Sunday, July 31, 2011

Khidmat masyarakat Bina Insan Guru - part 2 (mural)


Assalamualaikum semua. Aritu aku ada gitau kan nak tunjuk kat kamu semua mural-mural pada dinding kat sekolah yang aku dan kawan-kawan pergi buat khidmat masyarakat. Lawa dan menarik penuh warna warni.
Semasa khidmat masyarakat aritu kelas aku dah bagi-bagi tugas dan ada beberapa orang yang kena lukis mural. Aku tumpang calit siket je kat dinding nak kasi ada la bekas tangan aku kat sekolah tu. Di akhir entry ni aku tunjukkan hasil mural kawan-kawan aku. teruskan skroll down..

Eh! Sape ni? Ni lah ketua kelas aku. Tak payah fokus kat dia. Kita fokus pada mural kat dinding belakang tu. Lawa kan penuh warna warni.

Macam mana? Sekolah rendah elok buat mural pada dinding bangunan sekolah. Kanak-kanak kan suka warna-warna sebab tulah bangunan tadika penuh warna warni. 

aku tertarik ngan lukisan ni. Ni bilik Skim pinjaman buku teks. Dah balut buku ke? Kalau zaman sekolah dulu memanglah kena balut buku. Konon konon sayang buku. Bila dah masuk maktab dan U aku jadi malas nak balut. Salotep je tepi kulit buku. Kamu pernah buat macam aku buat tak??

Dan last sekali hasil mural yang kawan-kawan aku buat. Taraaaaa...

Amacam? Lawa oh. kalau aku yang buat kompem tak jadi macam ni. Aku tau lukis orang lidi jek. Hehehehe..   Kamu dah tengok belum hasil orang lidi yang aku buat? Alaaa rugilah kalau kamu tak tengok lagi. Nah aku kasi link. 


Saturday, July 30, 2011

Hasrat tak kesampaian


Maaf tak dapat nak upload gambar marching band. Sebabnya aku tak gi tengok sebabnya nak masuk kena pakai pass so aku melilau kat masjid jamek dan jalan TAR yang sesak giler sebab SOGO ada sale. Mmmmm untuk yang ada member card je la boleh masuk SOGO. Konklusinya kami balik rumah masak. Fatin masak ayam masak merah sedap. 

Merasai kehidupan di rumah sewa


Hujung minggu dihabiskan di sumah sewa pinky milik fatin, ika, ecah, tinspekar. Ramai kawan-kawan aku balik kampung minggu ni. Jadi kat umah fatin tinggal dia sorang jek. Aku pon mailah lepak umah pinky ni bersama-sama ngan moknik. Lagipon roomate aku tak de pergi camping. Takut aku tidoq sorang-sorang. 

Kehidupan di luar asrama pada mulanya aku ase susah berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang dah tinggal luar kampus. Kena banyak barang contohnya peti ais, mesin basuh, tv, tilam nak tidur, barang dapur dan lain-lain lagi. Bila semuanya dah stabil terasa macam duduk kat rumah pulak. Tapi bangun pagi kena masak sendiri. Kalau duk kat asrama pergi kedai makan order jek. Duit pon mengalir jugak. Hahahahaa...

Pagi ni fatin gorengkan sosej. Makan-makan sambil tengok tv. Haritu semasa ika ada kat umah, fatin ngan ika masakkan bihun sup. Terer jugak dorang ni masak. Mungkin kalau aku duk luar kampus nanti aku pon akan tau masak. Mmmmmm.. Sekarang ni pon tau masak cuma bila aku masak kat umah adik-adik aku semua komplen masakan aku. Sekali ngan ayah aku pon turut komplen. Mak aku je la memahami kot tak pon makan jugak masakan aku sebab anak dia masak. -_-" tsk tsk

Malam ni aku, fatin dan moknik nak gi tengok marching band kat stadium bole sepak cherasssss. Papehal nanti aku update pasal marching band tu. Coming soon~


pi es: on9 pakai laptop tinspekar

Thursday, July 28, 2011

Milo tabur


Aku ingat nak buat entry pasal mural kat sekolah yang aku gi khidmat masyarakat aritu tapi tak dapat-dapat lagi gambar dari member aku. Sebab aritu aku guna kamera dia nak tangkap gambar mural sebab memory card aku full. Tak pelah, nanti aku tunjuk kat kamu. Coming soon....


