Wednesday, October 19, 2011
Sunday, October 16, 2011
Susahnya nak cari baju warna turquoise
Budak-budak kelas aku dah lama plan nak buat baju untuk kelas kami. Perempuan baju kurung lelaki baju melayu. Hari tu aku, ruby, ika dan moknik pergilah Jalan TAR untuk cari kain yang kami nak iaitu tema warna blue turquoise. Baju melayu untuk lelaki senang je la plain je kain dia. Yang pompuan ni la problem nya. Ada yang nak jenis kosong lah, nak yang ada bunga ada yang tak nak baju kurung ada bunga, ada yang nak kain plain baju bunga aishhh macam-macam lah.
Kalau kamu bercadang nak buat baju untuk satu group yang agak besar tak semestinya nak kena penuhi semua yang orang nak. Kadang-kadang kena mengalah jugak. Tu jelah yang aku ase bila nak pilih kain baju kurung masa tu.
Kalau kamu bercadang nak buat baju untuk satu group yang agak besar tak semestinya nak kena penuhi semua yang orang nak. Kadang-kadang kena mengalah jugak. Tu jelah yang aku ase bila nak pilih kain baju kurung masa tu.
Sambil-sambil cari kain, cari langsir pulak untuk hias bilik.
Ok. Berbalik pada topik. Kami cuma bajet sorang RM50 je setiap seorang jadi kena beli kain yang berharga macam tu. Baju kurung untuk pompuan dah setle. 2 kayu jugaklah kami beli. Yang part lelaki pulak yang payahnyer...
Dari kedai ke kedai kami pergi. Nagoya, Kamdar,Jakel masuk balik Nagoya akhirnya dapat jugak kaler turquoise. Tokey cakap susah nak dapat kaler tu dan kalau ada pon lebihan stok amsa raya je ada. Tak cukuplah untuk 10 orang. jadi kami amek warna yang seakan-akan jela.
Mencari-cari kain yang sesuai. Mmmmmm... Susahnya nak cari kaler turquoise
Tadaaaa.. Dah jumpa. OhMy! Kaler kain dalam gambar jadi green turquoise sebab edit camne ntah dalam galaxy tab. Tapi sebenarnya tu kaler blue turquoise yek.
Balik cuti depavali ni kami semua pakat tempah jahit baju masing-masing. Nanti dah siap baru tayang macam mana rupa kain yang kami pilih.
Thursday, October 13, 2011
Kelebihan pakai henfon lampu suluh
Walaupon remaja zaman sekarang cenderung untuk pakai henfon yang canggih-canggih touch screen bagai pastu yang bestnyer ada game angry bird dan fruit ninja, tapi aku masih setia ngan henfon lampu suluh aku. Aku mula pakai henfon ni awal tahun 2009 hadiah daripada sesorang. Jadi, aku nak share kelebihan henfon lampu suluh yang aku pakai ni.
1. Mempunyai daya tahan yang kuat kerana walaupon jatuh dari katil banyak kali sampai terkeluar keypad still boleh guna lagi.
2. Bateri tahan lama. Aku cas kejap je dah penuh dan tak perlu nak cas banyak kali. Mampu bertahan sampai 3 hingga 4 hari kalau hanya guna untu ber-sms jek. Kalau bergayut mampulah bertahan dalam 1 hari. Amat sesuai digunakan kalau travel jauh sebab bateri tahan lama.
3. Nada dering tahap 5 yang kuat. Walaupon nada dering kuat tapi tido tak terbangun jugak walau dah set alarm volume paling kuat. T____T"
4. Lampu suluh yang amaaaaatttttt berguna. Kadang-kadang kalau black-out tak payah susah-susah cari torch light sebab henfon kan sentiasa di samping kita.
5. Save bajet untuk beli lampu suluh. Kalau bercamping masuk hutan waktu malam tak perlu bawak lampu suluh dah. Tak payah nak beli lampu suluh. Mudah di bawa berbanding nak bawak lampu suluh yang besar dan berat dan tak perlu beli bateri energizer.
6. Dulu mase camping masuk hutan Sintok kami jalan masuk hutan waktu malam member aku suluh pakai henfon lampu suluh. Boleh tahan lah dia punyer kecerahan tu sampai boleh ushar pacat naik kat spek mata.
Amacam? Style tak henfon lampu suluh. Member-member aku ramai yang pakai henfon lampu suluh. Kamu? Yelah..Kamu punyer touch screen kan. Mana layan lampu suluh cikai macam aku.
Wednesday, October 12, 2011
Sunday, October 9, 2011
Contoh-contoh bilik cantik di asrama
Semalam maktab aku mengadakan hari kediaman terbuka. Budak laki boleh masuk blok asrama perempuan dan perempuan pon boleh masuk tengok blok asrama lelaki. Kami bertanding blok mana yang lagi cantik menarik tertarik memang da bomb. Aku pon ushar-ushar la bilik-bilik yang dihias. Banyak sangat yang cantik. Bilik lelaki pon cantik ooooo. Siyes aku tak tipu.
Kalau ada yang tengah pikir nak hias bilik asrama tu jom ushar sama-sama.
Bilik pinky-pinky tu bilik perempuan la kan. Banyak sangat yang guna warna tema kaler pink. Bilik aku pn pinky. :P Yang ada grafiti tu bilik lelaki.
CUba teka 2 bilik kat atas ni bilik perempuan ke lelaki? Ok. Jawapannya bilik lelaki. Ala-ala bilik kat hotel. Kemas.
Yang ni lagi contoh bilik pinky.
Kita ushar pulak bilik kaler hijau. Bilik yang kat atas tu bilik lama aku. Totally different ngan masa jadi bilik aku. Sekarang budak junior lelaki yang tinggal bilik tu. Dorang still tak caabut nama aku ngan fatin kat tingkap bilik.
Nak contoh bilik kaler hitam pon ada. Ni kompem balik bilik je terus tidur. Tapi nak tidur cemana tilam tak de. Kesian. (T___T")
SO, dah dapat inspirasi nak hias bilik. Oh. dalam banyak-banyak gambar ni gambar bilik aku tak de. Tunggu next entry baru aku tunjuk. Bilik aku biasa je jadi tak leh wat contoh antara bilik cantik. Ok bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)











