparation nak kawen tu memang penat rupanya. Nak ke hulu ke hilir siap sedia untuk majlis. huhuhu..patutlah Allah tak bagi aku kawen awal sebab dia tau aku mesti tak mampu lagi nak hadapi semua tu...

Sehari sebelum wedding, kat rumah ruby buat majlis doa selamat. Pastu malam tu aku, fatin, ika, ba dan pengantin tidur kat hotel dekat ngan rumah ruby. Sebelum wedding aku selalu paksa ruby pakai clarifying mask, soothing gel dan moisture mask herbalife. Nanti muka flawless senang mak andam nak mekap.


Selalu pergi kelas tak pakai bedak pon tetiba nak kawen ni mekap pulok..Ruby looks gojes on dat day.

Ingat nak suruh mak andam mekapkan dayang-dayang jugak tapi sebab malu nak gitaw pastu dah kesuntukan masa dah macam dah lewat jer so kami mekap sendiri-sendiri jer lah..


Sampai-sampai masjid ngam-ngam 10.30 pagi..Terus masuk masjid get ready untuk akad nikah.


Tudiaaa.. ramai giler kerumun kat pengantin.Mesti berdebor giler time ni.
Tengok muka bos pun dah macam pucat jer.
Dengan sekali lafaz alhamdulillah dah sah jadi suami isteri..


The bride and dayang dayang..

Cikwe, moknik, ika, aku dan fatin. Kami lima orang jadi dayangdayang ala ala flower girls on dat day. Semua pakai baju pink nga tudung mint.

aku rasa macam gambar ni tak sharp lah. Rasa nak upload lagi satu gambor.

Baru clearrr...

Lepas akad nikah bersiap untuk majlis makan beradab pulok.
So sementara pengantin tukar pakaian kita pergi ler makan dulu.
Banyak jenis makanan ada. Yang paling best ada kambing golek dan ayam golek.
Tapi yang paling aku suka dia punyer laksa..Beberapa kali tambah..

 Classmate aku yang lelaki hampir semua dah berpunyer dan ada yang dah ready nak kawen tengah tunggu green light jer.

antara budak maktab yang hadir.
Ruby memang segaja pilih tarikh bukan waktu cuti sekolah sebab kalo cuti mesti ramai yang tak dapat datang sebab balik kampung masing-masing. Buat time gap exam ramai yang ada kat maktab.
Senior semester 8 geng-geng bos pon ramai jugak datang, junior, kawan-kawan satu batch , lecturers dan cikgu-cikgu masa kami praktikum aritu pon datang.


Watak utama on dat day, bos dan ruby.
Kawen dah kawan aku ni haa..


Last sekali kita taruk gambar classmates kite..
tak cukup korum lagi ni. ada yang datang tapi dah balik..ada yang mai lewat petang2 sket..

Semoga ruby dan bos hepy-hepy selalu dan bahagia till jannah. Amin.
Lepas ni wedding siapalah pulok yer. ermmm..


Thursday, December 13, 2012

Ruby: Episod turun 10 kilo


Assalamualaikum semua..baiklah sekarang kita sambung cerita si Ruby.

Recap balik citer yang lepas: Dulu berat badan Ruby 62kg dan dia telah mencuba cara untuk lose weight dengan pergi joging dan memang rutin harian dia hanya makan sekali sehari jer. Tapi doktor check, dia dalam kategori obes. Kenapa yek??

Sebab cara pemakanan dia tu tak betul rupanya.

Memang dia sejak dari dulu makan nasi atau mi sekali sehari jer. Tapi.... dia skip sarapan.
Dalam diet pemakanan, sarapan adalah perkara yang sangaaattttt penting.
Itu adalah permulaan hari kita.
Rasulullah pon ada pesan, bangun tidur minum air kosong dulu pastu makan makanan yang tinggi nutrisi tapi rendah kalori seperti kurma, serat seperti roti dan oat, serta buah-buahan. Badan kita memerlukan 114 nutrisi. Alhamdulillah dalam shake Herbalife dah ada 55 nutrisi. Dah cover hampir separuh nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Yang selebihnya kita ambil lah melalui makanan yang lain. Wow!
So, ini adalah gambar-gambar ruby yang dulu.

Look at the girl with all orange attire. Pucat kan muka dia. Sebab dia ada low blood pressure. Dulu kaler bibir dia sama kaler ngan kulit. 

Orang kata dia tak lah besar sangat. tapi kami boleh menyorok belakang dia. Hehehehe.. Kelakor bila ushar balik gambar-gambar ngan classmate aku. 

Pada bulan pertama dia serius consume ngan herbalife, kira-kira dalam 4 minggu bila dia timbang berat dia tak turun pon. -_-" Tapi dia sendiri notice bahagian paha dia dah mengecil. Opkos lah dia tahu body dia dah mengecil sebab itu kan body dia. 

Kebanyakkan orang akan give up bila bulan pertama timbang berat tak turun turun (bagi yang lose weight) dan tak naik (bagi yang gain weight).

Padahal waktu tu badan kita sedang mengenal nutrisi yang baru dia jumpa ni. Tengah nak kamcing laaaa senang citer. Kita kalo kenal orang baru pon bukan terus boleh masuk satu geng kan. So, bersabar dan kenal antara 1 sama lain dulu. 

So, Ruby tak give up. Dia teruskan hingga minggu ke 5. Pada minggu tu gedebuk TURUN 5 kilo. alhamdulillah. Nasib baik dia tak give up pada 4 minggu pertama tu. 

Sekarang total lose dia dah 10 kilogram..!!! 

Aku, kak kirah dan Ruby. Semasa dinner ZeroToHero pertama aku dan Ruby join.

Jubah yang aku pakai dalam gambar ni adalah jubah baru Ruby. Aku pon try pakai. Eh, muat muat ngan aku dah baju si ruby ni. Masa aku pakai tu tak delah menggelebeh dah sebab dulu badan dia saiz L. Aku ni pulak saiz S.

Ni testimoni Ruby. Alhamdulillah kesihatan makin bertambah baik.

Asyik gambar aku ngan dia jer kan. So, aku tayang gambar dia sorang-sorang pulok.

pi es: Done! Akhirnyer settle citer pasal Ruby. Apa yang aku kongsi ni adalah ceriter benar dari kawan aku sendiri. Gambar-gambar yang aku tayang kat sini pon adalah dari pilihan dia sendiri. Semoga dapat memberi inspirasi kepada ramai orang yang mahu turunkan berat badan dengan cara sihat. 

Aku jurulatih kesihatan sedia bantu kamu untuk lose weight secara sihat seperti kawan saya. FAQ 013-9454928 azie :)