Semalam lepas usrah dapat kol dari member lama masa zaman metrik dulu ajak aku keluar. Mereka adalah Diela dan Syakirah. Dulu masa zaman metrik aku, syakirah, diela ngan sarah memang geng. Gi mana-mana pon kami 4 orang. Kalau nak tau tentang mereka ni kamu godek-godek lah sendiri entry-entry lama aku. Oleh sebab aku boleh keluar hostel sampai pukul 10.30 malam jek, aku sempat lepak sekejap je ngan diela dan syakirah. Huhuhuhu... Pastu kebetulan pulak member kami yang belajar kat maktab teknik, Amalina sedang berada di downtown so jumpa jugak lah ngan amalina.

Masa order minuman, diela ngan sya order minuman mereka masa zaman metrik dulu, MILO TABUR. Antara kami 4 orang aku sorang je tak minum milo tabur sebab aku tak suka sangat milo pekat. Tak sangka aku sejak dari dulu sampai sekarang masih ngan milo tabur. Alaaa...Kalau sarah ada sekali lengkaplah kami 4 orang.


Penat aku godek godek album lama cari gambar mereka minum air milo tabur. 



dari kiri: sarah, diela, syakirah dan aku. (muka zaman metrik tahun 2008)


Semoga lepas ni kami semua boleh berjumpa lagi.

Tuesday, July 26, 2011

Yang buka nampak pelik yang pakai nampak elok


Assalamualaikum semua. Tak sampai seminggu pon lagi kita akan sambut Ramadhan al-Mubarak kan. Sebelum tu aku nak ingatkan kat sape-sape yang tak ganti puasa lagi tu cepat-cepatlah ganti. Kawan-kawan aku sangat memaksa aku ganti cepat-cepat siap marah aku lagi "Azie! Dah mung bile nok ganti pose ni". Atas usaha kawan-kawan ingatkan dan ketabahan aku ganti puasa akhirnya aku DONE! Tak sabar nak tunggu ramadhan. 

Sejak akhir-akhir ni aku tengok ramai perempuan yang dahulunya tak bertudung ataupon on off tudung tapi sekarang dah boleh pakai tudung dengan elok. Malahan lagi cantik pemakaiannya erkkkk maksud aku lebih kemas dan bergaya. Tahniah kepada anda yang berubah daripada freehair kepada berhijab. Tepuk tangan ramai-ramai. Siyes aku suka dan berdoa moga-moga hijab tu akan terus On dan tak OFF lagi. Insyaallah..

Mungkin disebabkan oleh fesyen tudung yang perlbagai bagai cendawan tumbuh selepas hujan menarik minat kaum hawa untuk bertudung. Kalau dulu pakai tudung bawal asyik kelepek serebet muncung tak tegak kalau lipat tudung senget-senget tapi sekarang kalau ase nak cepat je main sarung kat kepala (contoh tudung ala-ala Ariani) dan kalau ase rajin sangat boleh lilit-lilit. Shawls sekarang pon macam-macam jenis dan corak. Tapi aku lebih prefer syria sebab SIMPLE. 

Tapi yang peliknya....

Bila dulu bertudung sekarang OFF. Kenapa? Masa zaman sekolah dulu gi sekolah pakai tudung cantik sangat bertudung litup bila dah besar kenapa mesti bukak tudung. Alhamdulillah setakat ni aku masih pertahankan hijab di kepala. Apa yang aku kongsi di sini cuma pendapat aku bila aku pndang beberapa pompuan yang dulu aku tau dia freehair bila tengok dia bertudung masyallah cantiknya. Yang pelik bila dulu aku tau dia bertudung sekarang dah tak bertudung.  Memang aku pikir 2 3 4 5 dan banyak kali nak publish ke tak entry ni. Dan sekarang baru aku publish. Tak de kena mengena ngan sape-sape. So, dats my opinion. Nak tima-tima kalau tak mau tima its up to u. Chill~